Apabila bergelar ibu bapa tentu risau dibuatnya apabila anak-anak mula menunjukkan tanda tidak selesa seperti batuk, demam atau selesema.
Tambahan pula, sekarang ni musim anak-anak demam, ibu ayah mana yang tidak susah hati dibuatnya.
Salah satu kaedah yang kita kena jaga termasuk pemakanan anak-anak. Menarik dengan perkongsian Dr Mazliana Mazlan yang berkongsi khasiat buah betik. Walaupun buah betik ini senang didapati di pasar, namun ia tidak popular dikalangan segelintir ibu ayah. Biasanya kita akan terbiasa membeli buah epal atau oren. Buah betik sudah dianggap biasa tetapi sebenarnya khasiatnya luar biasa!
Jom ikuti perkongsian doktor ini.
Ajar anak makan betik sekali dengan biji tau. Biji betik boleh kurangkan kecacingan yang buat anak kita asyik tak senang duduk tu, tidur pun terganggu.
Betik kena jadi buah favourite anak-anak. Buah tempatan, senang sangat nak dapat. Setengah biji buah betik, lagi tinggi kandungan vitamin C dalam sebiji buah oren. Biji betik bersifat antiparasit. Sangat bagus untuk anak-anak.
Sikit je makan biji tu. Sepotong dadu betik saiz 5 cm, bolehlah letak 1 biji betik. Rasa pahit pedas sikit. Memang tak biasa masa awal makan, rasa pelik. Tapi lama-lama akan terbiasa.
Pilih betik yang kuning ye, balik rumah boleh terus makan.
Macam kita tak biasa makan biji jambu batu, biji delima, biji anggur. Bila dah tahu khasiat yang ada, mesti tak susah nak telan.
Ads
Selain tinggi vitamin C dan bersifat antiparasit, betik tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida lain.
Vitamin A
Vitamin E
Fiber
Folic acid
Copper
Magnesium
Pottasium
Lycopene
Ads
Betik ada jugak enzim papain dan chymopapain, bagus untuk penghadaman dan kurangkan keradangan. Sebab tu makan betik, mesti asyik lawas nak membuang je kan.
Kita biasakan anak dengan betik tau lepas ni. Seminggu sekali mesti beli untuk anak makan.
Kalau dah ada simptom kecacingan, lagi lah korang kena cepat cari dan bagi anak makan betik sekali dengan bijinya.
Kalau anak belum biasa dengan rasa betik, blend kan dulu dan jadikan aiskrim. Masuklah jugak biji betik, tambah madu sikit. Biar dia seronok makan aiskrim betik.
Bila dah serasi lidah anak dengan rasa betik, pantang nampak nanti, asyik kena beli je. Macam ni yang kita nak kan.
Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang para ibu akan memastikan ahli keluarganya sihat. Selain pengambilan ubat jika masalah kesihatan berlarutan, kita juga boleh mencuba pelbagai petua. Ia termasuk menggunakan lemon dan madu untuk meredakan masalah kesihatan.
Sebagaimana perkongsian Mastura Rashid secara alami untuk kesihatan tubuh badan. Beliau memberi panduan bagaimana membuat jus lemon dan madu untuk meningkatkan tenaga, vitamin C dan mengelak demam dan batuk mengikut cara orang Korea. Jom semak perkongsiannya.
