“Akan Apply Pengalaman Sebenar Dalam Lakonan” Mira Filzah Akui Mengandung Sebenar Tak Seindah Dalam Lakonan

Share

Pelakon cantik yang sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya, Mira Filzah mengakui bila melalui sendiri pengalaman mengandung barulah faham bagaimana rasanya bergelar bakal ibu.

Mengimbas kembali watak lakonan yang memerlukan dia mengandung dalam drama-dramanya seperti Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi, Mira ketika itu tertanya-tanya bagaimana rasanya bila mengandung sebenar.

Masa tgh aktif shooting, hampir setiap drama perlu berlakon pregnant. Rahsia Hati Perempuan, Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda, dll. Selalu terfikir, mcm mana lahhhh rupa mengandung sebenar nanti. Rupanya tak seindah lakonan

Realiti Tak Seindah Salam Drama

Isteri kepada Wan Emir Astar ini mengakui babak ibu hamil yang dilakonkan tidak seindah seperti yang disangkakan bila melalui sendiri pengalaman mengandung.

Katanya yang bakal genap 40 minggu kehamilan minggu hadapan, kini hendak angkat beg tangan pun sudah terasa penat sangat.

Bekas pengacara program Nona ini terasa lucu bila mengenang kembali detik dia berlakon hamil dan masih berupaya mendukung bayi seberat 10 kg dalam salah satu scene drama lakonannya.

Nak angkat beg tangan pun rasa penat dah, apa tah lagi time shooting ‘pregnant’ dulu, feeling angkat budak nk dkt 10 kg dalam scene (gambar ke 3, #throwback). Ahahaha. Eyyy tipu bethol!

Lakonan Mira Filzah sebagai ibu hamil dalam drama Pujaan Hati Kanda

Menurut Mira itu belum lagi bab melakonkan scene tiba-tiba nak terberanak dan bersalin sampai terjerit-jerit kesakitan, yang rupanya berbeza bila situasi sebenar.

Akan Apply dalam Lakonan

Sebagai pelakon yang berdedikasi, Mira Filzah berazam akan mengaplikasikan semua pengalaman sebenar yang dilalui sepanjang mengandung dalam lakonannya kelak di masa akan datang.

Ramai pengikut Mira turut meninggalkan komen bersetuju lakonan bab bersalin dalam drama tidak sama seperti realiti. Selain dari itu mereka turut mendoakan agar Mira dipermudahkan bersalin.

Untuk rekod, Mira Fizal mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

Sumber: Instagram @mfmirafilzah