Kaletahnya cukup disukai ramai tatkala berhadapan dengan lensa kamera. Ramah bercerita, berkongsi tip solekan ditambah dengan paras rupanya Yang menawan membuatkan ramai terpikat.
Pemilik nama Nabilah binti Zulyadaini atau mesra disapa MUA Bellaz ini sememangnya disukai ramai.
Ibu kepada 3 cahaya mata, Airis 8 tahun, Aidil 4 tahun dan Ean Yusuf 1 tahun menyingkap kisah kehidupanya yang dahulu serba sederhana namun kini sudah berubah. Tidak hairanlah ramai ibu-ibu muda menjadikan Bella sebagai sumber inspirasi.
“Kalau kita nak buat sesuatu, biarlah memberi inspirasi kepada orang lain. Orang ni dia suka akan kehidupan seseorang, jadi kita kena tunjuk benda-benda yang positif dan yang baik-baik supaya boleh jadi ikutan ramai. Saya tak suka benda negatif.
“Mungkin orang tengok saya garang, tapi sebenarnya garang saya dibibir sahaja..di mulut sahaja. Contoh kalau anak saya mandi, tuala tu dia main campak-campak so saya memang jadi gorilla lah! Saya memang garang tapi ada masanya lembut”
“Begitu juga dengan soal pembahagian masa. Walaupun orang nampak saya sibuk, tetapi kena pandai bahagi masa. Sebab itulah orang kata masa itu emas. Saya sangat teliti dengan masa. Cuma kadang-kadang sebagai ibu, ada rasa penat. Kadang-kadang anak tu tengah malam nak tukar lampin lah, nak susu dan sebagainya jadi memang penat lah.
Jujur mengakui, kehidupan susah Yang pernah dilalui nya menjadi penguat semangat untuk terus berusaha demi kesenangan anak-anak.
Ads
“Sebagai ibu bapa kita nak lah yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita nak dia pelajaran yang terbaik. Semua yang baik-baik belaka.
“Dari situlah Bellaz fikir sesuatu untuk cari side income sendiri. Jadi Bellaz belajar makeup-makeup melalui youtube sebab tak mampu masuk kelas. Tapi jangan berenti berusaha, sabar ada rezekinya.
“Dari segi didik anak pula, Bellaz memang ajar erti susah kena ada dalam kehidupan anak-anak Bellaz. Contoh dari segi permainan, Bellaz memang tak ajar untuk beli mainan mahal.Tak ajar dalam kemewahan, bersederhana sahaja.
“Apa yang Bellaz masak, makan je yang tu jangan memilih. Tak adalah selalu makan KFC. Bagi depa tahu susah, bukan tidur dalam aircond 24jam. Sederhana sahaja. Tapi tak adalah sampai merumitkan hidup mereka cuma tak nak terlalu mewah.’ ujar Bellaz lagi.
Ads
Sumber: Pa& Ma
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu.
Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba.
Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan.
Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah.
Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah.
Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun.
Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana.
Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana.
Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa.
Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatnya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia.
Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak.
Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan.
Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia.
Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil.
Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini.
Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit.
SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia.
Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini.
Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ingin memulakan projek menghias rumah, selain pemilihan dan perletakkan perabot menjadi keutamaan untuk menampakkan gaya dekorasi yang indah, kemasan lantai juga memainkan peranan agar keseluruhan ruangan nampak sempurna.
Memberi ilham pada penggunaan material dengan gaya bajet namun nampak hebat berkilat seperti mozek, perkongsian daripada DanialDannia Asone ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.
Lihat sahaja ruang tamu yang telah siap sepenuhnya ini. Nampak memukau bukan?
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Saja nak sharing kat sini nak pakai mozek..belum ada rezeki….pakai tikar getah 2 tahun…dah koyak rabak pikir punya pikir…nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar plk….letih nak angkut perabot oii….
2 pilihan dalam fikiran..nak pakai vinyl or cat epoxy pikir punya pikir….kami laki bini decide try epoxy paint dulu…sebab nampak lawa..bersinar macam mozek.
Dan…..bila selesai..rasa berbaloi jugak laa….dengan kos rm300+ dapat ruang tv..ruang tamu dan dapur…memang cantik….nak tngok ketahanan dia macam mana….menggelupas atau tidak..kita tengok nanti..tapi setakat ni memang rasa puas hati….
sebelum cat…sapu bersih-bersih….dan pastikan lantai betul-betul kering….
ni dah kering..cat pagi…malam baru tuan rumah boleh masuk rumah tapi perabot tak boleh bawak masuk lagi…kena tnggu 24 jam paling kurang untuk masukkan perabot…kasi cat betul2 kering….
ok..dah masukkan perabot…nampak la lawo banyok dari tikar getah
Ruang dapo ni kena rajin mop la plok…sebab lantai color cerah…taik cicak..tapak kaki tuan rumah memang mudah mencemarkan ia.
Memiliki anak kecil dan menguruskannya sendiri tiada pembantu adakalnya menbuatkan si ibu tak menang tangan. Lebih-lebih lagi jika suami tiada di rumah. Kadang-kadang nak mandi atau ke bilik air pun susah.
Namun, bagi pelakon Eyra Hazali. kehadiran si kecil tidak membataskan dia untuk melakukan kerja-kerja rumah. Lebih- lebih lagi untuk menunaikan solat bila tiba waktunya.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Eyra memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang solat sambil memegang anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu,if Hayder cranky,dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir,takkan takda cara ?
Menurut Eyra, sebelum ini dia buntu untuk mencari penyelesaian ketika anaknya itu menangis sewaktu dirinya sedang solat.
Namun kini Eyra sudah menjumpai penyelesaian tersebut dan mengambil keputusan untuk mengendong Hyder bersama-sama sewaktu sedang solat.
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat2 mudah. Dukung,if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga.
Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada2 nk juga guling . Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli pada tahun 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.