Enaknya menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Anak-anak yang paling teruja kan. Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.
Jom cuba aiskrim Milo homemade ni yang dikongsikan oleh puan Ummu Hani ni. Selamat mencuba!
Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe