Teringin merasai keenakan rasa aiskrim potong berganda rasanya bila mengetahui resipi yang dikongsikan oleh Ika ini.
Terasa tidak sabar pula dibuatnya, dan usah tunggu lagi jom kita sediakan bahan-bahannya. Bolehlah dinikmati bersama keluarga dan anak-anak jiran yang lain.
”VIRAL‼RESIPI AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE by ika Lagi sedap dari yang beli dikedai. RUGI TAK CUBA.”-Ika
Jom Buat Sama-sama
Ads
BAHAN A
✅200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
✅3sudu besar susu tepung (x kisah brand apa)
✅350ml air
BAHAN B
✅2 sudu besar tepung ubi
✅2 sudu besar tepung jagung
✅1 sudu besar tepung gandum
✅50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
BAHAN C
✅80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yg korg suka)
✅500ml santan pekat atau susu cair 2 tin (ika pakai susu cair je).
✅250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap apa2 jenama x kisah, jenama rex pun sedap, nak rebus kacang merah sendiri pun boleh
✅sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap (ika letak sirap je sikit sebab nak bagi warna aiskrim cantik
✅ Daun Pandan bagi wangi
✅ Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak
Ads
Cara-cara
1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
Ads
3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim malaysia pun xpe, ika pakai plastik aiskrim je sebab senang nanti tetamu datang boleh hidangkan.
4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.
Nak jadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak nilai-nilai yang positif bukan suatu yan mudah. Lebih lagi ada segelintir, ibu bapa punya ego yang tinggi, mereka akan culas untuk mendidik anak dengan berhemah.
Emosi Anak Terganggu, Bila Mak Ayah Ada 10 Ciri Ini. Deep Peringatan Lelaki Ini.
Impaknya jika dibiarkan akan menggangu emosi anak. Jadi mulai hari ini, mari ubah cara kita menguruskan emosi anak! Ikuti perkongsian saudara, Khairul Hakimin Muhammad yang menyentuh mengenai sikap ibu bapa yang cenderung untuk menganggu emosi anak-anak.
Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak. Payung dan lindung anak-anak kita dengan apa yang kita buat.
10 CIRI MAK AYAH YANG BUAT EMOSI ANAK TERGANGGU
1. Suka benar parking sesuka hati untuk hantar anak sekolah. Halang laluan, tutup jalan, asal boleh sahaja. Emosi anak terganggu tengok perangai emak ayah sendiri.
2. Dia sendiri lambat bangun, hantar anak pula lambat. Jadi lewatlah anak masuk sekolah. Emosi anak terganggu.
3. Ambil anak pun lambat, ada masa sampai terlupa sampai cikgu / pakcik jaga terpaksa telefon remind. Emosi anak terganggu.
4. Waktu ambil anak, tengok baju anak kotor, terus dicubitnya, ditarik telinga depan kawan-kawan. Emosi anak terganggu.
5. Waktu ambil report card, keputusan anak tak bagus mana, dimarahinya anak di hadapan cikgu. Emosi anak terganggu.
6. Sudah balik rumah, anak nak bermain, dihalangnya kerana risau balik lambat, suruh duduk rumah, tengok tv, main tab, kemudian paksa anak belajar belajar belajar, emosi anak terganggu.
7. Di rumah, emak ayah sibuk bersembang berdua, juga sibuk uruskan rumah tangga, tak pernah sempat duduk bersama tanya sekolah, tanya kawan tanya bagaimana keseronokan belajar. Emosi anak terganggu.
8. Emak ayah sibuk main telefon. Anak-anak bertanya pun tak berjawab sampai tak perasan anak duk bersandar kat bahu sendiri. Emosi anak terganggu.
9. Paksa anak makan apa yang emak ayah makan. Marah kalau begitu marah kalau begini, emosi anak terganggu.
10. Suka ejek anak sendiri dengan kata begitu begini. Konon untuk naikkan jati diri. Sedangkan anak-anak nak dipuji, kalau salah nak sangat diperbetulkan, namun jadi mangsa adik beradik kerana emak ayah sendiri. Emosi anak terganggu.
Lalu anak ini mula mengejek orang lain, nak perhatian, tak boleh tengok orang lain elok je pegang tangan emak ayah sendiri. Lalu mereka akan Usik sana, usik sini. Cikgu panggil kenapa begitu kenapa begini, lalu cikgu pula yang kena maki.
Emak kata,
“Dekat rumah saya dah didik dia jadi terbaik. Ini mesti kawan-kawan dia yang jadikan dia begini.”
Ayah pula cakap,
“Saya kenal dia, dia anak saya, mesti sekolah inilah yang ubah anak saya. Cikgu semua tak buat kerja, hantar sini suruh jadi baik, tapi akhirnya hancur! Elok tukar jelah sekolah.”
Kawan-kawan,
Kita emak ayah. Zaman berubah gais, kena terima anak kita nakal. Kena hadam anak kita kurang perhatian, kena telan anak kita banyak kekurangan.
Dan semua itu adalah dari kita.
Kita dapat didikan emak ayah kita cukup manisnya, cukup masam masinnya, cukup pahitnya. Serba serbi ada.
Pergi sekolah, salam siap cium. Emak bekal makan, abah hulur senyum. Emak berzikir setiap nafas, mengharap setiap doa untuk anak-anak seorang demi seorang.
