Tak ramai anak-anak remaja kita hari ini yang rajin ke dapur atau dengan kata lain pandai memasak. Namun itu tak bermakna kita sebagai ibu bapa tidak boleh mendidik mereka untuk berdikari.
Pasti susah pada permulaannya. Mencuba kemahiran memasak ini di waktu sudah dewasa tidaklah menjadi masalah, namun jika anak lelaki sudah dilatih sejak kecil pasti bonus buat ibu-ibu.
Gambar hiasan
Dr Norzila Zakaria turut berkongsi kisahnya yang mengajar anak lelakinya sejak kecil. Baginya anak lelaki mesti cekap di dapur. Ada kebaikannya dikemudian hari.
Anak lelaki mesti cekap di dapur Kebiasannya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu kita di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur. Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak.
Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran. Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Ads
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sejak mereka kecil lagi bila masuk dapur saya akan beri apa sahaja yang saya pegang. Contohnya sayur biarlah dia potong dan ambil apa yang mereka potong walaupun tidak cantik potongannya. Ini akan menyebabkan mereka rasa seronok untuk menolong kita pada masa akan datang.
Perlahan-lahan saya upgrade kepada menggunakan pisau, siang ikan dsb.
Cuma rumah saya ni guna dapur induksi yang tak panas jadi saya tidak berapa bimbang tentang api dan gas. Namun semua pun perlukan pemantauan.
Ads
Gambar hiasan
Ganjaran buat anak-anak jika melakukan satu-satu perkara, pada saya jika maksud memberi hadiah itu jelas kepadanya maka tidak menjadi masalah. Namun jangan sampai dia menjadikan hadiah itu suatu yang wajib bila dia melakukan sesuatu kerja.
Perlahan-lahan kita ajarkan agar mereka melakukan suatu tugasan itu dengan ikhlas dan sebagai khidmat kepada ibu bapa yang besar pahalanya. Maksud saya di sini biar anak faham bahawa hadiah terbaik adalah pahala dari Allah swt.
Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Sudah tentu ramai yang ‘berhajat’ untuk bangun malam melakukan solat Tahajud. Namun, sikap fikirkan mengenai bacaan dan cara solat membuatkan hasrat itu tidak menjadi.
Namun, usah jadikan ia alasan menebal dalam diri, ikuti perkongsian ustaz ini mengenai cara solat tahajud yang mudah.
Moga muhasabah diri.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH” , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya.
Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. SENANGKAN?
Sejak akhir-akhir ni tular mengenai perkakasan didapur yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Keadaan ini menyebabkan ramai para ibu melahirkan rasa bimbang. Peduli akan hal ini, puan Fatimah Salim turut membicangkan mengenai peralatan memasak kalis lekat. Adakah kuali yang digunakan itu selamat. Beliau menjelaskan bahawa terdapat beberap jenis kuali di pasaran dan penggunaannya. Seterusnya ikuti perkongsiannya yang dipaparkan melalui group Makmal Makanan (MaMa).
IKUTI PERKONGSIAN INI.
PERALATAN MEMASAK KALIS LEKAT
Komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu). Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur…) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi. Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium.
Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Apakah yang berlaku kepada peralatan memasak ini semasa dipanaskan?
Semasa dipanaskan, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat. Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).
Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak.
Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon. Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput ini untuk lebih jelas.
PTFE
PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi.
Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon. Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan.
Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
Seramik & Enamel
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini.
Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi.
Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
Silikon
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.
Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’.
Graniteware
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.
Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.
KESIMPULANNYA
Kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat:
• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Masihkah anda ingat dengan pelakon arwah Hani Mohsin? Popular dengan filem Jimi Asmara, Allahyarham ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Hani Karmila hasil perkahwinannya bersama Puan Sri Tiara Jacquelina.
Walaupun arwah sudah lama pergi meninggalkan kita namun namanya tetap terpahat Dalam hati peminatnya.
Terbaru menerusi akaun Instagram Puan Sri Tiara, dimuatnaik sekeping gambar terkini anak perempuan mereka, Hani Karmila. Manis dan cantik orangnya.
Jarang sekali peminat disajikan dengan perkembangan anak-anak oleh Puan Sri Tiara. Biasanya dia lebih gemar berkongsi cerita berkaitan dengan resort dan aktivitinya sahaja.
Dalam perkongsian tersebut, Puan Sri Tiara menerusi kapsyennya berkata, waktu lapang pada hujung minggunya diisi dengan bersama anak kesayangannya sambil minum kopi bersama.
Nampak sudah besar panjang Hani Karmila dan jauh berbeza dengan wajah ketika kecilnya dahulu.
Melihat akan raut wajah Hani Karmila terkini, pasti ramai yang bersetuju bahawa , wajah nya cukup seiras dengan ayahnya, Hani Mohsin. Saling tak tumpah terutama sekali senyumannya itu seperti melihat senyuman Hani Mohsin, seiras betul.
yahyazainhm Besar suda.. last jumpa Tis little gurl masa shoot shopping raya dgn arwah utk page BH.. Alfaatiha buat arwah Hani Mohsin moga terus damai disana bersama para syuhada dan solihin aamiinn
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.