Ajar Anak Benda Baik, Kerana Itu Yang Sepatutnya!

Share

Anak itu ibarat kain putih dan kitalah sebagai ibu dan ayah yang akan mencorak kehidupannya.  Bukan hanya dipandang melalui luaran tetapi ibu ayah juga harus melihat dari dalaman untuk menjadikan mereka  insan yang baik.

Atas sebab ini, seorang ayah ini berpesan-pesan untuk sama-sama dapat mendidik anak buat benda baik kerana itulah sepatutnya.

Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.


“Negara China kan jahat dekat muslim sana. Itu yang mereka dapat wabak penyakit.”

Tolonglah jangan ajar anak kita jadi manusia yang suka dengan kecelakaan yang menimpa orang lain. Ibarat kita ajar anak kita untuk cakap;

Padan muka kau!

Contoh yang lain pula, tetapi lebih kurang sama.

“Itulah mak dah cakap jangan main dekat luar, kan dah jatuh.”

“Nasib hidup malang macam itu, sebab dia selalu buat jahat dekat orang.”

“Dia tak dengar cakap cikgu, itu yang sampai patah kaki.”

Padan muka kau!

Hentikan ayat-ayat macam ini ya. Kerana sedarlah, jika ini gaya fikir yang kita cuba ajar pada anak-anak. Sebenarnya kita ajar mereka untuk jadi manusia yang judgemental.

Satu hari nanti mereka akan menjadi manusia yang mencari sebab atas segala kecelakaan yang menimpa orang lain.

“Mesti tak dengar cakap suami dia, itu yang terlibat kemalangan maut.”

“Patut la bisnes tak maju, banyak sangat buat maksiat.”

“Patut la bercerai berai, makan rezeki tak berkat.”

Serve you right. Serve you right. Sampai mati.

p/s : Jangan ajar anak kita buat benda baik agar dapat perkara baik. Namun ajarlah anak kita buat benda baik, kerana itulah yang sepatutnya dibuat.

sumber : Najmi Nawawi