Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ini bermakna, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.
Ads
Susulan itu, mahkamah memberi peluang kepada peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhi hukuman.
Ketika ini, prosiding masih berlangsung dengan pembelaan menghujahkan mitigasi iaitu mengurangkan hukuman yang bakal dijatuhkan.
Ads
Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.
Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Ads
Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Syukur itu menjadikan kita bahagia. Bahagia itu hadir apabila pasangan saling menghargai. Biarpun hidup cara sederhana kebahagiaan itu menjadikan hidup lebih baik.
Tular video seorang isteri yang meraikan hari jadi suaminya dalam serba sederhana di dalam rumahnya telah meriah perhatian wargamaya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ramai yang meluahkan rasa sebak melihat video yang berdurasi 51 saat yang telah mendapat tontonan lebih 800K itu.
Menerusi video berkenaan kelihatan si suami baru pulang dari kerja dalam keadaan penat dalam pakaian yang lusuh terkejut dengan kejutan daripada isteri tersayang.
Sebak melihat kesungguhan isteri meraikan hari jadinya, si suami mengesat air mata.
Difahamkan isterinya baru keluar dari wad dan hanya sempat buat persiapan yang ringkas buat suami tercinta.
“Kami bahagia dengan cara kami. Alhamdullillah mensyukuri dengan apa yang ada.”
WARGAMAYA LUAH SEBAK
Sementara itu, meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sebak melihat pasangan suami isteri ini meraikan bahagia cara mereka.
Niat untuk menghantar isteri ke tempat kerja bertukar tragedi apabila pasangan ini meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori.
Dalam kejadian tersebut, Muhammad Shakiran yang cedera di perut meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Berita tersebut didapati menerusi laman Facebook yang dimiliki oleh Nuraz Shamsuddin, kakak kepada mangsa Muhammad Syakiran Bin Shamsuddin.
Difahamkan, kemalangan terbabit berlaku di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 pagi semalam berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja si isteri yang bernama Nurul Ashikin Kamaruddin.
Apa yang lebih memilukan, hasil bedah siasat menunjukkan Nurul Ashikin sedang hamil anak kembar.
Kakak mangsa, Nur Azmawati Shamsuddin, 37, berkata, keluarga mengetahui Ashikin mengandung anak kembar hasil bedah siasat ke atas jenazah kira-kira jam 1 petang semalam.
Katanya, usia kandungan sudah masuk dua bulan dan adalah anak kedua pasangan itu yang sebelum ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Arfan Ziqri, 1 tahun 10 bulan.
“Keluarga memang terkejut sebab kami belum dimaklumkan tentang kandungan arwah, mungkin sebab usia kandungan masih awal.
Menambah kesedihan katanya, ahli keluarga mereka yang berada di Kuala Lumpur baru sahaja berkumpul beramai-ramai di rumah pasangan suami isteri itu di kuaters polis tempat adiknya bekerja kerana adik bongsu mereka, Muhammad Nazrul Shamsuddin, 19 berada di rumah Syakiran untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur selama beberapa hari.
“Arwah dan isteri baru menghantar Nazrul menaiki bas malam tadi dan Nazrul tiba di Kelantan jam 7 pagi sebelum tidak lama selepas itu keluarga di kampung menerima berita mereka maut dalam kemalangan,” katanya.
Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Biar sebaik mana sekali pun perancangan kita, namun Dia yang lebih berkuasa. Begitulah susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Demikian juga dengan kisah keluarga ini apabila salah seorang daripadanya pergi buat-selama-lamanya dalam kemalangan jalan raya di Hulu Terengganu pada awal pagi Khamis lalu.
Kepiluan dihati hanya Tuhan yang tahu. Kegembiraan hanya seketika, difahamkan, pasangan tersebut bersama seorang anak lelaki tunggal mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Pulau Perhentian di Besut untuk menyambut ulang tahun suaminya pada hari kejadian.
Namun, ternyata Allah telah merancang sebaliknya. Siapa sangka, pada hari ulang tahun suami rupanya menjadi hari terakhir hayat si isteri di dunia ini.
Isteri yang disayangi, Zahratul Ardiah Ismail, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mazlan Machap, mengalami luka parah. Anak tunggal mereka, Zhariff Mufeed Mazlan yang berusia lima tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Apa yang meruntun hati ramai, apabila arwah si isteri sempat menitipkan ucapan ulang tahun terakhir buat suaminya beberapa jam sebelum nahas itu berlaku.
Seolah-olah sudah mengetahui tiada lagi ucapan hari lahir buat suami tersayang selepas ini, setiap kata-kata ucapan itu dikarang dengan penuh perasaan.
UNTUK SUAMI TERSAYANG..
Hitammu sentiasa menawan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga abang dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia juga akhirat.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan abang insan yang mulia.. Bertambah iman dan amalan, sentiasa menjadi imam buat kami. Semakin umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Pada hari ini, moga apa jua impian yang abang impikan selama ni, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.. Apapun rencana yang akan abang buat, semoga semua itu tercapai.. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.. Semoga abang mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Waktu berjalan tiada henti.. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari.. Hingga saat ini.. Selamat hari lahir SUAMIKU !
SELAMAT HARI LAHIR !!! Dari lubuk hati yang paling dalam.. Tiada kata dapat zah ucapkan untuk menghiasi hari-hari yang penuh bermakna ini.. Dan hanya doa yang mampu zah panjatkan untuk abang.. Semoga Allah selalu melindungi dirimu..
SELAMAT HARI LAHIR Zah dan Zhariff sayang abang selalu.. terima kasih kerana sentiasa menjaga makan minum kami..
HAPPY BIRTHDAY.. HAPPY BIRTHDAY.. !!!! HAPPY BIRTHDAY TO YOU… HAPPY BIRTHDAY TO YOU…!!!
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen di dalam posting tersebut dengan menzahirkan ucapan takziah ke atas mangsa. Ramai yang ternyata tidak mampu menahan rasa sedih di atas apa yang berlaku.
Moga Allah menempatkan arwah di dalam kalangan orang beriman, memberikan kesembuhan pada si suami serta ketabahan kepada anak dan keluarga yang ditinggalkannya. Al-Fatihah.