Bulan Ramadan ni pelbagai berita duka dan suka dipaparkan di media sosial. Salah satunya perkongsian pelakon Elfira Roy yang pertama kali menunjukkan baby bump buat peminatnya.
Setelah sekian lama disahkan hamil, akhirnya pelakon ini bersedia berkongsi sekeping gambar yang menampakkan kehamilannya.
Oleh kerana pengalaman pertama..Elfira mengakui agak malu dengan penampilannya berbadan dua dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Elfira sengaja mengenakan busana hamil longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya.
Terdahulu, pelakon ini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Faris Anuar.
Melalu paparan di Instagram, biarpun baby bump tidak jelas, namun dapat dilihat perubahan pada perut dan wajah dan tubuhnya makin berisi.
Semoga Elfira dapat menempoh kehamilan dengan sebaik mungkin.