Ajak Mak Duduk Sekali. Anak Ini Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi Mak Yang Semakin Berusia Emas!

Share

Semakin hari umur kita semakin bertambah, dan bila semakin berusia itu bermakna tahap kesihatan juga selalunya akan menurun. Lebih-lebih lagi jika umur telah memasuki usia emas.

Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai anak, untuk menjaga  orang tua kita agar mereka merasa bahagia hingga hujung nyawa. Telah banyak pengorbanan mereka curahkan kepada kita semenjak kita kecil, kita tiba pula masa kita menjaga mereka sebagai bukti mengenang jasa dan budi.

Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Juriah Jalalus Shuti terhadap ibunya Puan Aminah Mohd Munir.

Ini perkongsiannya

Setiap kali singgah ke rumah mak, saya sekadar nampak emak kerap masuk toilet dan saya sendiri tidak merasakan ada masalah tentang itu. Hinggalah suatu hari sedang berborak dengan mak, tiba-tiba mak bergegas ke bilik air dan belum pun sempat ke bilik air tiba-tiba ibu terkencing di situ.

Ketika itu air muka mak jatuh dan saya masih tidak menggangap ada sesuatu yang serius. Emak bersihkan kawasan tersebut dan saya buat-buat tidak tahu untuk elakkan mak terasa malu.

Apa yang saya perasan, mak selalu mengadu katanya kainnya semua sudah reput, kain dia dah rosak, cepat koyak dan hancur. Jadi setiap kali dia mengadu, saya belikan kain batik yang baru. Dan rungutan ini berkali-kali saya dengar hinggakan saya ambil keputusan untuk terus beli kain batik berkodi-kodi demi untuk mak.

Kain itu rosak bukan sebab tidak berkualiti atau sebagainya TETAPI  disebab direndam dengan air kencing setiap hari, itu penyebab utama kain batik yang dibeli mereput dengan cepatnya.

Selapas 6 bulan melihat keadaan mak dan keadaan rumah yang berbau, barulah saya dan kakak berbincang dan barulah kami sedar bahawa mak sebenarnya ada masalah mengawal kencing.

Kemudian saya ambil maid untuk cuci rumah mak setiap hari, tapi still bila pagi cuci dan petang saya datang masalah bau masih ada. Saya rayu mak tinggal dengan saya, tapi mak tetap bertegas boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.

Bila mak dah buat keputusan begitu, jadi  saya datang ke rumah mak setiap  hari untuk  mop lantai dan salinkan kain. Hari-hari berulang alik memang penat dan saya terus merayu mak untuk  tinggal sekali hinggalah setahun usaha memujuk ini saya lakukan.

Ajak pindah, duduk sekali

Pujuk bukan sekadar dengan mulut, malah saya tunaikan semua keinginan mak agar dia mahu tinggal dengan saya. Katanya kalau pindah rumasah saya, nanti dia tak boleh ajar mengaji, lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak. Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya katanya dapur dekat dengan bilik dia dan dia tak mashu orang tengok dia.

Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa. Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan toilet.

Alhamdulillah, mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula.

Jadi untuk pastikan rumah tidak berbau dan suami serta anak-anak selesa, saya pastikan akan mop rumah berkali-kali. Kebetulan, pejabat dekat dengan rumah, jadi pagi sebelum kerja saya mop, tengah hari time lunch saya balik untuk mop dan balik kerja sebelum buat benda lain saya mop lagi sekali lantai.Semua ini saya lakukan untu keselesaan seisi rumah, lebih-lebih lagi buat emak yang seharian berada di dalam rumah. Saya mahu mak selesa.

Pun masalah ini tidak selesai sehinggalah saya dan kakak perasan, cara terbaik atasi semua ini adalah dengan memakaikan emak drypers dan bukannya perlu mop lantai sentiasa dan menukar lebih kerap kain batik dan pakaian yang dipakainya.

Cadangan kami untuk mengenakan mak lampin orang dewasa tidak ditolak oleh mak. Dia akur dan saya sangat bersyukur dengan penerimaannya. Apa yang saya lihat, mak lebih selesa dan kini hidupnya lebih nampak positif bila sudah mahu keluar berjalan-jalan bersama anak dan cucunya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita  untuk melakukan yang terbaik kepada orang tua bila tiba waktunya nanti.