Ajar Anak Kecil Puasa, Jangan Alpa Tentang Solat. Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Anak Solat

Share

Bulan ramadan ini, banyak kita lihat atau mungkin kita sendiri melatih anak-anak untuk berpuasa. Bagus dari awal terapkan anak-anak melakukan ibadah supaya bila meningkat umur, tidaklah susah untuk mereka kan.

Namun, disamping beri galakan pada anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh pelan-pelan untuk ajar mereka menunaikan solat bagi lengkap ya lima waktu sehari.

Untuk kanak-kanak, pergerakan serta bacaan dalam solat pasti agak sedikit sukar untuk mereka faham dan ingat. Oleh itu, ibu ayah boleh praktikkan cara yang diaplikasikan oleh ibu ini untuk anaknya. Harap perkongsian ini beri manfaat buat semua.

ANAK KECIL PUASA TAPI TAK SOLAT, IBU INI KONGSI CARA AJAR ANAK SOLAT

Bagi ibu bapa yang masih tidak tahu bagaimana mahu mengajar anak-anak solat, ikuti perkongsian Puan Nurul Shazalina di laman Facebooknya.

Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat,sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas,sebab semua tepat tepat dan bagus.

Ini 2 reason yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat,tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.

Ok tak apa sahabat semua,saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun,bukan pandai agama pun.

Tip Ajar Anak Solat 

Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.

#1 Ok pertama sekali, sedari bayi lagi,kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.

Jangan solat sorok sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang,bilik khas untuk khusyuk.

Tapi saya syorkan,bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah,umur setahun dua nanti,mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.

#2 Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar,ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.

Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.

Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.

#3 Ok lepas tu ajar mereka sikit sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.

Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak anak yang tidak kuat daya hafalan,jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa yang penting teruskan.

#4 Tips saya bagi hafal yang mudah mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.

Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah,kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu,mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.

#5 Lepas tu lagi satu cara,setiap solat anak kita,kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.

Kalau anda imamkan,anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.

Ok duduk sebelah sambil anak solat,bagi dia baca semua kuat kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari hari sampai dia boleh baca sendiri

#6 Setiap kali lepas solat,beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.

Sumber: Facebook Nur Shazalina Zainudin

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!