
“Akhirnya Neelofa Macam Orang Lain.” Pakai Tudung Sarung, Warganet Tak Sangka Tampil Sederhana.
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada Haris Ismail yang sentiasa tambil di khalayak dengan pakaian dan tudung yang berfesyen.
Namun siapa sangka, baru-baru ini bekas pengacara MeleTop ini tampil sederhana yang menemani suaminya yang juga lebih dikenali sebagai PU Riz untuk suatu perlawanan futsal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok, seorangnur telah menjadi bualan para peminat Neelofa. Bagaikan tidak percaya melihat ibu kepada Bilal ini tampil sederhana hanya bertudung sarung sahaja.
Tampil bertudung sarung warna hitam serta baju sukaan seakan guru pendidikan jasmani, Neelofa kelihatan mesra melayan pertanyaan peminat yang ditemuainya.
Malah, sempat berseloroh bahawa kedatangannya ‘dibayar’ oleh suaminya untuk menyokong pelawanan futsal berkenaan.
“dibayar tau.”- Neelofa
Watch on TikTok
WARGANET KAGUM LIHAT GAYA SEDERHANA NEELOFA
Meninjau diruangan komen kelihatan warganet teruja melihat Neelofa bersahaja memakai tudung sarung bagaiman mak-mak. Antara komen adalah seperti berikut.
“Akhirnyaaa neelofa juga seperti orang biasa.”
“kalau orang yang record ni tak mention nama lofaaa , srs tak cam pun tu lofa . nampak lain pulaaaa but still cantik.”
“First time tgk Lofa pakai mcm ni..nmpk mcm cikgu PJ.”
“comel la lofa pkai tudung sarung.”
“lofa… abisle lps ni harga tudung sarung melambung mahal gara² lofa…”
Sumber: seorangnur
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Apa Teruk Sangat Jaga Anak, Asyik Marah Anak Je.” Usah Cakap Begini Pada Keluarga Lain. Ini Sebabnya Kena Tahu.

Apabila berkahwin, kehidupan akan berubah 360 darjah. Segala cara hidup berubah sama sekali. Lebih terkesan apabila kelahiran cahayamata. Situasi akan menjadi bertambah mencabar apabila anak bertambah dan semakin membesar. Pastinya keluarga bertambah meriah.
Mendidik anak memang mencabar. Kadang kala para ibu menjadi seakan ‘tarzan’. Bukan para ibu suka-suka untuk menjerit semasa mendidik anak. Tapi itulah situasi yang lazim terjadi apabila para ibu hilang kawalan ketika menguruskan anak-anak.
Namun, walaupun ketika membesar kan anak-anak ada pahit manisnya. Memang penat, tapi manisnya apabila dapat melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna yang menjadi penyeri rumahtangga.
Momen manis akan dirindui apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa dan kita pula menginjak ke usia emas.
Sebagaimana perkongsian ini. Sudah tentu ada yang melalui perkara yang sama sehingga mendapat lebih 37K share!
Hari ni kita dengar jiran kita menjerit marah anak.. Kita cakap “Apa teruk sangat dia ni jaga anak, asyik marah anak je”
Esok kita ada anak, kita pulak yang menjerit marah anak, bila anak buat salah ke bergaduh ke dalam toilet masa kita masak kat dapur ke contohnya. Masa tu kita akan alami sendiri bila on the way dari dapur nak ke toilet tu dalam mulut memang ada api kemarahan yang besar menyala sebijik macam watak naga dalam cerita Merlin. By the time sampai kat pintu toilet je bila bukak mulut memang terus keluar api. Masa tu lah jiran-jiran dengar suara kita yang marahkan anak-anak.
Hari ni kita tengok anak orang tu melawan masa mak dia tegur bila buat kesalahan. Kita fikir teruk betul anak dia tak berakhlak mak dia tak pandai didik anak ke. Nanti esok bila anak kita dah besar kita pun tak tahu adakah perkara yang sama akan jadi pada kita atau tidak.
