Keluarga itu adalah sebuah tempat untuk kita membina sebuah rumahtangga yang bahagia bersama pasangan tercinta dan anak-anak tersayang.
Sepanjang tempoh hidup bersama dan membesarkan anak-anak sudah tentu meninggalkan kenangan manis. Tanpa kita sedar, dulu anak-anak kecil kini telah dewasa. Kita pula semakin meningkat usia, rambutpun mula beruban memutih.
Momen-momen indah bersama pasangan dan anak-anak adalah kenangan paling berharga.
Menerusi FB, Mohd Yazid Ismail, beliau berpendapat bahawa setiap pasangan perlu merakam dan mengambil gambar ahli keluarga untuk dijadikan kenangan walaupun secara candid.
Ikuti perkongsiannya.
Hampir setiap masa handphone ada bersama dengan kita. Cuba lah sekali sekala guna handphone tu untuk gembirakan pasangan dengan buat benda yang mudah je. Ambil gambar.
Ads
Secara candid tanpa “cheeeess”.
Secara spontan. Gambar pasangan dan gambar anak-anak. Intan permata, jantung hati kita, manusia yang banyak berkorban untuk kita.
Ambil gambar mereka banyak-banyak.
Bila dia tengah borak dengan anak.
Masa dia sedang masak.
Ketika memujuk anak menangis.
Waktu mengajar mengaji.
Ketika anak panjat mamanya.
Satu hari nanti kita akan tersedar bahawa masa berlalu cepat. Anak-anak makin membesar tanpa tunggu kita. Tiba-tiba dah sampai masa untuk hantar anak masuk universiti.
Ads
Kita dan pasangan makin berumur. Akan tiba waktu salah seorang pergi dulu. Masa tu barulah kita tercari-cari gambar memori lama dalam dalam SD card.
Ambillah gambar untuk tunjuk kasih sayang kita kepada mereka, ia sedikit sebanyak boleh menggantikan “i love you” yang kita lupa ucapkan. Isteri akan gambira bila dia dapat tahu dalam hp suami ada banyak gambarnya dan anak-anak secara candid.
Ambillah gambar untuk tunjuk betapa kelam kabutnya dulu hidup kita.
Ads
Ambillah gambar untuk tunjuk kita tak kisah bagaimana pun penampilannya, kita tetap admire dia, cinta kita tanpa syarat.
Ambillah gambar sebelum terlambat.
Gambar isteri dan anak sulung yang diambil dengan camera hp Nokia lebih 10 tahun lepas, sentiasa saya ulang tengok banyak kali. Setiap kali tenung gambar, zoom in dan zoom out, ia akan menguatkan kasih sayang kami. Betapa dulu kami hidup dalam serba kekurangan. Betapa dia sanggup berkorban untuk saya.
Gambar yang diambil secara bersedia biasanya hanya akan tunjuk moment indah dan gembira sahaja. Hanya secara candid memberi gambaran keadaan sebenar.
Nilai sebuah kenangan indah itu terlalu berharga. Hargailah detik-detik manis bersama ahli keluarga tersayang sementara masih ada.
Pelik tapi benar. Gara-gara sikap isteri yang tidak menjaga kebersihan diri seorang suami telah mengambil keputusan yang amat sukar dalam hidupnya iaitu berpisah.
Siapa sangka hanya hal yang remeh temeh ini menjadi punca berlaku penceriaan. Kisah bukan berlaku di negara kita tetap di sebuah kampung di India.
Menurut laporan laman berita Oddity Central, seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, semalam.
Bertengkar setiap kali menyuruh isteri mandi
Lelaki berkenaan mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Komunikasi antara suami isteri sangat penting, tanpa komunikasi yang baik boleh menyebabkan hubungan menjadi tidak mesra dan boleh juga menyebabkan salah faham antara keduanya. Bahkan tanpa komunikasi, kemesraan antara suami isteri juga akan menjadi hambar.
