Ajaibnya doa seorang ibu, dengan hanya sebut perkataan reda, anak nakal dan degil terus berubah sikap menjadi lebih baik. Begitulah mustajabnya doa seorang ibu kepada anak-anaknya.
Doa ibu bapa kepada anaknya merupakan salah satu bentuk doa yang mustajab. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]
Seorang Pakar Psikologi popular di Kuwait, Doktor Fauziah Ad-Dabbu pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang.
Ajaibnya doa seorang ibu: Ini tulisan Doktor Fauziah
“Aku bersumpah demi Allah…wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahawa engkau reda atas anak-anakmu sereda-redanya dan aku bersumpah demi Allah agar engkau tidak menghijab/menghalangi Reda-Nya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa reda atas mereka masing-masing.”
Ini doanya:
“Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…(sebut nama anak-anakmu satu persatu)…tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”.
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahawa aku reda kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan reda dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredaan-Mu kepada mereka demi redku kepada mereka).
Ads
Photo by Monstera
Kemudian setelah berselang beberapa minggu berita tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat do aitu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.
Maka beginilah kisah si ibu tersebut:
Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.
Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.
Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata: mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal? Dan seterusnya. Dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.
Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian dan di dalam diriku ada sedikit syak?
Dan kemudian ku dapati anakku mandi, pada hal aku tak menyuruhnya.
Ads
Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, “Apa khabar ibu?” dengan suara lembut yang tak pernah ku dengar darinya sebelum itu.
Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.
Empat jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, “Ibu, saya di dalam masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call…”
Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku?
Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?
Jawabnya, “Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat…..”
Sejak itu kehidupanku berubah 180 darjah dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.
Ads
Tak pernah aku mengalami kebahagiaan seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian.
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahawa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Pada hal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Sya Allah.
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak-anak.’-Lelaki Ni Kongsikan, Buat Ramai Tersentuh!
Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah memang tiada galang-gantinya. Dari kita kecil hinggalah dewasa, mereka tak pernah mengeluh susah. Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin.
Begitulah orang tua kita, sememangnya tidak akan berterus-terang meminta bantuan daripada anak-anaknya. Biar nyawa mereka di hujung tanduk sekali pun, mereka sama sekali tidak mahu menyusahkan anak-anak. Bahkan sering kali mengucapkan dengan bahasa mereka yang pada pandangan kita sebagai anak, semuanya baik-baik sahaja.
Namun hakikatnya sebagai anak cubalah selami ke dalam hati mereka. Kadang apa yang diucap tidak sama dengan apa yang di dalam hati mereka. Ini dek kerana, ibu ayah kita punya ‘bahasa’ nya yang tersendiri.
Ikuti perkongsian Abdul Muiez untuk kita sebagai anak memahami ‘bahasa’ ibu dan ayah. Renung-renungkan agar menjadi panduan di suatu masa kelak.
‘Bahasa ibu bapa yang tidak difahami anak-anak.’
Setiap kali saya call mak atau ayah, bertanyakan khabar, jawapan mereka sama. “Alhamdulillah sihat.”
Bila adik bercerita, barulah saya faham.
“Masa mak ayah cakap sihat, aku kat belakang mak ayah. Nak je aku jerit. Cakap ajelah mak ayah tak sihat.”
Tahu apa mak ayah jawab?
“Kesian Muiez. Nak balik jauh, kena pakai duit banyak.”
Allahu akbar
“Sekarang kau tahu kan, sihat ayah kau macam mana? Selalu cakap sihat, kesudahannya sampai ke ICU dah.”
Kalau nak tahu mak ayah sihat atau tak, tanyalah adik beradik yang jaga atau selalu menjenguk mak ayah di rumah.
‘Bahasa ibu ayah yang anak-anak kena faham.’
“Mak nak beli tu tak?”
“Tak nak.”
Jawapan sebenar, belilah.
“Mak ayah nak kami balik tak minggu ni?”
“Tak payahlah balik.”
Jawapan sebenar, baliklah mak ayah rindu.
“Mak ayah nak makan ni tak? Nanti kami beli.”
“Tak payahlah. Bukannya makan pun.”
Jawapan sebenar, belilah. Mak nak rasa.
“Baju raya mak ayah nak warna apa tahun ni?”
“Tak payah belilah. Baju lama ada lagi.”
Jawapan sebenar, belilah mak ayah nak sedondon dengan kau.
“Mak nak kami hantar ke?”
“Tak payahlah. Nanti pandailah mak pergi sendiri.”
Jawapan sebenar, hantarlah. Mak nak naik kereta kau.
“Mak ayah nak beli kek tak untuk hari jadi nanti?”
“Tak payahlah. Mak dah tak boleh makan manis.”
Jawapan sebenar, belilah. Nanti boleh makan sekeluarga.
Anak-anak, cubalah faham bahasa mak ayah sementara masih ada masa.
Bila tiba bulan Ramadan, antara perkara yang sering membuatkan para ibu risau adalah memilkirkan menu juadah berbuka dan sahur buat keluarga.
