
Bukan biasa-biasa resipi aiskrim Malaysia yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini, katanya resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru ni gemuk-gemuk dengan pelbagai perisa. Apa tidaknya, resipi aiskrim ini cukup meriah dengan bahan-bahan yang digunakan dan nampak begitu menyelerakan.
Tidak puaa sekadar hanya melihat gambar yang dikongsikan ini, timbul pula rasa teringin untuk menikmatinya. Jadi apa kata, malam ini kita sediakannya dan bolehlah esok dinikmati bersama seisi keluarga.
Selamat mencuba.
Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru
Gemuk-gemuk dengan perisa viral! Sedap! Boleh la cuba, resepi kat bawah ni. Harini bolehlah buat, nanti bagi kat min sebatang yer
✔️ MILO
Bahan-Bahan :
Air
Milo
Susu cair
Susu pekat
Coklat tabur
Cara-cara
Masak air, buat air milo mcm biasa tp letak susu cair dan susu pekat. Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.
✔️ JAGUNG CINCAU
Bahan-Bahan :
Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau
Buat air jagung macam biasa, letak secubit garam untuk 1 balang air, bila sejuk letak air dalam plastik dan letak cincau.
✔️ SUSU STROBERI
Bahan-Bahan :
Air
Susu pekat
Susu cair
Strowberi segar
Buat air susu macam biasa biasa, setelah sejuk letak strowberi potong. Sejukkan
✔️ Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat
Air
Susu segar
Susu pekat
Lemon
Sebuk coklat
Buat air susu macam biasa, perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dalam plastik dan letak serbuk coklat.
sumber : Yaya Baiyah
Kenali Ibu Mentua Secara Peribadi, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui. Nombor 2 Wajib Buat!

Kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini. Tidak hairanlah jika ada yang tidak boleh bersua muka pasti akan timbul perbalahan.
Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak.
Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.
Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita.
Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?
Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.
1.Jadi keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.
2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.
3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.
4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.
5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.
6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.
Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.
“Setiap Hari Adalah Bulan Madu Bagi Kami Berdua”-Arash & Isteri Reda 13 Tahun Berkahwin Belum Ada Rezeki Anak!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Sumber : H.Metro & @arashmohd30
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Walau Bukan Dari Rahim Isteriku Tapi Dapat Merasa Gelaran Ayah.” Luahan Achey Buat Netizen Sebak!

Umum mengetahui pelawak terkenal Achey mempunyai seorang anak angkat yang dibelanya sejak lahir lagi. Baru-baru ini, dalam satu perkongsian di instagram, Achey memuat naik sekeping gambar anak angkatnya bernama Tiara Zinnirah sempena Hari Bapa.
Dialah punca!!!
Aku merasa hari ini..
Aku bersyukur pada Allah..
Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa
Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat di curahkan kepadanya..
Dalam pada itu, Achey, bersyukur dengan kehadiran anak angkatnya, Tiara Zinnirah dalam kehidupannya bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne.
Dalam pada itu, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah turut berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin dalam membesarkan Tiara.
Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak..
Maaf ayah pohon kepada awak n mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawap..
Ayah sayang awak ucuk achammm.. .
#tiarazinnirah #happyfathersday #kintangkintung #yangterindah #kitabaikramaisayang #gengasap
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Luahan hati suami kesayangan Anne membuatkan ramai terharu dan sebak. Rata-rata memberikan kata semangat buat Achey.
Baca caption terus nangis

Sumber: acheykintangkintung