Dua hari ini kecoh tentang anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania apabila namanya terpalit dengan kontroversi ‘menyondol’ suami orang.
Perkara itu dibongkarkan sendiri oleh bekas isteri suami terbabit yang dikenali sebagai Misya dalam perkongsiannya berbentuk bebenang di aplikasi X mendedahkan bukti yang mendakwa suaminya dan anak pasangan selebriti itu telah ‘check in’ di sebuah hotel dan difahamkan ia bukanlah kali pertama berlaku.
Terkini, menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram akhirnya Marissa akui kesilapannya dan mengaku bersalah mengenai perkara yang tular di media sosial sejak semalam.
Namun, tidak semua perkara tular tersebut adalah kebenaran dan dirinya tidak perlu menjelaskan semuanya kerana sedar tidak berupaya untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya mengaku, saya bersalah. Apa yang diviralkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar.
“Tapi saya di sini bukanlah mahu mempertahankan diri dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam sesetengah kenyataan berbangkit. Ia sama sekali tidak adil untuk kamu mendengar dari sebelah pihak disebabkan cerita yang diberitahu kerana bukan 100 peratus adalah benar.
“Tapi, saya tidak perlu untuk meyakinkan dan memuaskan hati semua pihak.
“Saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,”tulisnya.
Tegas Marissa, segala yang berlaku itu adalah atas perbuatannya sendiri dan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tanpa membabitkan ibu bapanya.
Anak kedua kepada pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata, kedua-dua ibunya telah memberikan pendidikan yang terbaik.
Akan tetapi, segala yang berlaku itu adalah atas pilihannya sendiri dan bukanlah mereka.
“Pertama sekali, semuanya yang berlaku adalah atas tanggungjawab jawab saya sendiri. Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik.
“Beri pendidikan secukupnya, menegur saya, melarang saya daripada melakukan itu ini dan semuanya yang berlaku adalah atas pilihan saya sendiri. Biar saya selesaikan masalah sendiri dan bukannya ibu bapa,” tegas Marissa.
Tambah Marissa, dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan pihak yang menularkan isu tersebut selain mengatakan urusan peribadinya dan lelaki bernama Aslam hanya mereka berdua sahaja mengetahui.
“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ini sehingga ianya berakhir.
“Saya bersalah dan saya mengaku. Dan tujuan hantaran ini dibuat adalah untuk memaklumkan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak,”katanya.
Dalam pada itu. Marissa turut menafikan dia dan Aslam tidak meraikan sebarang majlis berhubung hantaran tular mengatakan mereka berdua meraikan sesuatu selepas lelaki terbabit keluar dari mahkamah.
Sumber: Instagram @marissadania_