
Kalau sebut aiskrim, pasti anak-anak yang paling teruja. Tak kira apa jua perisa kalau dapat memang tersenyum lebar masing-masing.
Jom admin kongsikan respi aiskrim milo homemade yang cukup menggiurkan ni. anak-anak pasti suka ni! Resipi ini merupakan perkongsian daripada puan D’jara Twin
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap mcm cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari. Yg ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-bahan
Susu cair 1 tin
Milo 1 cawan
Serbuk koko 2 sudu besar
Susu pekat 2 sudu besar
Ovalet 1-2 sudu besar
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dan kisar menggunakan mixer hingga pekat dan sebati.
2. setelah itu, masukkan ke dalam bekas.
3. Hias dengan coklat chip. Then masuk dlm peti ais semalaman.
Hari Pertama Puasa, Resipi Khairul Aming Buat Ramai Kecur Air Liur

Mesti ramai yang tengah cari menu-menu yang sedap dan simple untuk berbuka nanti tambah lagi hari pertama puasa.
Kerabu maggi ala Thai yang padat dengan pelbagai jenis isi makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan macam-macam lagi. Lagi best sebab bahan mudah cari dan cara masak pun senang.
Punyalah viral hingga video resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming di akaun Tik Toknya pun dah mencecah 4.5 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen memang dah kecur air liur dan tak sabar nak cuba resipi ni untuk berbuka puasa nanti.
Kerabu Maggi Thai
Bahan-bahan:
- Maggi 2 paket (boleh guna maggi tomyam)
- Udang
- Ketam
- Sotong
- 1/2 biji limau Nipis
- 1 sudu sos ikan
- 1/2 sudu pes sos Thai
- 1/2 sudu gula kabung Thai
- Air
- Bawang merah
- Cili padi
- Tomato
- Daun ketumbar
Sukatan bahan boleh mengikut selera dan keinginan anda.
Cara Penyediaan:
– Rebus seafood dan jangan terlalu lama.
– Rebus 2 paket maggi dalam air rebusan tadi.
– Guna 1 paket sahaja perencah maggi sebab akan masin kalau guna banyak.
– Perahkan 1/2 biji limau nipis, tambahkan 1 sudu sos ikan, tambahkan 1/2 sudu pes sos Thai, tambahkan 1/2sudu gula kabung Thai.
– Masukkan sikit air rebusan seafood tadi dan kacau sebati baru tambahkan maggi yang dah rebus tadi.
– Tambahkan bawang merah, cili padi, tomato, masukkan seafood tadi, daun ketumbar.
@khairulaming Mengidam nak makan kerabu maggi thai so jom kita buat. Ada rasa masam, pedas, kick semua ada. Kecur air liur 😭😭 #makanlokal #masukberanda ♬ original sound – Khairulaming
NETIZEN TERUJA TENGOK KHAIRUL AMING
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan teruja melihat resipi yang menjadi ‘fyp’ di TikTok. Hari pertama puasa lagi membuatkan ramai netizen ‘mengidam’ kerabu maggi Thai ni.
Sumber: @khairulaming
Nasi Bersahur Tak Habis, Buat Apam Nasi Gebu Gebas Ni. Confirm Licin Dimakan!

