
“Ajaklah Budak-Budak Ni Masuk Makan.” Cara ‘Mak-Mak’ Raja Permaisuri Agong Layan Kanak-Kanak Raih Perhatian.
Wajahnya sentiasa mengukir senyuman dan mudah mesra membuatkan, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa mendapat perhatian ramai.
Terbaru menerusi hantaran Instagram Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria, Putrajaya.
Apa yang menarik perhatian kelihatan adalah ketika Raja Permaisuri Agong beramah mesra dengan kanak-kanak yang terlibat dengan majlis berkenaan.
Dalam pada, Raja Permaisuri Agong yang kelihatan bersahaja menjemput kanak-kanak berkenaan untuk menjamu selera.
Seterusnya ikuti perkongsian berikutnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
NETIZEN KAGUM RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI KANAK-KANAK
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sikap kasih sayang Raja Permaisuri Agong yang menyantuni kanak-kanak ketika di majlis berkenaan.
Antara komen adalah seperti berikut:
Sumber: istana_negara
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tolong Jangan Bergaduh & Pukul Orang.” Kongsi Pernah Jadi Mangsa, Tengku Mahkota Pahang Lahir Rasa Dukacita Kes Buli

Kes buli baru-baru ini mengundang kemarahan orang ramai selepas satu video melibatkan pelajar dibuli di sebuah sekolah berasrama penuh tular di media sosial.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IgStory), baginda menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
“Saya dapat tahu ada kes buli di negeri saya. Saya dukacita dan kesal. Saya nasihatkan semua untuk sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan,” titah baginda.
Dalam perkongsian yang sama, Tengku Hassanal turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa buli sebelum ini.
“Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.
“Kepada pelajar-pelajar sekolah semua di Pahang, tolong jangan bergaduh dan jangan pukul orang!” tulis baginda.
Tengku Hassanal seterusnya bertitah kes buli mesti segera ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran sekolah selamat.
“Saya meminta semua pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan,” tuisnya sambil turut membuat memuat naik ‘screenshot’ mengenai berita kes buli yang berlaku di Pahang.
Minggu lalu, negara digemparkan dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak susulan tersebarnya video memaparkan beberapa orang pelajar menumbuk perut seorang pelajar lain.
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mengambil keputusan menamatkan pengajian 10 pelajar maktab berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes tersebut.
Sumber: Mstar online
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Kecewa Tak Semestinya Kerana Cinta, Bergantung Pada Manusia Punca Kecewa

Ada orang menyifatkan perasaan negatif adalah satu perkara yang tidak relevan dan berasa takut untuk menghadapinya. Sebab itu kenapa ramai orang yang mengelakkan diri daripada situasi yang mungkin meletakkan mereka dalam keadaan negatif.
Hakikatnya, tiada manusia yang melalui liku kehidupan tanpa sebarang cabaran dan berada dalam situasi yang membuatkan mereka berasa negatif. Sedih, bahagia, kecewa dan perasaan lain merupakan asam garam kehidupan.
Kebanyakkan perkara yang Allah jadikan di dunia ini ada pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Dan perlu ingat, di sebalik kesusahan yang dihadapi pasti aka nada manisnya di penghujungnya nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh selebriti tanah air, Shakilla Khoriri, bahawa terdapat segelintir orang yang menganggap dan berfikir yang cinta sesama manusia merupakan sebab utama untuk rasa patah hati dan kecewa.
“Some people anggap and berfikiran bila terdengar orang kata patah hati atau kecewa pasti ada kaitan dengan CINTA sesama manusia. Tapi jaranglah ada orang tanya you patah hati disebabkan apa? You heartbroken dengan siapa?” kata beliau menerusi perkongsian di akaun Instagramnya.
Beliau juga berkata bahawa adakah hidup kit aini semata – mata untuk manusia, sampai tahap di mana kitab oleh janji pada hati sendiri yang cinta sesama manusia akan kekal dan abadi.
Tambah beliau, tiada cinta kekal abadi atas dunia ini kerana semuanya pinjaman Allah pada kita. Kasih dan sayang, harta, kuasa, segalanya milik Allah. Kita hanya peminjam. Baiknya Allah berikan kita pinjaman tanpa bayaran bulanan atau “bunga” sepanjang kehidupan kita.
“Kita hanya perlu hargai setiap “pinjaman” yang kita punya hari ini sebelum pinjaman itu dipulangkan balik atau diberikan pada orang lain yang lebih layak. Kita mudah terasa selesa dengan apa yang kita punya malah tidak pulak kita rasa nak bersyukur bila tiap kali membandingkan setiap benda dan perkara dengan manusia lain.
“The truth is. Kehidupan sekarang benar-benar TIPU-TIPU pada yang selalu menipu dengan diri sendiri. Selalu menipu diri dengan banyak perkara semata-mata nak terlihat hebat. Bahagia dan berjaya dimata yang memandang. Terkadang kita lupa yang Allah lebih tahu pusingan hidup kita yang dilanda ombak dan betapa ‘tawar’ nya hati kita pada diri sendiri , apatah lagi dengan sesama manusia.” Tambah Shakilla.
Ramai yang malu pada keruntuhan, kegagalan, kekecewaan, kemusnahan dan takut dengan pengadilan manusia tapi jarang berasa malu dan takut dengan Allah atas semua yang kita telah gagal buat pada diri dan hati sendiri.
Tidak ada kesulitan tanpa penyelesaian, tidak ada yang lemah jika tak berpaut pada manusia lain.
Sumber: Instagram Shakilla Khoriri
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mimpi Pun Kena On Point Tau Nyanyi” – Ernie Dedah Daddy Syamel Menyanyi Ketika Tidur Sempena Hari Bapa

Bak kata pepatah, “Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”. Itulah yang ditunjukkan oleh setiap bapa di dunia ini yang sedaya upaya bekerja keras demi membahagiakan keluarga kecil mereka.
Ditetapkan tarikh 19 Jun setiap tahun sebagai hari bapa, tidak ketinggalan buat guru vokal dan juga penyanyi, Ernie Zakri untuk membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari bapa pada hari ini.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ernie yang merupakan isteri kepada penyanyi Syamel membuat video khas koleksi video Syamel dan anak mereka, Khawla dengan ucapan pujian bahawa suaminya adalah ayah yang terbaik yang anak mereka miliki.
” This is for you, Daddy @syamel_official . You’re the best Daddy to Khawla she’s so lucky to have you. Daddy obses dengan Khawla (in a good way 😅) & selalu nak yang terbaik untuk anak soleha ni.
“Bila Khawla dah besar, I will give you all the videos macam mana Daddy sayang you sangat.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Yang menjadi tarikan dalam ucapan ini apabila Ernie membongkar rahsia Syamel menyanyi ketika tidur!
” Jangan terkejut, satu masa nanti Khawla akan tengok Daddy mengigau dalam tidur dan akan buat concert selalunya. Paling tak pun, Daddy buat presentation/bagi ucapan dalam mimpi. Lihatlah bukti last part. Mimpi mimpi pun kena on point tau nyanyi. 🥲” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut mengucapkan selamat hari bapa kepada Syamel. Malah ada juga yang terhibur menonton video penyanyi yang popular dengan lagu ‘hidup dalam mati’ ini menyanyi ketika tidur.
Terdahulu, Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. Mereka dianugerahkan cahaya mata sulung iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia hampir 4 bulan.
Sumber : Instagram Ernie Zakri
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!