
Pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan berkongsi berita gembira di atas kelahiran bayi perempuannya. Berita tersebut dimuatnaik menerusi Instagramnya dengan kapsyen yang ringkas.
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021”
Aidil turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas doa ramai buat dia dan isterinya, Zarema Zainal.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” ujarnya.
Aidil dan Zarema mendirikan rumahtangga pada 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.
Sebelum ini Aidil Zafuan pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Rita Rudaini namun hanya bertahan selama lima tahun sebelum bercerai pada Tahun 2013.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini di bawah jagaan Rita.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah kepada Aidil dan Zarema. Tengku Mahkota Johor, TMJ turut berbuat demikian.
Sumber: _aidil.zafuan_
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club