Walaupun sering terjadi suami dan isteri dilihat tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu perkara atau hal. Namun jangan jadikan itu penyebab untuk tidak bercakap dan berbual dengan pasangan.
Bahkan ada baiknya, dalam banyak-banyak perkara yang ingin dibualkan, sentuhlah beberapa perkara untuk dibualkan dengan pasangan berkenaan hal rumah tangga. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk membentuk rumahtangga yang hebat dan berkualiti.
Ini perkongsiannya;
Guru saya pesan, rumahtangga yang hebat itu, suami isterinya selalu bersembang hal ini;
1. Tentang iman. Bagaimana supaya suami isteri bertambah iman.
2. Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan dalam keluarga.
Intan Ladyana teruja nak bawa bayi sulungnya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan Perlis menyambut hari raya. Tetapi dalam masa yang sama, pelakon filem Adnan Sempit ini yang baru pertama kali bergelar ibu ini turut berasa bimbang untuk melalui perjalanan jauh bersama si manjanya.
“Biasa short distance sahaja pergi ke hospital untuk check-up tapi bila perjalanan berjam-jam balik kampung mungkin agak mencabar. Tu yang agak risau jugak,” demikian luah Intan dalam temubual facebook live bersama Pa&Ma Mummy Millennial semalam.
Bayi pertama pasangan Intan dan Hari yang diberi nama Evie Khadeeja baru mencecah usia dua bulan dan menurut Intan dia masih belum berani membawa bayi sulungnya berjalan ke mana-mana kecuali ke hospital sahaja.
Intan yang sangat prihatin tentang keselamatan anaknya mengakui antara perkara awal yang dilakukan ketika hamil adalah mencari kerusi keselamatan bayi atau car seat khas untuk anaknya duduk sepanjang dalam kereta.
Cabaran Bayi Duduk Dalam Car Seat
“Masa mula-mula nak cari car seat, Intan google info tentang kepentingan carseat kepada bayi. Kemudian pergi recce di pelbagai kedai yang jual car seat. Alhamdulillah jumpa sales person bagus yang share info tentang car seat. Lepas tu baru decide car seat mana nak beli.”
Sebagai ibu pertama kali, Intan mengakui dia tidak berapa mahir lagi untuk meletakkan bayinya dalam car seat tetapi bersyukur kerana ada ibu mentuanya sangat membantu.
“Alhamdulillah ada mak mentua yang tolong. Kita masih lagi kekok dan risau baby terasa sakit bila letak. Most of the time memang mak mentua yang letakkan baby dalam car seat. Dia sendiri sangat galakkan baby duduk dalam car seat sepanjang naik kereta,” katanya lagi.
FOTO: IG Intan Ladyana
Sama seperti ibu bapa lain, Intan juga melalui cabaran bayinya menangis ketika dia sedang memandu kereta. Justeru Intan menyarankan ibu bapa yang menghadapi masalah sama dengannya ikut tips dikongsi oleh Pakar Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak, May Hong ini.
Ibu ayah boleh buat langkah ini untuk mententeramkan bayi yang adakala menangis sukar dipujuk apabila duduk di dalam car seat:
Tepuk-tepuk lembut bayi bagi menenangkannya.
Swaddle atau bedung bayi lepas selepas masukkan dia ke dalam car seat supaya bayi rasa tenang seolah-olah dalam pelukan ibu.
Berbual atau menyanyi pada bayi kerana dia suka mendengar suara ibu yang sudah biasa didengari sejak dalam kandungan.
Selain dari itu untuk melalui perjalanan jauh pulang ke kampung, ibu kena pastikan bayi sudah kenyang menyusu, sudah sendawakan bayi, tukar lampinnya supaya selesa dan paling penting untuk bayi yang masih kecil, pastikan berhenti kereta dan keluarkan bayi dari dalam car seat setiap dua jam.
Intan menyarankan semua supaya menggunakan car seat yang bersesuaian untuk anak masing-masing suapya selesa dan selamat perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya nanti.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.