
Apabila kuali
Sudah tentu ramai yang memiliki kuali hitam atau periuk yang hitam legam kerana ia dianggap kuali legend.
Namun sebenarnya kuali begini bahaya untuk kesihatan tubuh badan kita.
Jadi ada antara kita terpaksa membuang kuali ini setelah berberapa kali membasuh kuali tetap hitam dan berkerak. Sayang nak buang kuali legend tapi terpaksa demi kesihatan.
Tapi usah bimbang, ada petuan darioada Puan Amy Roslina ini boleh membantu membuang kerak hitam pada kuali.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Alhamdulilahhh..ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan.
Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari.
Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Kapur Makan
Kuali Besar
Pisau
Langkah-Langkah Membuang Kerak
1. Itu dia!! Dah beberapa kali sental tapi putus asa.
2. Sapukan punggung kuali dengan kapur. Ratakan dibahagian kerak hitam tu.
3.Letakkan kuali kecil didalam kuali besar.
4. Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.


6. Itu merupakan kepingan hitam yang tanggal.

7. Kikiskan kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.

8. Kerak nipis tersebut cuba gosok pakai berus dawai.
Wow! Ini Hasil, macam baru.
Tadaaa!!! Itu dia berkilat sangat-sangat. Macam baru beli dikedai jer tapi buat sendiri jer. Tidak perlu buang dan jimat tak beli yang baru.
Selamat mencuba!
Sumber: Amy Rosina
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Gagal Tunjuk Dokuman Urusan Pertukaran Sekolah, Suami Isteri Ini Di Tahan Tapi Rupanya Ada Sebab Lain Lagi. Moga Jadi Iktibar.

Apabila mempunyai peribadi yang mulia dalam diri sudah tentu kehidupan diri dan keluarga dipermudahkan.
Begitu juga sikap santun diri pastinya akan mempengaruhi pemikiran dan setiap tindakan.
Namun begitu yang terjadi kepada sepasang suami isteri ini yang alpa kepada peribadi mulia.
Sepasang suami isteri ditahan polis atas kesalahan merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang penjawat awam ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) COVID-19, di Jalan Junjong, Kulim semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggotanya menahan kereta jenis Honda Jazz hitam yang dinaiki pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Beliau berkata, pasangan itu dari arah Pulau Pinang memaklumkan, mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anaknya ke Kedah namun gagal menunjukkan surat dokumen berkaitan persekolahan.

Anggota polis berkenaan cuba menjelaskan secara berhemah dan tegas kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan rentas negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
Anggota polis itu kemudian meminta kad pengenalan dari lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin namun pasangan suami isteri itu keluar dan memaki hamun anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, berikutan itu pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut manakala kanak-kanak berkenaan dibebaskan dan diserahkan kepada ibu saudaranya.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021,” katanya.
Sumber: Astro Awani
“Boleh Makan 2 Bulan Sekali Sahaja.” Bimbang Gemuk & Banyak Penyakit, Datin Rebecca Tak Galak Anak Makan Makanan Segera

Kebanyakan ibu bapa yang sibuk dan tak punya masa untuk menyediakan hidangan buat anak-anak, makanan segera menjadi pilihan utama. Sehinggakan ada anak-anak yang menjadikan makanan segera sebagai perkara biasa.
Namun, sebagai ibu bapa sepatutnya menitikberatkan soal pengambilan makanan. Terutama sekali makanan segera ini kalau boleh elakkan diberi kepada anak-anak. Apabila menjadi habit buat anak-anak sukar untuk dibendung kelak.
Selebriti Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini berkongsi cerita bagaimana dia membuat peraturan kepada anak-anak dalam soal makanan segera ini. jelasnya, anak-anak hanya dibenarkan makan makanan segera dua bulan sekali sahaja.
Anak anak mummy Becca Hanya boleh makan MD Donald 2 bulan Sekali Sahaja ?
…Bukan apa sebab mummy TerLalu sayang kan Anak anak Dan utamakan kesihatan Keluarga ok?❤️….
Nanti kecik2 lagi dah gemok2 And byk Penyakit Susah plak,lagi2 Takut sgt2 Kalau kecik2 dah ada Diabetes “kencing manis”,So dari anak anak kecil la Kita Sebagai Ibu bapa Harus Menjaga Apa Yg Mereka makan….
Bilik Di pikir kan Masakan Ibu lagi Baik k,Jadi Ibu2 Dah nama Pun Ibu Harus Rajin Masak k….
Sumber: IG rebeccanuralislamahmad
32 Petua Bahagia Suami Isteri Yang Biasa-Biasa Aje Tetapi Luar Luar Biasa Jika Amalkan.

Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Apakah ciri ciri keluarga bahagia yang kita kena tahu. Walaupun nampak biasa aje amalannya tetapi jika di amalkan ia menjadi luar biasa kepada perhubungan suami isteri.
Sebagaimana 32 cara ini. Boleh diamalkan untuk memberi kebahagiaan till jannah.
1 SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Kredit: Kisah Zakat Malaysia