Sejuk hati mak ayah bila lihat anak-anak boleh mengaji al Quran dengan lancar sejak di usia bawah 7 tahun lagi. Sewajarnya ucapan syukur dan syabas diberikan di atas usaha ibu ayah yang berjaya mendidik anak-anak mencintai al Quran. Nyata ia juga bukan ‘kerja’ mudah yang boleh dibuat dalam sehari dua.
Pun begitu, andai anak-anak masih lagi ‘merangkak’ membaca al quran dan terkadang ‘liat’ untuk disuruh mengaji, ibu ayah jangan berubah garang mengajar atau berputus asa.
Teruskan ajar anak mengaji dengan sebaiknya dan bolehlah praktikkan beberapa cara yang dikongsikan oleh Adieyra Almyerdieyana ini. Dan bukankah peribahasa Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Yakinlah dengan usaha yang dilakukan, anak-anak akan terbiasa dan akhirnya lancar mengaji.
Umur berapa anda mula belajar mengaji…?!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya…itulah peribahasa orang² lama. Cuba bayangkan setiap huruf yang anak² kita sebut akan mengalir pahala kepada kedua ibu bapanya sebagai saham akhirat selamanya…
Rasulullah SAW bersabda : Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan Anak Soleh yang berdoa kepadanya.” Hadis riwayat muslim.
TIPS AJAR ANAK MENGAJI
DOA
Sejauhmana atau berapa kali kita berdoa agar Allah permudahkan kita mengajar dan anak belajar AlQuran?
Anak-anak dalam kuasaan Allah, so kepada siapa kita minta untuk kita dan anak-anak jadi pencinta AlQuran.
Ads
Kita hadirkan pelbagai kemudahan untuk anak belajar AlQuran tapi lupa nak doakan diri kita, anak-anak dan keluarga.
Mulai hari ini kita senaraikan apa doa yang kita nak dan mohon pada Allah.
BERSAMA-SAMA BUKAN PAKSA
Mak ayah selalu suruh anak mengaji tapi anak-anak tak nampak contoh tauladan qudwah dari kita. Mak ayah kena tunjukkan yabg kita ni pun suka baca AlQuran. Ajaklah anak-anak bersama-sama mengaji. Anak-anak suka meniru perilaku orang tua.
JADIKAN MEMBACA ALQURAN SEBAGAI RUTIN HARIAN KELUARGA
Tetapkan waktu rutin membaca AlQuran bersama-sama setiap hari contoh selepas sholat maghrib.
Ads
SERONOK BUKAN MONYOK
Anak-anak cepat bosan itu biasa. Mereka suka bermain. Mak ayah kena sesuaikan cara dengan anak-anak. 4-6 tahun kena banyak buat aktiviti yang menyeronokkan. Ingat fokus mereka terhad.
Semasa mengajar banyakkan pujian supaya keep motivated dan dihargai. Bila anak-anak boleh sebut, kenalah puji dan raikan pencapaian kecil yang diusahakan untuk kejayaan yang besar seterusnya.
PENGHARGAAN BUKAN HUKUMAN
Anggaplah bila kita ajak anak-anak mengaji itu satu perjuangan dan ladang pahala amanah yang diberi ganjaran dari Allah. Beri penghargaan ‘reward’ sebarang pencapaian tidak terhad pada pencapaian akademik semata. Ganjaran lebih menarik anak-anak untuk mengaji.
Ads
Segala usaha Mak Ayah akan dikira sebagai satu amal di sisi Allah swt. Peringatan buat diri sendiri dan semua. Mak Ayah belajar untuk ajar anak sendiri moga saham pahala itu berterusan.
Doakan agar Al Quran sentiasa jadi pendamping anak-anak dan rumah meriah dengan bacaan AlQuran.
Semoga bermanfaat.
Sama-samalah kita berdoa semoga anak cucu kita menjadi anak-anak yang baik dan mempunyai pegangan agama yang kuat…amin.
Teringat zaman mengaji dulu-dulu…selalu kene rotan ngan tok guru.
Note : Bermula minggu lepas saya dah mula ajar anak bongsu berumur 3 tahun mengaji…itu permintaan daripada dia sendiri supaya ajarkan dia mengaji. Alhamdulillah….
Sejak PKP ni, majlis kendurri kahwin tidak dilakukan atas faktor pencegahan wabak daripada merebak. Tertakluk kepada SOP, hanya akad nikah sahaja dibenarkan.
Sudah pasti, ada ‘merindui’ lauk-lauk kenduri kahwin seperti gulai kawah dan gulai daging buku besar. Lazimnya lauk-lauk ini ada semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi yang teringin apa kata buat sendiri di rumah. Wanita ini kongsi resipi lauk gulai daging buku besar kenduri kahwin. Jom kita buat.