Abah pula tak pernah lupa kita, sibuk macam mana pun akan tanya emak apa kita buat apa yang kita kerjakan.
Lalu emak ambil task itu untuk tahu serba serbi. Emak tak ada smart phone, tapi ada senduk kayu ada rotan kiri kanan.
Pandang emak dah takut, tengok abah dah gigil. Biar tak pandai belajar, emak abah okey je. Janji reti adab, faham tentang biadap dan tidak berani nak buat jahat atau buat sentap orang tua.
Kita pun jadi manusia. Lepas itu kononnya kita tak nak anak kita kena macam kita. Tak nak garang sangat. Nanti anak kita takut-takut. Kita buat sampai anak kita besar kepala.
Terus hari ini anak kita pergi ejek sana sini termasuk cikgu. Itu yang cakap depan. Belakang tak tahulah berbakul-bakul agaknya.
ANAK KITA ADALAH KITA.
Kita coraknya ikut warna apa. Kita rasa warna terang buat dia disukai. Kita lupa terang-terang itu boleh jadi dimakan api, dikejar burung helang dan dijamah matahari.
Biar redup bawah pokok, banyak nasihat dan pesan kita buat jadi payung, lalu anak kita dapat kita bendung tak jadi jahat tak jadi murung.
Dia tahu yang warnanya tak cantik mana. Dia sedar diri dia serba serbi budak sahaja. Macam kita dulu, nakal-nakal kita tak usik sesiapa. Hanya kita sahaja.
Kita berlindung baik-baik atas apa yang kita buat. Dan hari ini kita jadi orang kerana rotan dan banyaknya libas-libas paip getah dan lempang kiri kanan.
Malam nanti emak cium, abah duduk hujung katil dan letak minyak semula. Mereka tahu, yang dimarah tadi untuk kita sedar kita faham, dunia ini kalau jahat, kena hukum. Namun masih sempat bertaubat.
Namun jika kita pegang ego, kita rugi hilang nasihat, hilang berkat dan hilangnya syafaat. Dan untuk itu, tak ada lain, nerakalah tempat kita gais.
SEMPAT LAGI KITA BERUBAH. PANDANG MUKA ANAK, NASIHATLAH, ROTANLAH, CUBITLAH. KEMUDIAN TERANGKAN KEPADA DIA MANA BETUL MANA SILAP.
Patahkan ego dia, hancurkan jahat dia. Semoga dia baik dengan cikgu, hormat pada orang tua dan banyaknya masa untuk buat kebaikan kepada sesiapapun.
Ingat kawan,
Anak kita adalah kita. Warna dia dan warna kita tak ada banyak beza. Yang ada hanya apa yang kita lindung dan payung, supaya dia redup, supaya dia subur. Sesekali cahaya datang, dia menyorok, sesekali juga ribut dan hujan hadir, dia tak basah.
Namun dia hidup segar, sudah besar dia pula jadi rendang berbuah, buat bakti kepada orang lain pula yang mahu berteduh sama.
Begitulah. Payung dan lindung anak-anak kita dengan apa yang kita buat.
Lazimnya bila di rumah bersama anak-anak, kita akan luangkan masa dengan bermain bersama mereka. Cara ini sangat berkesan untuk eratkan hubungan anak-beranak dan tidak dinafikan bila sama-sama bermain menjadikan suasana di rumah cukup meriangkan dan menyeronokkan.
Tambah-tambah lagi di musim PKP ini, bila semua seakan sudah buntu, apatah lagi anak-anak seakan tidak tahu aktiviti apa lagi yang boleh dibuat bagi menggembirakan hati mereka selain bermain gajet dan menonton TV.
Lantaran itu, bagi pelakon Roy Azman dia punya caranya yang tersendiri bagi memastikan masa anaknya diisi dengan perkara yang bermanfaat. Di mana bila anak-anak buat kerja rumah, akan dapat upah dan dibayar seorang demi seorang.
Ketika memberikan gaji kepada anak-anaknya itu, Roy Azman berkongsi video di Instagramnya dan apa yang mencuri perhatian warganet adalah lagak Roy Azman persis seorang bos kepada anak-anaknya dengan kapsyen ,”BAYAR GAJI. PKP pun kena bayar gaji daa” cukup mencuit hati.
Video yang dikongsikan ini cukup menghiburkan, tambah-tambah lagi bila melihat si bongsu yang begitu teruja untuk mengambil duit gaji dari tabung yang ada di depan mata. Memang kelakar!
Menariknya lagi, setiap anak-anak perlu memaklumkan pekerjaan apa yang telah dilakukan untuk melayakkan mereka mendapat gaji. Gaji yang diberikan cukup lumayan, umpamanya untuk anak sulung yang membuat kerja mencuci gelongsor dan mengangkat barang dibayar upah RM 100 hinggalah giliran anak bongsu yang membuat kerja dibayar dengan RM2.
Sebelum mengakhiri video, Roy Azman sempat lagi mengusik isteri berkenaan gaji yang diterima hanyalah dengan penuh kasih sayang sahaja. Memang buat ramai ketawa tak kering gusi jadinya.
Pulang daripada kerja, ibu-ibu mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut.
Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Ada baiknya anda cuba tip pantas ini untuk melembutkan daging yang baru dikeluarkan daripada peti ais. Sangat membantu!
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ektra Tip Empukkan Daging
Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.