Akhirnya Setelah 4 Tahun, Jalaluddin Hassan Baru Buka Pintu Hati Terima Cinta Baru
Foto percutian pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan dan isterinya buat ramai bersemut. Nampak loving birds sangat!
Muat naik terkini pelakon Datuk Jalaluddin Hassan menerusi Instagram miliknya memaparkan gambar pasangan ini sedang menikmati percutian di sebuah pulau, iaitu Pulau Mabul Semporna Sabah. Pasangan ini kelihatan berpakaian senada memilih warna putih ketika bercuti.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam masa yang sama, menerusi kapsyen Jalaluddin juga memberikan gambaran bersyukur dengan nikmat perkahwinan keduanya yang baru berusia 5 tahun.
“Menikmati ciptaan Tuhan ..Pulau Mabul Semporna Sabah. Ya Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang. Sesunggoh nya dgn rahmat mu jua. “
PERKAHWINAN KEDUA DEMI PERMINTAAN ARWAH AYAH
Namun tahukah anda bahawa cinta baru pelakon serba boleh ini selepas kematian isterinya pada tahun 2016 adalah permintaan arwah ayahnya.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Tuhan. Jalaluddin tidak menduga akan berkahwin kali kedua.
Biarpun hatinya berat untuk berkahwin kali kedua, namun demi memenuhi permintaan Allahyarham bapanya, Tan Sri Hassan Azhari yang mencarikan jodoh buat dirinya.
Katanya arwahnya mencarikan jodoh buat dirinya setelah enam bulan kematian isterinya. Bagaimanapun, Jalaluddin membuat pengakuan bahawa mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan Rapidah setelah mereka berkahwin.
SETELAH 4 TAHUN BARU TERIMA CINTA BARU
Bukan tidak menghargai isterinya yang baru dinikahinya, namun dia menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baru. Hatinya terusik tidak dapat melupakan Allahyarham isterinya.
Namun dia cuba secara beransur-ansur menyesuaikan diri demi memastikan rumahtangga yang baru dibina itu kekal bahagia.
“Saya mengambil masa lebih kurang empat tahun sebelum benar-benar dapat menerima Rapidah dalam hidup saya.”
Namun, Jalaluddin tidak mahu mengsia-siakan keikhlasan Rapidah menerimanya dirinya seadanya. Kesabaran isterinya akhirnya berbaloi akhirnya hati Jalaluddin terbuka untuk menerima wanita lain dalam hatinya.
Malah menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang penyayang dan setia di sampingnya kala suka dan duka.
“Selain kesabaran dan kesetiannya, personalitinya dia yang mudah mesra dan pandai memasak membuatkan saya jatuh cinta kepadanya.”
WARGAMAYA TITIP DOA KEKAL BAHAGIA
Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, rata-rata menitipkan doa kebahagian buat pasangan ini. Antara komen wargamaya adalah seperti berikut.
“Wow…so sweet..
“Terinspirasi dgn perwatakan datin dan datuk yg saling menghormati dan berkasih sayang walau usia semakin meningkat.”
“Dato. Enjoy bercuti & take care.”
Untuk rekod pelakon veteran bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani pada 12 November tahun 2017, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.
Allahyarham Hashimah Mad Ehsan, meninggal dunia oada 4 November 2016 akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
View this post on Instagram
Sumber: jalaludinhassan & Mstar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club