Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!

Seronoknya beraya selain kita dapat ziarah dan bermaaf-maafan, tidak dinafikan di musim perayaan ini macam-macam makanan kita dapat nikmati. Boleh dikatakan setiap rumah yang dikunjungi pasti ada sahaja hidangan istimewa yang dijamu.

Tidak sahaja menu utama malah siap dengan aiskrim sebagai hidangan dessert yang cukup menyegarkan tekak. Apatah lagi dengan cuaca panas waktu ini,  menikmati aiskrim cukup nikmat dirasakan.

 

 

Jadi jom kita buat aiskrim durian untuk dinikmati bersama tetamu yang berkunjung dengan mengikuti resipi yang dikongsikan oleh Nur Hayati Khalid.

Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!

Aiskrim Durian

Bahan-bahan:

4 cawan air

1 cawan isi durian

Ads

1 cawan susu segar atau susu cair

1/2 cawan susu pekat

2 sudu besar gula /gula perang

1 sudu tepung jagung

 

 

Ads

Cara buat :

1.Blender semua bahan

2.Masak sekejap dalam periuk hingga mendidih

3.Tunggu sejuk, kemudian tuang dalam plastik aiskrim

Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!

 

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Ekstra tips :

* Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka

* Lebihkan gula atau susu pekat jika suka manis

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Aiskrim Durian Hidang Pada Tetamu. Cuaca Panas-panas Ni, Mesti Licin Tak Cukup Sorang Satu!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI