Akibat Makanan Ringan Berisi Gula-Gula Anak Sesak Nafas, Zon Kritikal
Ramai yang tahu bahawa telah banyak diperkatakan sebelum ini mengenai keburukan memakan snek ringan, keropok atau jajan yang mengandungi pelbagai perasa tiruan.
Biasanya akan akan makan jajan secara berlebihan ketika berada di sekolah.
Maka dari itu, ibu ayah harus memberi kesedaran bahaya kepada kesihatan anak malah hingga boleh meragut nyawa!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tidak dinafikan ibu ayah tahu jajan atau snek ringan tak sesuai untuk anak. Namun ibu bapa seolah-olah kalah bila anak merayu-rayu nak makan.
Ads
Sebagaimana perkongsian ibu ini di tiktok miliknya, Founderarmelbirdnest mengenai anaknya sesak nafas akibat makan makanan ringan.
ZON KRITIKAL
Ads
Lebih menyedihkan oksigen anaknya semakin menurun sehingga diletakan di bahagian zon kritikal.
Dengan rawatan dan kecekapan pegawai perubatan anaknya dapat melalui saat getir. Meluahkan rasa syukur wanita ini turut berkongsi info mengenai bahaya jajan kepada anak kecil.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita sema.
Ads
Apa pun pantau apa yang anak kita makan. Inilah kerana pelbagai makanan tidak sihat berleluasa dijual dipasaran. Semoga ibu ayah dapat mendidik anak gemar kepada makanan sihat dan natural.
Tidak dinafikan ramai ibu bapa kini bimbang bagaimana untuk mendidik anak dengan sempurna. Lebih lagi zaman sekarang ini pelbagai pengaruh persekitaran memboleh menyebab anak mudah alpa.
Lebih-lebih lagi anak ramai. Tentu cabarannya besar dengan pelbagai kerenah anak. Namun, jika seorang ibu bapa itu boleh mendidik anak sehingga membentu jati diri dan kesantunan diri yang mulia. Malah lebih penting, anak-anak tahu menghormati ibu bapanya.
Melalui face book milik Siti Suryani Yaakop , beliau berkongsi sebuah kisah bagaimana seorang ibu yang mempunyai enam orang anak. Masing-masing menujukkan tingkah laku amat menghormati ibunya.
Ikuti perkongsian wanita ini.
Satu masa tu, saya ada seorang pesakit. Makcik. Dia sakit lutut. Jadi, tak boleh berjalan dan kena tolak dengan kerusi roda. Dia dulu pernah bekerja. Jadi pembantu makmal.
Lepas suami meninggal, dia duduk dengan anak bongsu dia di sini. Di Selangor. Makcik ni ada anak. 6 orang.
2 doktor. 2 jurutera. Sorang cikgu. Sorang meniaga sendiri. Sukses semuanya.
Hebat kan? Hebat! Tapi, tu belum hebat lagi.
Yang lebih hebatnya ialah, setiap kali datang rawatan, makcik ni akan ditemani oleh anak yang berbeza. Minggu ni orang lain. Minggu depan lain. Lain kali lain. Esok lusa lain.
Hebat kan? Hebat! Tapi, tu pun tak kira hebat lagi.
Yang lebih lagi hebat dari hebat ialah, anak-anaknya semua tinggal jauh-jauh. Paling dekat pun yang bongsu. Jauh sikit tinggal di Ampang. Yang lain memang jauh sungguh. Perak. Pahang. Dari Johor 2 orang.
Tapi, tak pernah missed datang teman mak ke hospital walau tinggal jauh mana pun. .
Saya memang tak adore benda lain. Saya memang adore orang yang berjaya ‘create’ manusia lain jadi manusia. Sebab itu saya tanya tips. Apa makcik buat? .
TIP BAGI MAKAN KISMIS
Makcik bagitahu begini. Takda la tips yang special sangat. Cumanya dulu, masa anaknya kecil dulu, setiap kali nak pergi sekolah makcik akan suapkan sarapan.
Bukan sarapan susah-susah sangat. Cuma kismis!
Makcik ambil kismis sorang 7 biji, selawat dan suapkan dalam mulut anak-anak.
Ada masa makcik bagi roti. Secubit sorang. Kadang-kadang susu. Lepas dia minum, dia suap sorang sikit dari cawan yang sama.
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ANAK
Tapi selain dari tips tu, makcik ni telah tunjuk saya satu lagi tips paling penting. Mungkin dia pun tak perasan.
Saya lihat makcik ni sangat respek anak dia. Sangat-sangat!
Kalau anak dia tolong tarikkan kain, dia akan cakap, “Terima kasih Along”.
Kalau anak dia tolong pimpin tangan dia bila dia berlatih berjalan, dia ucap, “Terima kasih kakak”.
Kalau saya bagi tarikh temujanji, dia akan tanya dulu anak dia sama ada boleh ke tidak untuk hadir. Kalau boleh dia akan sebut, “Alhamdulillah, terima kasih ye Ngah”.
Nanti anak-anak dia akan balas dengan senyuman dan gosokan di tangan atau tepukan di bahu.
Saya tak tahu kenapa. Bila saya nampak perbuatan begitu, saya sebak. Sebak sungguh. Bergenang airmata.
KASIH SAYANG DAN HORMAT
Makcik sebenarnya dah ajar dan tunjuk saya 2 tips.
Satu, berkasih sayang to the fullest. Dan kedua, hormat!
Waima itu anak kita sekalipun.
Saya yakin dia tak mulakan benda tu sekarang. Sebab sungguh, nampak flawless sekali. Bukan dibuat-buat.
Kita kadang dengan anak orang kemain baik. Dengan anak sendiri, nauzubillah. Garang!
Kita ingat kita mak, kita berkuasa ke atas dia. Kita fikir dia menumpang kasih kita. Kita lupa, kita pun lebih lagi Tuhan bagi rezeki menumpang kasih dari dia. .
Saya percaya. Itulah bayaran sebuah hormat. Kita jadi apa pun.
Ketua. Mak. Senior. Hormat! Sekarang memang. Kita berkuasa, kita boleh buat apa kita suka. Tak peduli apa orang lain rasa. Kadang sampai stress orang lain dibuat oleh kerasnya hati kita. .
Kalau kita nak tahu apa yang kita dah semai masa kita muda dan berkuasa, tunggu bila kita tua dan dah habis tenaga.
Siapa sangka tiang batu botol yang retak mengundang maut pada anak sendiri. Itulah insiden tragis yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44, di beranda rumah keluarga. Dia dilaporkan maut akibat dihempap tiang batu botol.
Aznynaqiah berkata, sebelum kejadian Irdina bermain seorang diri di kawasan beranda itu dan dia ketika itu sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.
“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.
“Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka sebelum terdengar bunyi kuat seperti runtuhan.
“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.
Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya namun tidak menyangka keadaan itu meragut nyawa anak bongsu daripada lima beradik itu.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
“Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya sebak
Kecewanya bila setiap kali kita mengisar cili kering, bijinya masih lagi ada. Akibatnya semua masakan kita seperti rendang, sambal, asam pedas dan sebagainya akan terlihat biji cili yang besar ini.
Bukan sahaja pandangan mata kurang elok, malah kurang sihat untuk dimakan.
Bagi suri rumah atau ibu – ibu diluar sana yang bimbang dan buntu memikirkan cara untuk membuang biji lada kering, jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Pertama sekali, cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut.
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini.
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh.
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali.
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar.
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya.
tip: Jika mahu menghancurkan biji cili ketika mengisar, boleh tambahkan sedikit minyak masak.