Alhamdulilah… Akhirnya kes pembahagian harta arwah Abam menemui kata putus hari ini.
Isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
Menurut Hidayah, 28, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.
“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hukum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
“Mengenai soal berapa banyak duit peninggalan arwah, saya tak boleh kongsikan. Ia terlalu peribadi.
“Namun, apa sahaja yang ditinggalkan arwah adalah termasuk rumah, kereta, semua duit dan barang peribadi iaitu kereta, jam tangan, kasut dan kamera.
“Walaupun pihak sana tak hadir tetapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab sudah ditetapkan bahagian.
Ads
“Selepas ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan anak,” katanya.
Hidayah ditemui selepas selesai prosiding berhubung tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Khamis pagi.
Sementara itu, Hidayah turut menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya sudah ditarik.
Ads
“Kereta kena tarik tak benar, kereta masih ada. Tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya lagi.
Berkenaan wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah memilih untuk enggan mengulas lanjut.
“Apa saya boleh katakan RM10,000 memang saya ambil tetapi saya masukkan dalam akaun anak. Tak guna satu sen pun,” kata Hidayah.
Dalam masa yang sama, Hidayah menyatakan mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan berhubung tuntutan hadanah.
Ads
Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.
Pada Isnin lalu, Nor Hidayah bersama dua orang peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam, Selangor bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap mak mentuanya iaitu Sabariah Arshad.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusi 14 bulan.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila tiba bulan Ramadan tentu ramai antara kita mengambil kesempatan untuk khatam Al-Quran dan Tadarus. Namun untuk membaca surah bukan boleh buat main, kena tahu tajwid dan bacaaan kena betul, bimbang maknanya bacaan akan jadi lain.
Seeloknya perlu ada orang yang akan membantu membetulkan bacaan kita. Menerusi Facebook seorang wanita berkongsi mengenai salah satu tajwid yang kita perlu tahu ketika membaca Al-Quran.
IKUTI PERKONGSIAN INI
#Repost @jentikhati @download.ins
—
Memandangkan puasa dah nak dekat, jom belajar belek cara bacaan bila ada hamzah wasol di depan.
.
Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?
.
A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu
.
Jawapannya Bm penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan.
. *4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )*.
.
Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham.
.
.
1️⃣Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.
.
Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ).
.
[Surah Yasin : 65]
.
Contoh bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;
.
2️⃣Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.
.
Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ).
.
[Surah Yusuf : 9]
.
Cara bacaan : Uqtuluu.
.
3️⃣Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
.
Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ).
.
[Surah At-Tawbah : 41]
.
Cara bacaan : Infiruu
.
4️⃣Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.
.
Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]
.
Cara bacaan : Ishlauha.
.
🏷Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Sudah tentu ada yang sedang memikirkan menu lauk untuk berbuka dan bersahur.
Bukan itu sahaja, ada juga menyediakan banyak stok lauk bagi memudahkan urusan berbuka dan bersahur di bulan puasa.
Bagi puan Ellyin Tan dia terpaksa menyediakan stok lauk yang banyak iaitu 22 jenis masakan dengan 34 bekas untuk stok lauk di bulan Ramadan.
Katanya tujuan berbuat begitu lantaran mempunyai anak istimewa, emak yang sakit serta dirinyang yang menghidap asma.
Selain itu, katanya mudah untuk dia memberi tumpuan untuk beribadah pada bulan puasa dengan lebih baik.
Jom kita lihat cara ibu ini. Moga jadi inspirasi!
Rendang Ayam, Rendang Daging, Kari Ayam, Kari Ikan, Kari Telur, Asam Pedas Ikan Kembung, Pajeri Terung, Pajeri Nenas, Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Sambal Telur, Perut Lembu Masak Lemak Cili Api, Sup Tulang, Sup Kaki Ayam, Sotong Tumis Hitam, Kurma Ayam, Ayam Masak Merah, Paprik Campur, Tomyam Campur, Daging Goreng Kunyit, Ikan Cencaru Berlada & Pes Ikan Bakar.
Perghhh… 22 jenis masakan (34 bekas) saya masak satu hari ni. Start dari pukul 11 pagi tadi sampai 9 malam. Sorang2 je layan jiwa kat dapur sempit tu.
Alhamdulillah siap stok lauk utk persediaan Ramadhan ni. Boleh la fokus pada ibadah dan sampul raya je bila dah prepare awal2.
Nak jaga anak OKU dan emak yg sakit.. Dengan diri sendiri pun ada penyakit asma memang cabaran tapi itu ujian hidup saya. Harap sahabat2 dapat doakan urusan saya dipermudahkan.
Warganet kagum
Melihat di ruangan komen ramai yang memuji kerajinan wanita ini. Kesungguhannya menarik perhatian ramai warganet.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi khabar gembira apabila bergelar ayah selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Khabar gembira itu dimuat naik penyampai radio Gegar FM itu menerusi laman Instagramnya.
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
Dalam pada itu, Issey turut memanjatkan kesyukuran dan menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti buat keluarga.
“Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak,” tulisnya.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.