Akhirnya Isu Pendaftaran Nama Anak Cik Pia Selesai, Suami Kasi Kerjasama Tapi ….

Share

Baru-baru ini, nama influencer terkenal Cik Pia hangat diperkatakan semenjak dia mendedahkan hubungan dengan suaminya dingin. Episod ini bermula apabila suaminya tidak hadir ke hospital sewaktu dia sedang berperang untuk melahirkan anak keduanya mereka.

Malah lebih hangat lagi, baru-baru ini Cik Pia telah memuatnaik video sewaktu di Jabaran Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan nama anak mereka. Apa yang menjadi perhatian adalah menurut Cik Pia dia berasa sedih dan sebak kerana tidak dapat meletakkan nama suaminya di dalam daftar nama anaknya kerana suaminya tidak hadir ke JPN.

Cik Pia dengan sebak memaklumkan yang dia terpakda memilih 99 dari nama Allah untuk di binkan kepada anaknya itu.

Namun semalam, suami kepada Cik Pia, Azlee Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Boss Kay tampil menjawab tuduhan berkenaan. Dia yang hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang telah memaklumkan bahawa urusan mendaftarkan nama anaknya telah selesai.

@norsufiajohari bukan die yg DTG UTK BG kerjasama tp dia telah diarahkan oleh pihak @jpnhqofficial UTK DTG BG kerjasama mendaftarkan Arumi..TERIMA KASIH JPN krn membantu menyelesaikan masalah ini#trending #fypp #tiktok #tiktoker #fypシ゚viral #fypage #fyp #fypシ #viral #tiktokviral ♬ Buah Hati – Armada

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Alhamdullilah proses pendaftaran nama Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN. cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan, jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.”

Boss Kay turut menjelaskan yang dirinya berdepan dengan pelbagai tuduhan dan pandangan negatif warganet yang mana dia mendakwa ianya berpunca daripada penyakit yang dihadapi oleh isterinya, Cik Pia yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan mental sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

“Kejadiannya macam ini, saya berdepan dengan isteri yang ada gangguan mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini sedangkan dia sendiri tulis mengenai masalah kesihatannya di Facebook pada tahun 2021.”

“Apabila sakitnya datang, saya diugut setiap hari. dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi apabila berlaku kejadian demi kejadian, saya jauhkan diri supaya dia tenang.”

Menjelaskan mengenai isu pendaftaran nama anaknya itu.

“Saya bukan tak nak daftar, tapi dia tak jawab call saya. Sebab saya minta dokumen, minta untuk hantar ke pejabat tapi dia tak bagi kerjasama. Nak daftar nama anak tak ada masalah cuma menanti waktu tidak sibuk.”

“Lagipun belum sampai 60 hari tempoh pendaftaran. Jadi saya rasa netizen nafikan hak saya sebagai bapa, sebab hak saya 60 hari. Kalau lepas tempoh sekali pun, denda baru RM10. Kad pengenalan saya dah bagi, mereka akan key in dan sijil akan diserahkan kepada ibu.”

Dalam pada itu, dalam pendedahan lain Cik Pia telah mengatakan suaminya tidak pulang ke rumah sejak Disember tahun lalu iaitu sebelum kelahiran anak kedua mereka.

Tambahnya lagi, lelaki itu mula mengabaikan tanggungjawab sejak terkenal di TikTok selain kehadiran ‘orang ketiga.’ Ekoran itu, dia terpaksa membuat laporan polis untuk mengesahkan ada sijil nikah dan ini memang bayi mereka.

“Melahirkan sendiri tidak seperit bila dengar anak dikategorikan tak sah taraf.. suami abaikan tanggungjawab gara-gara orang ketiga.”

“Ketika itu dia sudah ada hubungan dengan seorang artis dan langsung tidak pulang ke rumah. Kami bernikah sejak 2017 ketika anak pertama, tiada isu timbul namun dia berubah selepas mula popular di TikTok.”

Cik Pia juga menjelaskan bahawa laporan sebuah portal mengenai temubual bersama suaminya itu mengandungi unsur fitnah.

“Dia selalu aibkan dan fitnah saya. Mana ada isteri yang tak sedih jika suami ada skandal lain ketika mengandung. Sedih dan anxiety benda yang berbeza!,” tulisnya di ruangan kepsyen.

Sama-sama kita doakan agar hubungan keluarga ini kembali harmoni.

@norsufiajohari wahai @mstarmalaysia cerita dlm tu BYK fitnah Dr betul..die selalu aibkan & fitnah Sye.. mane Ade isteri yg tak sedih jika suami Ade skandal lain ketika mengandung.sedih & anxiety benda yg berbeza!#tiktokviral #viral #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktok #tiktoker #cikpia #trending ♬ original sound – Putri Fieyna

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club