ENERGY & VITAMIN C BOOSTER, FLU & FEVER FIGHTER CARA ORANG KOREA
(LEMON CHUNG 레몬청
Pernah tak minum citron syrup, jujube syrup atau aloe vera syrup yang dijual di kedai korea? Syrup ini adalah syrup kesihatan. Namanya syrup kerana buah tadi dimasukkan ke dalam air gula atau madu. Bukan orang besar saja boleh minum, budak kecik pun boleh juga. Berapa dos dia? Fiona akan kongsi kira dos ikut hukum Young’s Rule. . Kisah nak buat syrup ni sebenarnya bila anak saudara bagi hirisan lemon ditambah madu asli semalam. Katanya dia tau lepas tengok drama-drama korea. Lemon tu dihisap dan dimakan sekali dengan kulit. Lepas dah berborak, baru terfikir, eh kenapa tak simpan je sebalang untuk kecemasan kan? . Kan seronok bila kita dapat hasilkan sendiri natural remedy dari air tangan sendiri yang 200% selamat jika gunakan dalam dos yang betul. . Jadi lepas habis ajar cara buat morning sickness remedy dalam kelas Pregnancy Care malam tadi, fiona mula cari bahan dan siap-siap letak atas meja. . Pagi tadi, terus basuh dan mulalah projek syrup ni. . Cara asal orang korea adalah dengan masak lemon hingga tinggal pati, dan air pati tadi (bersama hirisan lemon) dimasukkan gula dengan nisbah 1:1. Maksudnya jika lemon 2 kilogram, maka gula juga 2 kilogram. . Disebabkan fiona tak kuasa nak jadi badak air, fiona ganti guna madu yang lebih sihat dan mungkin juga boleh membakar lemak sambil bersenam dalam mimpi. . Indah betul bila dapat minum air lemon di pagi hari sambil menghirup udara segara dari diffuser yang ditambah essential oil peppermint dan grapefruit. Terasa relaks, ceria dan mood datang tiba-tiba.
APA KEBAIKAN HONEY LEMON SYRUP INI?
1. Serbaguna. Boleh gunakan untuk buat air lemon panas, lemonade dan juga sos lemon.
2. Meningkatkan antibodi badan jadi matilah kuman jahat dalam badan tu.
3. Lemon bersifat diuretic. Maksudnya ia membantu proses penyingkiran toksin, bakteria, garam dan air dari badan dengan lebih efficient ok.
Pernah tengok tak orang yang ada water retention? Pagi badan dia kembang macam belon, dan bila picit betis, berlubang dalam sangat. Tapi bila dah tengahari, eh dah kempis semula badan dia.
Biasanya ibu-ibu mengandung dan wanita yang ada PCOS mengalami situasi ni.
Herba lain yang bersifat diuretic adalah halia, parsley, teh hijau dan teh hitam, roselle dan beberapa lagi.
4. Tinggi Vitamin C dan membantu proses penyembuhan luka dan baikpulih kulit. Kulit lebih glowing dan berseri bak bulan mengambang penuh.
5. Membantu badan lebih cepat berpeluh. Jadi suhu badan yang panas tu lebih cepat turun. Untuk bayi atau anak kecil, mandikan di dalam air rebusan lemon.
Tapi kau jangan rebus anak dalam periuk tu pulak. Kenalah tuang air rebusan lemon tu dalam baldi dulu.
Tambah air sejuk untuk bagi suam, dan rendamkan badan anak sambil gosok-gosok kepala dan badan dia ok.
6. Legakan sakit tekak akibat batuk berterusan. Batuk pun reda.
Berapa dos untuk dewasa dan anak kecil?
Untuk kanak-kanak, kita ikut hukum Young’s Rule. Ada di gambar cara kiranya.
Boleh rujuk gambar beserta langkah-langkahnya ok. Baca betul-betul tau. Jangan skip nanti tersalah buat, esok lusa bangun pagi telinga tinggal sebelah.
