“Akhirnya Muncul Juga Baby Girl.” Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiga, Aidil Zafuan Luah Rasa Syukur

Share

Pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan berkongsi berita gembira di atas kelahiran bayi perempuannya. Berita tersebut dimuatnaik menerusi Instagramnya dengan kapsyen yang ringkas.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021”

Aidil turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas doa ramai buat dia dan isterinya, Zarema Zainal.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” ujarnya.

Aidil dan Zarema  mendirikan rumahtangga pada 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.

Sebelum ini Aidil Zafuan pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Rita Rudaini namun hanya bertahan selama lima tahun sebelum bercerai pada Tahun 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini  di bawah jagaan Rita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah kepada Aidil dan Zarema. Tengku Mahkota Johor, TMJ turut berbuat demikian.

hrhcrownprinceofjohor Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah🤲🏻. Tahniah. 💙♥️
_aidil.zafuan_@hrhcrownprinceofjohor Alhamdulillah🤲🏻junjung kasih Tunku🙏🏻 Terima kasih Kerana mendoakan saya dan keluarga. Terima kasih juga tips yang Tunku dan @ymchepuankhaleeda
berikan. Alhamdulillah 🤲🏻🤲🏻
aqila_ibrhm Congrats idola..akhirnya muncul juga baby girl👧😍
yoesahmad Tahniah aidil…yg ditunggu tunggu telah tiba syukur alhamdulillah ❤️ @_aidil.zafuan_
emma_akm485 Tahniah dan akhirnya..no.5 gurl☺️ tahniah sis @zaremazainal n aidil🤗

Sumber: _aidil.zafuan_