Tidak mahu terus lakukan pembaziran dengan lebihan nasi, elok dijadikan menu apam ini yang mudah disediakan.
Ini resipinya telah dikongsikan oleh Noy Yullan. Jom semak.
Buat beberapa hari lepas, baru hari ni teringat nak upload. Ni buat 2 cawan nasi ja. Tak ingat dapat berapa. Tak dan nak kira. Masak je, anak capai. Masak je anak capai. Macam mana nak kira. Apam nasi ni memang gebu-gebas, lembut sangat kejadiannya. Jom la kita tengok #ResipiApamNasi yang bukan rahsia lagi tu (sebab dah banyak kali share resipi ni).
Apam Nasi
(Noy Yullan)
Bahan A
2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air suam
3 sudu kecil yis (sepeket yang 11gm tu)
(Nak letak 2 sudu kecil pun jadi ja)
Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Pewarna (jika suka. Tak wajib pun)
Cara-Cara
1. Jika blender besar, masukkan semua bahan A dan B, blend sampai nasi dan gula tu betul-betul halus. Kemudian perap 1 jam. Jika blender kecil/sederhana, blend dahulu bahan A sehingga halus, kemudian, tuang atau campurkan dengan bahan B. Gaul rata. Perap 1 jam. Lepas 1 jam, adunan apam nasi tu akan naik berganda. Nampak berbuih. Jika adunan tak naik berganda, tak ada beza sebelum dan selepas perap, maknanya yis tu dah mati. Kalau dikukus juga, apam akan bantat.
2. Panaskan air kukusan dengan api besar.
3. Sapu minyak ke dalam acuan apam. Pastikan jangan terlebih minyak pula. Nanti bahagian bawah apam nasi tu basah.
4. Kacau-kacau adunan tu dulu. Pewarna boleh masuk sebelum perap atau selepas perap, ya. Tuang adunan ke dalam acuan. Letak 3/4 acuan (hampir penuh acuan)
5. Kukus apam tadi selama 10 minit. Pastikan api besar dan air sudah betul-betul mendidih baru kukus.
6. Setiap kali nak kukus, lap dahulu penutup pengukus tu supaya air kukusan tidak menitis atas apam. Boleh juga balut penutup pengukus dengan kain. Saya tak balut pun. Lap ja. Apabila apam masak, terus keluarkan. Nak makan dengan kelapa boleh, nak makan begitu sahaja pun sedap.
Nota:
1. Jika adunan yang sudah dibancuh tak naik lepas diperap, maknanya yis mati. Jangan buang adunan. Sayang. (Kalau nak buang jugak, suka hati la. Kau punya bahan kan.) Buka yis baru. Ambil 1 sudu kecil yis, air dalam 4 sudu besar gitu (sikit ja sekadar nak bancuh), dan 1 sudu kecil gula. Kacau bagi larut. Biarkan dalam 10 minit. Jika berbuih, maknanya yis tu hidup. Masukkan bancuhan yis tadi dan 1 sudu kecil baki yis yang belum dibancuh ke dalam adunan. Kacau rata, perap lagi 30 minit hingga 1 jam. Kemudian follow step no 2 sehingga no 6.
Antara punca apam bantat:
1. Yis mati atau tak aktif. Adunan tak naik lepas perap. Bila kukus confirm bantat.
2. Sebelum mengukus tu pastikan air dalam pengukus dah betul-betul mendidih baru kukus. Kalau guna pengukus cap buaya bagai tu, kita boleh nampak air menggelegak dan buih gelegak tu besar-besar (big bubble). Lap penutup pengukus baru la kukus apam tu. Kalau kukus masa air belum betul-betul mendidih, maknanya suhu pengukus belum stabil. Bila kukus apam, mula-mula apam naik, lepas keluarkan apam tu akan turun balik dan tak gebu.
3. Masa sapu minyak pada acuan tu, ada minyak bertakung. Bila apam dikukus, bhgn atas ok, bahagian bawah akan basah, lembik dan tak gebu.
4. Kukus terlalu lama. Air kukusan menitis atas apam menjadikan apam basah, lembik, dan turun semula.
Sumber : Noy Yullan
Patutlah Sedap Ayam Goreng Mamak Ni. Rupanya Ini Rahsia Resipinya.

Kepada yang suka makan kedai mamak tentu suka makan ayam gorengnya. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas aje bersama kuah kari mamak memang superb!
Malah tidak dinafikan, harga makanan menu ini agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya. Malah anak-anak pun suka rasa ayam mamak ni.
Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak ni.
Memang sedap dan rangup.
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
Selamat mencuba!
Kredit: Viral Media Johor