Aiskrim Cup Homemade, Lagi Sedap Dengan Macam-macam ‘Topping’. Ni Resipi Peniaga Ni Kongsikan!

Share

Sesiapa pun rasanya tidak akan menolak jika diberikan aiskrim cup dengan pelbagai perisa. Sama ada coklat, strawberi, vanila dan sebagainya. Semuanya nampak cukup menyelerakan dengan rasanya lemak berkrim, sejuk dan teksturnya lembut.

Apa yang pasti bukan anak-anak sahaja suka akan rasanya, kita orang dewasa pun turut teruja untuk menikmatinya.

Jadi apa kata jika sebelum ini anda hanya membelinya di pasaran, tapi kali ini anda sediakan sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh wanita ini yang menjalankan peniagaan aiskrim di rumah.

Tidak susah mana pun dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk dicari. Bahkan apa yang lebih penting, pelbagai jenis toping boleh anda cuba mengikut citarasa masing-masing.

Difahamkan juga, dengan resipi yang dikongsikan ini anda akan dapat hasilkan 35-40 cup aiskrim. Wow! Memang puas makan anak beranak!

Aiskrim Cup 

Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income taw, sambil-sambil duduk  rumah, poket pon masuk, jual aiskrim je.-Puan Nurul Ashikin

Resepi Aiskrim Cup

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan ovalatte
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
2 cawan fresh cream/whipping cream ND (saya guna brand vivo)

Cara-cara:


1.Masak base susu hingga mendidih..setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
2.Sejukkan (lebih elok kalau bekukan semalaman)
*Fungsi-untuk aiskrim lebih gebu
3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream+ovalatte+vanilla esen. Mix guna kelajuan perlahan..bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan y no 4@5..(mix dalam 15/20mnit).
4. Last skali isi filing dalam cup dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi..


♦️Boleh dapat dalam 35-40Cup untuk resepi ini.

Sumber : Nurul Ashikin 

 

ARTIKEL MENARIK:Seorang Anak 10K – RM20K Untuk Kos Pendidikan. Begini Cara Perkiraan & Tip Untuk Dapatkan Tabungan Sebanyak Tu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan  anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club