“Ajar Berdikari, Tahu Susahnya Mencari Duit & Tak Alpa.” Anak Sulung DS Aliff Syukri Bantu Puteri Balqis Jual Buku Dipuji Netizen

Share

Dunia seni dikejutkan dengan kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang dikatakan menjual buku demi menampung kehidupannya. Dalam usianya yang masih muda dan sepatutnya bersekolah, namun dia terpaksa melupakan seketika Hasrat tersebut.
Rata-rata meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan nasib pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat ini. Kisah Balqis bukan sahaja mendapat perhatian daripada peminat dan malah ia juga mencuri tumpuan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Terbaru, dalam perkongsiannya di Instagram, jutawan kosmetik itu memuat naik sebuah video yang memaparkan anak sulungnya membantu Balqis menjual buku .
Ammar Ahyan juga dilihat menerima sejumlah wang daripada Datuk Aliff Syukri bagi memberikan bantuan buat Puteri Balqis sekaligus menjadi wakilnya.
Menerusi satu video dimuat naik, kongsi usahawan itu dia sebenarnya mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan buat yang memerlukan.


Menerusi video berkenaan juga, Datin Shahida memberitahu mahu anaknya itu belajar untuk membantu sesiapa tanpa kehadiran dia dan suaminya.
Ammar Ahyan juga dilihat bersama Puteri Balqis dan memegang buku hasil tulisan daripada pelakon itu.
“Saya memang suka anak-anak saya terlibat dengan kerja-kerja begini sejak kecil lagi kerana saya nak mereka tahu betapa susahnya mencari duit.
“Jangan kerana ayah banyak duit mereka alpa dan lupa diri. Sedangkan kemewahan itu bukan milik mereka dan untuk mendapatkan semua ini, saya berusaha gigih. Kerana itu, saya mahu anak-anak saya merasai sendiri betapa susahnya situasi tersebut.


“Sebab itu jugalah saya selalu hantar anak-anak saya ke rumah anak-anak yatim bagi mereka merasai sendiri kekurangan dan kesusahan orang lain. Berdikari sejak kecil jadi anak-anak saya akan lebih menghargai dan tidak berasa seperti lahir dalam dulang emas.”ujar Dato Seri Aliff Syukri kepada Majalah Keluarga yang menemubualnya semalam.


Rata-rata yang menonton video tersebut mendoakan keluarga usahawan itu selain memuji sikap baik anak sulung Datuk Aliff Syukri yang Nampak bersahaja dan tidak kekok membantu Balqis.

Satu sikap terpuji yang patut ada pada anak-anak lain dalam membantu orang lain yang di dalam kesusahan.

cabaran @ammarahyan_terlajaklaris bantu putri balqis. Walaupun adik Puteri Balqis Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa sihat adik Balqis sanggup menjual buku..Hari ini abang memberi cabaran kepada anak abang untuk buat benda yang sama macam Puteri buat.

#KitaLahMalaysia

Sumber: IG aliffsyukriterlajaklarisammarahyan_terlajaklaris