AMARAN: Madu tak boleh diberi pada anak bawah 1 tahun kerana usus belum matang untuk terima kehadiran bakteria yang semulajadinya ada dalam madu. Boleh menyebabkan keracunan dan kematian bayi hanya dari bakteria ni. Rujuk artikel tentang larangan ni ok. https://www.poison.org/…/2010-jun/dont-feed-honey-to-infants
Ikuti cara membuatnya
Langkah 1: Ini bahan yang kita perlukan. Apa-apa jenis madu pun boleh yang penting madu asli. Bukan madu tiga ok tak pasal-pasal kau kena potong kepala. Sepanjang hidup fiona, madu hutan yang paling sedap pernah dimakan adalah madu bunga durian dari hutan Kapit, Sarawak. Kakak ipar bawa balik berbotol-botol. Memang sedap betul. Yang lain, madu pokok jambu. Dari 5 biji lemon, fiona guna hanya 3 biji saja ok. Basuh lemon bersih-bersih.Langkah 2: Ini pula peralatan yang kita perlukan. Balang kaca kosong, garam untuk mencuci, baking soda, sudu seramik, pisau dan papan pemotong. Kenapa kita tak boleh guna sudu besi untuk madu? Madu ni sifat dia berasid. Dan dia akan bertindak balas dengan besi lalu mengurangkan khasiatnya terutama sekali bila ditinggalkan semalaman dalam bekas madu…. Lihat LagiLangkah 3: Okay ini langkah kritikal untuk pastikan buah lemon kita bebas sisa baja dan racun. Nak beli lemon organik yang 100% bebas racun dan bahan kimia berbahaya, memang sangat mahal. Lebih-lebih lagi buah lemon ni diimport sepenuhnya. … Lihat LagiLangkah 4: Gosok-gosok lemon dengan campuran baking soda dan garam. Gosok hingga bersih kemudian cuci semula hingga hilang sisa baking soda dan garam tu.Langkah 5: Lap lemon kering-kering. Jangan ada sisa air pun tau. Kalau tidak rosaklah syrup nanti.Langkah 6: Hiris lemon nipis-nipis. Buang biji tau. Kalau tak buang, nanti syrup akan terasa pahitnya walaupun letak madu sebesar tong dram.Langkah 7: Susun lemon secantiknya. Satu persatu dan jangan ikut contoh fiona yang berterabur ni. Ni kerja orang nak cepat.Langkah 8: Tuang madu secukupnya hingga menutup lapisan lemon teratas. Cepat-cepat lap madu yang tumpah di tepi balang. Semut penuh, syrup pun rosak. Jangan tak tau semut tu banyak je akal dia nak masuk dalam balang dan berenang-renang dalam syurga madu dia.Langkah 9: Ni hasil madu yang dah siap dituang. Tutup dan simpan di dalam almari sekurang-kurangnya 3 hari sebelum buka untuk dimakan. Nak simpan dalam peti sejuk pun boleh.Langkah 10: Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir lemon chung kita! Dan hirisan lemon dalam mangkuk tu yang anak saudara bagi semalam. Lemon honey syrup ni boleh jadikan snack jugak. Caranya ambiklah 2-3 hirisan lemon, masukkan dalam mangkuk, dan makan begitu saja. Wajib sekali dengan kulit ok.Inilah muka dah recover dari demam hasil dari makan snack lemon semalam. Snack ni dimakan sekali dengan kulit. Rasanya memang sangat sedap!Dan ini muka tak sabar minum air hot lemon. Air ni boleh tambah extra madu untuk rasa lebih sedap dan manis. Nak bagi anak-anak kecil minum, sila ikut hukum Young’s Rule ok. Jangan ikut hukum karma sudah, nama kau dollah.
Tentu ramai suka minum jus buah-buahan. Malah ia lebih berkhasiat diminum fresh. Namun kandungqn jus buahan-buahan jika diambil secara berlebihan boleh mudaratkan kesihatan.
Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, alvokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tenghari.
Saya sendiri berpendapat bahawaa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya. Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.
Kata orang bila berhari raya memang mewah dengan pelbagai jenis hidangan terhidang di atas meja.
Semuanya sedap-sedap belaka hingga terasa ingin dijamah semuanya. Bab berdiet memang susah untuk dikawal.
Oleh itu, doktor ini ada senaraikan cara berkesan untuk kempiskan kembali perut agar terlihat ramping. Jom semak.
7 CARA KEMPISKAN PERUT
Kenapa perlu kempiskan perut? Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja.
Minggu ini sahaja sudah 10 kali orang bertanya bagaimana kempiskan perut. Hari ini saya kongsikan caranya. Kaedah-kaedah ini dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.
1. Ambil makanan kaya protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.
Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Urus stres dengan bijaksana dan bijaksini. Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak.
Happy sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu tingkatkan selera meningkat. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam.
Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini.
Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...