GULAI DAGING BUKU BESAR KENDURI KAHWIN
Gulai daging buku besar kenduri kahwin salah satu menu masa kenduri⚘⚘ Lauk penuh meja atau hidangan, hanya lima orang tetamu utk satu hidangan. Makan bersila atau dimeja. Meriah kenduri zaman ritu² Gulai Daging Buku Besar Kenduri Kahwin
Bahan 2 kg daging 8 biji bawang merah** 5 ulas bawang putih** 1 labu bawang holland** 5 tangkai cili kering** 2 batang serai** 2 inci halia** 2 inci lengkuas** 2 sdb ketumbar** 2 inci kunyit hidup** Rempah 4 sekawan 2 keping gula nissan 2 keping asam keping 4 sdb rempah kerutuk 250 ml santan Garam dan serbuk perasa 2 labu bawang besar potong baji
Cara-cara penyediaan
1. Kisar lumat bahan² bertanda ** Tumiskan rempah empat sekawan hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. 2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis lagi hingga betul² pecah minyak. Masukkan daging yang dipotong² besar². 3. Kacau hingga rempah kerutuk meresap masuk dalam daging. Selepas itu masukkan nisan dan asam keping. 4. Masukkan air, masak hingga daging empuk dan kuah pekat. 5. Setelah itu masukkan santan dan biarkan kuah pekat sedikit. 6. Bila kuah dah pekat masukkan bawang holand yang dipotong baji. 7. Biarkan bawang sedikit layu. Tambahkan garam dan perasa. Siap utk dihidang.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bagi memeriahkan suasana Hari Raya walau diraikan di musim PKP, pelbagai juadah perlu juga disediakan untuk memberi mood raya untuk kita seisi keluarga. Tidak lengkap kiranya jika Hari Raya tanpa juadah istimewa terhidang di atas meja.
Kalau bercakap tentang menu Raya, antara menu wajib ada selain ketupat, lemang dan rendang, tentunya satay juga menjadi antara pilihan istimewa dan popular di kalangan kita.
Jadi apa kata anda sediakan menu satay untuk santapan bersama seisi keluarga. Tambahan pula ada cara untuk kita menyediakan satay dengan lebih mudah bila menggunakan air fryer. Kiranya tidaklah perlu berpanas-panas membakar menggunakan arang dan menariknya juga perkongsian daripada Reina Eris turut memberi tips untuk mendapatkan satay yang terlihat berkilat dan tidak kering.
Nak tahu bagaimana cara dan rahsianya, ini perkongsiannya.
1st trial homemade satay ayam dan daging versi air fryer di musim PKP puas hati. Kalau tak ada air fryer bakar macam biasa sahaja ye, pakai arang atau dalam oven.
Tips nak dapatkan cantik berkilat balik-balikkan dan sapukan madu+air+minyak dan serai sikit
Bahan blend
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 biji
Halia 2 inci
Serai 4 batang
Blend semua bahan kat atas then bahagikan 2 bekas untuk ayam & daging
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
14 sudu besar gula putih (tak nak manis boleh kurangkan)
3 sudu besar gula merah
Sedikit garam
Cara penyediaan :
1. Perapkan semua bahan-bahan tadi ke ayam dengan daging yang dipotong kiub
2. Sebatikan perap semalaman dalam peti ais lagi lama perap lagi sedap
3.Cucuk satay dengan lidi & bakar dalam air fryer 40 minit suhu 180-200c
4. Air perapan satay tadi jangan buang boleh guna untuk kuah kacang cuma tambahkan
10 tangkai cili kering di blend & tumis, 1 serai ketuk, kacang tanah yang digoreng & kisar
Air asam jawa. Masak sampai pecah minyak perasakan dengan gula & garam.
Sejak muncul juara Gegar Vaganza musim ke-6, nama Naqiu kembali meniti di bibir peminat seni tanah air. Bahkan, tawaran menyanyi diterimanya tidak putus-putus. Terbaru, dia dilihat berkongsi beberapa video menjalani penggambaran berlakon dalam drama.
Wajahnya yang ‘awet muda’walaupun sudah miliki lima orang cahaya mata. Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji cara penyanyi ini menjaga penampilan diri memandangkan usianya baru 35 tahun.
Terbaru, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib memuat naik gambar dan video sambutan hari lahir anak sulungnya yang bernama Putri, 9 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, Naqiu menitipkan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Putri, anak sulung hasil perkongsian hidup Naqiu dan isterinya, Hanisah Zuhari.
Menurut Naqiu, kehadiran anaknya dalam rumah tangga mereka telah mengajarnya erti tanggung jawab seorang bapa.
Dalam masa yang sama, naqiu mengharapkan anaknya itu menjadi anak yang baik selain dapat menjadi contoh serta menjaga adik-beradik yang lain dengan baik.
Sambutan hari lahir anaknya itu dibuat secara sederhana dengan kehadiran mereka sekeluarga. Namun kemeriahan tetap terasa apabila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Putri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Putri. Tak kurang yang memuji Naqiu nampak seperti abang kepada anak-anaknya.
rozanajas85 mcm abang dgn kakak smbut besday adik2…mama papa nmpk muda…ape pun happy besday putri smoga mnjadi puteri solehah dunia akhirat🌷
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.