CARA HIDUP BERBEZA, JANGAN MUDAH MENILAI KELUARGA LAIN
Jangan judge kehidupan orang lain,terutamanya watak ibu dan ayah dalam sesebuah keluarga di sekeliling kita. Sebab kita tak tahu apa yang mereka alami. Cukup ke makan setiap hari? Ada duit ke tak nak bagi anak belanja pergi sekolah? Ada duit tak nak beli lampin pakai buang anak? Kita tak tahu semua benda tu kan? Jadi jangan jadi hakim untuk keluarga orang lain kalau mereka berlapar pun kita tak sudi nak ambil tahu.
Saya bercakap atas dasar pengalaman sendiri. Dulu saya sibuk rasa pelik dengan jiran yang hari-hari asyik menjerit marah anak-anak, akhirnya saya jadi macam watak tu. Seram betul.
So, don’t judge okay?
#copypaste

Masa aku anak seorang dulu memang aku selalu cakap dalam hati..apa la akk tu asik marah dan jerit-jerit jer pd anak dia. Blok sebelah smpi dengar dia marah..huhuhu.
Tapiiii now aku dh faham sebab aku pulak jadi macam akak tu. Hahaha. Padan muka. So jangan suka judge org..sbb ank sorang xkan sama dgn mak anak 3,4 dan byk lg..bila ko da alami bru ko faham…nape kita jadi mcmtu..
Jadi singa dan hulk setiap hari. Kuat membebel itu suda pasti. So pandai2 la kawal suara dan diri. Penat dia nanti ko akan alaminya sendiri.
Apa yang dinyatakan melalui perkongsian ini boleh kita lihat melalui gambar ini. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Semoga kita menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak!
Kredit: Norazihan Jelani
Nak Anak Berjaya Dalam Pelajaran Kena Didik Bergantung Kepada Allah, Bukannya Kebendaan.

Bulan ni dan bulan seterusnya, anak-anak bakal menduduki peperiksaan sama ada PT3, SPM atau hujung tahun.
Sudah pastunya, kita mahu anak dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang sekali gus memperolehi keputusan yang membanggakan ibu bapa.
Malah ada segelintir menjanjikan hadiah jika anak mendapat keputusan straight A dan sebaliknya membuat ugutan pada anak jika gagal dalam peperiksaan.
Namun, melalui perkongsian Dr Norzila Zakari yang juga merupakan Pakar Psikatrik yang menegaskan bahawa ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya meminta pertolongan daripada Allah untuk berjaya, bukan sebab kebendaan.
Ajar anak bergantung kepada Allah
============================
ini cerita lama semasa Hafiz mahu menduduki peperiksaan penggal ke dua yang lalu. Draf kisah ni saya tuliskan agar saya tidak lupa. Harini sementelah dihubungi beberapa reporter yang bertanyakan tentang isu pembelajaran saya teringat pulak kisah Hafiz ni. Mungkin ianya memberi manfaat kepada pembaca semua.
Dalam perjalanan ke sekolah, saya bertanya kepada Hafiz bila teringatkan surat yang diberikan oleh gurunya tentang jadual peperiksaan.
“Hafiz, harini abang periksa kan?” Hafiz tidak menjawab.
“Apa doa yang abang baca?” tanya saya lagi
“Doa penerang hati lah” jawabnya dengan nada selamba
“Kalau abang tak pandai nak jawab soalan masa periksa nanti, abang nak tanya sapa?” saya menguji
“Ibu ni, dalam periksa mana boleh tanya kawan!”
Hafiz masih belum boleh membaca maksud yang saya cuba sampaikan.
“Habis Hafiz nak tanya sapa?”
Hafiz terdiam tidak tahu apa jawapan yang saya mahukan
“Dengan sapa Hafiz boleh cakap sendiri?” saya menyambung klu jawapan
“Cakap dalam hati lah!” nadanya agak menaik seolah-olah sudah mendapat alamat jawapan yang saya mahukan.
“Ok….”
“Dalam hati cakap dengan sapa?” saya minta penjelasan
“Allah” yakin sekali dia menjawab.
“Pandai abang” ceria suara saya gembira mendapat jawapan yang tepat dari Hafiz. Dia tahu kepada siapa mahu mohon bantuan ketika susah.
