
Mendidik anak-anak dengan aturan hidup yang sihat semestinya menjadi tanggungjawab mak dan ayah. Salah satu yang perlu diajarkan pada anak adalah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak di ketika waktu berharga ini. Jom manfaatkan masa bersama-sama dengan anak.
Apakah yang perlu kita buat satu jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Ajarkan juga pada anak-anak untuk mandi awal pagi. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun tak apa. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah. Ajak anak sama-sama turut serta membaca Al-Quran.

5. Ajarkan pada anak sedekah subuh kerana ia bukan hanya dapat pahala tetapi melatih disiplin dalam diri anak selain mengetahui konsep bersedekah.
Satu jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak:
1. Berkebun dengan anak-anak.
2. Lepas sahaja subuh, ajaklah anak untuk bersenam. Biar tenaga mereka dikeluarkan. Baik untuk aktiviti fizikal anak-anak.
3. Minta anak lakukan rutin wajib seperti mengemas katil dan menyiram pokok bunga.
4. Ambil sarapan sama-sama seisi keluarga.
Lain Cara Didik Anak Lelaki Ni. Boleh Ikut Tip Cikgu Ini.

Bergelar ibu bapa ni, memang isu mendidik anak sering menjadi perbualan dalam aspek keibu bapaan. Mana tidaknya, semua ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap dan berjaya dalam hidup. Jika salah asuh, tentu akan memberi kesan kepada sikap anak itu sehingga dewasa. Malah, ada yang beranggapan sikap anak itu, adalah cerminan ibu bapa. Tentu kita tercari-cari panduan nak didik anak. Termasuk cara mendidik anak lelaki.
Ikuti perkongsian cikgu ini mengenai cara mendidik anak lelaki.
Tip mendidik anak lelaki, memang " Deep"
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. "Saya nak Jadi macam ayah"
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Homework Bagi Kanak-Kanak Tadika, Relevan Atau Tidak? Perjelasan Ini Mengejutkan!

Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut Dr Surayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah. Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
- Membaca buku cerita dan membincangkan jalan cerita/karektor – jalan cerita /karektor boleh dihasilkan dalam bentuk poster/ binaan/ anak patung/model
- Menyemak dan membincangkan praktikal solat anak di rumah
- Menjalankan projek recycledan reuse di rumah
- Mengumpul bahan-bahan terpakai untuk disumbangkan kepada pihak NGO atau dibuat jumble sale
- Membuat photo bookDIY- tentang pelbagai tema contohnya aktiviti hujung minggu/ bersama haiwan kesayangan
- Menyumbang makanan yang dibuat sendiri oleh anak dan ibu bapa bersempena majlis tertentu di tadika
- Mencari maklumat di internet bagi melengkapkan buku skrap / mini book/ poster
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Wanita Ni Kongsi Cara DIY Bilik Stor Nampak Tersusun, Mudah Cari Barang. Cantik & Kemas Hasilnya!

Perkongsian ini dimuat naik menerusi Facebook Neena Zaidi beserta beberapa keping gambar menunjukkan proses susun atur ruang stor yang sempit bagi memudahkan mencari barang.
Memang nampak kemas walaupun barang-barang yang ditempatkan di dalamnya ada pelbagai jenis. Mudah mencari apabila nak digunakan kerana ada label setiap box yang menyimpan barang.
Baru selesai organized part yg plg mencabar sekali dlm rumah iaitu bilik stor. Alhamdulillah dapat settle sebelum masuk Ramadhan. Enjoy the before & after photos.
Bilik stor ni kecik je, 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm). Nampak besar sbb sy guna wide angle.
Mula2 dulu stor ni ok sikit, tp makin lama makin serabut. Stp kali cari brg mesti xjumpa pastu lepas punggah jd bersepah.
My husband said “buat apa nak kemas stor? Kan pintu tertutup bkn org nampak apa ada kat dlm”. Sebenarnya kita organize bkn sbb nak nampak elok di mata org je. Kalau sampai nak cari brg pun xjumpa, nak ambil brg pun susah, it’s not a functional space anymore but a dumping ground
Tips utk maximise penggunaan ruang:
1. Plan sebelum mula organize. List kan brg2 yg ada dlm stor mengikut kategori.
2. Ukur keluasan bilik.
3. Pre-plan kedudukan rak dlm bilik.
4. Cari saiz boltless rack yg bersesuaian dgn saiz bilik.
5. Cari storage bin yg bersesuaian dr segi saiz dgn kuantiti yg mencukupi utk stp kategori brg.
Hasil drp proper pre-planning: Lebar bilik 6 kaki. Depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki. Sy ada ruang 3 kaki kat tengah2 utk berjalan dan ambil brg tanpa sebarang halangan. Wallpaper secoet kat bawah tu sy buat tutup cat yg dah luntur.
Bahagian ni sy gunakan rak dan storage box yg sedia ada je. Xnak membazir beli bekas baru. Depth rak ni 30cm. Dpt la ambik gambar keseluruhan dr depan sebelum masukkan rak lg satu.
Ini rak baru. Depth 60cm. Storage bin warna biru yg lama. Warna merah tu baru. Cari kat shopee warna biru xjumpa so xpelah cacat sikit warnanya.
Semasa process decluttring xbanyak pun brg yg dibuang sbb sy selalu buat spring cleaning berkala. Brg ngam2 je dgn saiz ruang. Karpet dan tangga pun ada tempat sendiri.
Sumber: Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club