“Aiskrim” Ketumbar, Daun Kunyit & Daun Limau Purut. Tip Simpan Daun Kekal Segar, Tahan Lama & Jimat Ruang!

Share

Kebiasaannya daun-daun hijau seperti ketumbar, daun kunyit, limau purut dan sebagainya jenis sayuran hijau yang mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.

Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.


“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut.
Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.

Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk.
Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.

Satu batang tu untuk sekali guna.

Kredit: Nik Hazifah