“Apa abang nak cakap dengan Allah?” Hafiz tidak menjawab
“Hafiz cakaplah dengan Allah. Allah…. abang tak tahu macamana nak jawab ni. Allah tolonglah abangg”
“tapi exam senang je bu abang buat” ada unsur dia yakin boleh melakukannya dengan baik, namun cepat saya pintas takut dia lupa kebijaksanaan yang dia ada adalah anugerah Allah.
“Mana abang tau..?” uji saya
“Masa periksa kadang-kadang kita tak faham..”
“Sebab tu kena minta dengan Allah. Apa yang abang tak faham tiba-tiba je Allah bagi faham dan abang boleh jawab dengan baik” saya menerangkan.
Hafiz mendengar penjelasan saya.
Sedang elok saja, saya tiba di perkarangan sekolah.
“Minta maaf Ibu, Hafiz bersalam dan mencium tangan saya, saya kucup dahinya dan berkata ” Ok, Ibu doakan abang boleh jawab periksa dengan baik ya”
“See ya” saya melambai Hafiz, gaya OZ masih kekal dalam hidup kami.
“assalamualaikum…” saya mengakhiri perbualan sebelum bergerak menghantar along pula.
Perkara sebegini mungkin remeh dan tidak relevan pada pandangan sebahagian ibu bapa. pernah terdengar seorang ibu mengingatkan anaknya agar menjawab soalan dengan betul, tetapi diakhiri dengan ugutan ” kalau tak dapat A, mami tak belikan hadiah”
“… o o…” dalam hati saya, janganlah sogok anak dengan hadiah. Akhirnya mereka belajar bukan kerana Allah tetapi kerana hadiah. Mungkin kesannya tidak kelihatan lagi sekarang, bila konsep yang sama ditekankan setiap kali peperiksaan, lihatlah bencana yang kita terima bila mereka dewasa nanti.
Untuk pelajar yang akan menduduki UPSR, juga ibu bapa mereka, perbetulkan niat dan hargai usaha anak anda. Mereka adalah juara dalam setiap usaha mereka, harapan saya tiada anak-anak yang menjadi murung bila keluar keputusan pepriksaan nanti.
Pihak sekolah pun fikir-fikirkanlah bila mahu menyampaikan keputusan peperiksaan, janganlah sampai mereka yang kurang “berjaya” dan ibu bapa mereka dimalukan secara sengaja di khalayak ramai bila trend mengambil keputusan peperiksaan sudah seperti majlis konvokesyen di universiti.
Ibu bapa yang terlebih gembira bila anak dapat 6A berhati-hati bila memberikan status kejayaan anak di facebook atau instagram. Ada hati yang mungkin terluka, ada pelajar yang mungkin kecewa. semuanya berkemungkinan.
Saya tidak mengatakan ianya salah namun berpada-padalah ya. semoga kita menjadi ibu bapa yang bukan saja menjaga hati anak-anak kita tetapi juga hati anak-anak orang lain dan ibu bapa yang lain.
Wallahualam.
Sayangkan Keluarga, Kena Buat Hibah. Paling Kritikal Untuk 9 Golongan Ni, Agar Mereka Tak Teraniaya!

Umumnya bila kita menyebut tentang perancangan dan pengurusan harta untuk ditinggalkan kepada insan tersayang, perkara biasa kita dengar adalah bab wasiat dan faraid. Namu mungkin ada yang terasa asing dengan istilah hibah.
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”.
(Surah al-Nisa’ ayat 4)
Selain itu, dalam Al-Quran yang bermaksud: “… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”.
(Surah al-Baqarah ayat 177)
Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya
1 – Keluarga yang tiada anak
Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.
2 – Keluarga yang ada anak perempuan sahaja
Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.
3 – Keluarga yang ada anak angkat
Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.
4 – Suami yang ada isteri lebih dari seorang
Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.
5 – Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan
Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.
6 – Tidak berkahwin
Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.
7 – Isteri muda
Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.
8 – Rumah ada nama suami dan isteri
Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akan jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.
9 – Keluarga yang ada anak istimewa
Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.
sumber : Urus Harta – Melaka