Ajar Anak Tahan Lasak Bukan Pandai Semata, Isu Penempatan Graduan Universiti Raih Perhatian, Deep Coretan Ibu Ini.
Cabaran anak muda sekarang dalam menuntut ilmu bukan sahaja perlu bersaing merebut peluang untuk ditawarakan di universiti pilihan tetapi juga perlu bertabah mencari penempatan.
Baru-baru ini kecoh dimedia sosial apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah universiti yang didakwa tidak menyediakan penenpatan yang secukupnya sehingga memaksa pelajar menyewa penempatan di luar unversiti dengan kos yang tinggi. Luahan itu telah meraih pelbagai respon yang positif dan sebaliknya.
Namun sebagai ibu bapa tidak dinafikan kita inginkan memberikan yang terbaik buat anak agar dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Bagaimana cara ini tidak salah namun perlu berpada-pada supaya anak dapat berdikari dengan baik.
Begitu dengan coretan seorang ibu, Liyana Marzuki yang mempunyai pendirian mengenai isu penempatan b yang beranggapan anak-anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang tahan lasak dalam hidupnya.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KEPANDAIAN vs KETAHANAN
Dulu kita belajar, nak berjaya dalam hidup kena ada dua benda. IQ dan EQ. IQ (Intelligence Quotient) bermaksud kepandaian otak memahami ilmu dan menghafal benda.
EQ (Emotional Quotient) pula bermaksud keupayaan menjaga perasaan, hormat orang lain, merendah diri, jujur dan punya jati diri.
Ads
Paling penting tak malu jadi diri sendiri.
Sekarang kita diberitahu ada dua lagi konsep penentu kejayaan seseorang. Kena tambah dari IQ dan EQ yang disyaratkan dulu.
Iaitu Social Quotient (SQ) dan Adversity Quotient (AQ). SQ merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bersosial. Jaga hubungan dan menambah rakan. Ikut peraturan sosial dan etiket seperti tepati waktu untuk menjaga perasaan orang lain. Buat orang senang.
Mengikut pakar, mereka yang ada EQ dan SQ yang tinggi, lebih berjaya dalam hidup walaupun punya IQ rendah.
Yang terakhir sekali ialah AQ, ini merujuk kepada keupayaan seseorang menghadapi cabaran dan kesusahan hidup. Lagi kental seseorang itu, lagi tinggi AQ nya, dan lagi berpotensi menjadi insan cemerlang.
Saya dulu belajar di London, duduk zon 6. Uni di zon 1, 1.5 jam perjalanan naik tube. Tukar 3 train pulak tu. Sanggup duduk zon 6, sebab itu yang paling murah boleh dapat. Duit tak pernah cukup lah. Kadang ambil upah jadi tour guide juga. Jadi babysitter pun ada.
Room mate saya sanggup jadi cleaner masa cuti. Just nak ada duit tambahan untuk belajar. Itu cara kami dan ramai di kalangan kita yang belajar di luar negara, nak ada extra belanja dan hidup masa tengah susah.
Disebabkan itu, ramai kalangan kita belajar erti ketahanan atau “grit”. Datang la apa saja, kita takkan putus asa. Kita hadap saja.
Ads
Budak sekarang lain benar peelnya. Posting ni tunjukkan bukan saja AQ ke laut, segala SQ, EQ malah IQ juga jauh tersasar.
Pepatah cakap: “Do not prepare the road for our Children, prepare our Children for the road” Itu mungkin kita semua kena hadam.
Ajar anak-anak kita, TAHAN LASAK itu lagi penting dari jadi pandai. Kalau setakat pandai, tapi lembik segala, apah pun tak guna!
Lagi beberapa hari, sesi persekolahan bakal bermula. Inilah masanya ibu-ibu membuat persiapan terakhir melengkapkan keperluan anak-anak.
Bagi yang kena tampal lencana di baju sekolah anak, memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab tu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Perkongsian daripada Facebook Puan Akmar Laily Omar ini mungkin bileh membantu.
Beliau mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Aqish telah menggegarkan satu Malaysia dengan pendedahan tentang bapanya di sebuah podcast di YouTube.
Kata-kata Aqish membawa kejutan kepada para penonton dan pendengar apabila Aqish menceritakan kelakuan sebenar bapanya terhadap Aqish sekeluarga.
Puteri Balqis Ashikin atau lebih dikenali sebagai Aqish, 15 tahun, merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang popular sejak umur 2 tahun.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Aqish telah sudah lama tidak muncul di kaca TV tetapi akan terlibat dengan satu projek pada tahun depan.
Aqish merupakan seorang mangsa penderaan kanak-kanak dari segi seksual, fizikal dan emosi.
Dalam podcast ini, Aqish menceritakan pengalamannya sewaktu membesar dan membuat pilihan untuk tidak merahsiakan kes ini lagi.
Bapa Aqish dicorakkan sebagai seorang yang bernafsu tinggi ataupun “bernafsu binatang” apabila Aqish mendedahkan bahawa bapanya gemar menonton video lucah dengan kelantaran suara yang kuat di kawasan-kawasan terbuka seperti kedai Mamak bersama rakan-rakannya dan pada ketika itu, bapanya akan menyuruh Aqish yang berumur 5 tahun sewaktu itu, untuk menonton video tersebut bersamanya.
“Bila Aqish tengah belajar, dia akan buat-buat marah dan suruh Aqish masuk bilik. Dia akan masuk dan buat-buat membuka tali pinggang dia tetapi dia akan mencangkung dan merab* saya…”
Aqish juga meluahkan bahawa bapanya merupakan seorang yang baik di depan orang lain tetapi sebalik pintu rumah mereka, itu bukanlah hakikatnya. Bapa Aqish akan menci*m dan merab* Aqish di rumah.
Ibu Aqish juga merupakan salah satu mangsa penderaan sebelum mereka bercerai. Aqish menceritakan bahawa bapanya banyak berhutang tetapi ditinggalkan untuk ibu Aqish menyelesaikannya.
Aqish berdiam selama ini kerana ibunya yang percaya jika kes ini diceritakan, ia akan membawa parah kepada mereka kembali. Aqish membuat keputusan untuk akhirnya luahkan penderitaan yang dilalui oleh mereka.
Jika anda membaca artikel dan terfikir kenapa Aqish baru sahaja menceritakan hal ini memandangkan ini telah berlaku pada waktu dahulu, anda perlu memahami situasi Aqish dan ibunya pada zaman itu. Bukan mudah untuk seorang mangsa penderaan kanak-kanak untuk meluahkan trauma dan derita yang telah mereka lalui.
Semoga Aqish dan ibunya mendapat keadilan yang sepatutnya. Buat pembaca di luar sana, semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Ingat, keluarga adalah orang dan tempat yang sepatutnya memberi perasaan selamat dan tenang. Jangan salah gunakan hak dan kuasa anda sebagai ibu bapa. Sayangilah anak-anak anda.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.