Jika asyik membeli di bazar Ramadan atau secara online setiap hari mungkin boleh lari bajet, jadi pastinya cara yang lebih jimat adalah memasak sendiri hidangan buat keluarga.
Pengurusan masa amat penting semasa bulan Ramadan, bagi ibu yang sibuk dengan urusan harian termasuk menguruskan anak yang masih kecil, persekolahan anak dan ibu yang bekerja.
Menerusi perkongsian puan Izeliwani Haji Ismail yang juga merupakan ibu yang bekerja menunjukkan beberapa rempah masakan untuk hidangan di bulan Ramadan. Lebih membanggakan, Izeliwani dikurniakan enam orang anak turut menyusu anaknya yang masih secara secara eksklusif namun sempat menyediakan juadah yang dimasakan sendiri. Sungguh inspirasi!
REMPAH MASAKAN CEPAT DAN MUDAH
Alhamdulillah. Moh laa luruskan kaki & tulang belakang ni, dr petang tadi pas Asar kui 6 ptg mula operasi menyiapkan Stok Masak Merah & 3 Rasa utk sahur nnt (tambah-tambah menu ready Frozen dlm freezer – Sambal Penyet, Tumis Kerabu, Sambal Tumis, Kari Udang & Kari Kosong).
Dari tahun 2020 famili kami sahur Nasi berjemaah, berbuka menu simple2 jer… So, nk teruskan utk 2021 ni pulak.
Kuah kosong sahaja ye. Nanti pagi-pagi tinggal goreng ikan atau tambah ayam atau udang.
Resipi tumis kerabu : Bahan bwg merah, Bwg putih sikit jer, halia, serai…blend semua, tumis kn minyak xyah byk sgt.. Bila dh terbit minyak, masukkn santan pekat, gula melaka @ nise, gula putih sikit, garam secukup rasa… Masukkn 1, 2 keping asam keping… Kacau lg sampai mendidih, siap
Sambal penyet @ sweet Sour @ 3 rasa boleh di microwave, tapi better lps kuarkn dlm 30 – 60 minit, dah cair br panaskn. Tapi utk kari yg nk masuk ayam, atau udang, panskn dgn koli, api kecik, masuk lauk, siap.
SIAKAP TIGA RASA SIAP!
BAHAN-BAHAN SIAKAP 3 RASA
Resipi Siakap 3 Rasa: Ini bahannya: Tumis semua separa garing tmbh air putih, tmbh sos tiram, sos ikan, gula, garam ikut selera… Kacau hingga mendidih… Bg sampai terbit minyak, tutup api
Utk bwg merah & cili kering tu Agak2 jer jgn nmpk pucat sangat, Bwg putih sikit jer… Bwg holand 1 stgh biji, cili padi 11 bj, serai 3, Daun limau purut 3, tomato ceri 7, halia 3 inci… Add on lada benggala ikut citarasa
CARA NAK PANASKAN SEJUK BEKU
Kalo kuah masak merah mcm ni Mmg kena cairkn atas dapor dlm koli, saya tmbh air kosong sikit, x hangus, api kecik… Tutup piuk, biar sampai semua mencair (tak pun keluarkan awal sejam, kompom dah cair, tggl panaskan dan boh laa ayam goreng kalo nk mkn ayam masak merah)
Kalo kuah 3 rasa @ sweet sour, kuarkn awal Dan masuk microwave jer pon ok, pastu curah atas ikan yg siap goreng… Sbb kuah ni Mmg ready to eat dah.
PES MASAKAN SIAP!
Kalo ayam masak merah, kita masukkan ayam goreng dlm Sambal tu… Kalau sweet Sour @ 3 rasa, memadai curahkan atas ikan goreng tu jer, sonang.
SIAP JUGA PURI UNTUK BAYI
Lepas Isyak tadi sambung blend Puree utk baby 8 bulan… Buah Kiwi, Anggur Hitam, Pitaya Putih & Papaya (semua add on kurma).
Oklaa, baby pon dh lena ni, kita jumpa esok lak ye, insha Allah… Karang tak bangun sediakan bekal anak beranak 8 last day sebelum Ramadhan lak. ASSALAMUALAIKUM WBT, SELAMAT MALAM.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat cara wanita ini menyediakan pes masakan ini. Malah menjadikan ia inspirasi untuk menyediakan masakan lebih cepat dan mudah.
Tiga minggu yang lalu, arwah berpeluang mencapai impiannya untuk menjadi anggota bomba. biarpun dalam keadaan yang tidak berdaya, adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi berpeluang memakai uniform dan menaiki jentera bomba.
Namun pagi ini, khabar duka diterima adik Ahamd Danial disahkan meninggal dunia akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat awal pagi tadi.
Berita itu dikongsikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya pagi tadi.
Inalillahiwainailahirojiun Selamat berpulang, anakanda Danial. Al Fatihah.
Ahmad Danial Ahmad Suhairi 2/2/2012 – 25/10/2019 Kanser otak DIPG
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh pihak Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad, yang turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga adik Ahmad Danial.
Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.
Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga.. 02.02.2012-25.10.2019
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.