Aircond Kereta Tak Terasa Sejuk Lagi. Jadi Buat Cara Ni, Duit Pun Tak Kopak!

Share

Bila keluar rumah pada waktu tengah hari, kita akan rasa bahang kepanasannya, dan sekali gus  membuatkan kita anak beranak tidak selesa untuk melakukan aktiviti di luar rumah.

Begitu juga jika sedang menaiki kereta yang mana aircond tidak lagi terasa sejuk. Boleh berpeluh juga dibuatnya, dan pastinya semua yang ada di dalam kenderaan merasa tidak selesa.Hendak dibaiki pada waktu terdekat, duit pula banyak digunakan untuk keperluan lain.

 

Jadi, ini penyelesaiannya. Tanpa perlu menggunakan duit, aircond kereta akan dapat berfungsi dengan baik bila anda segera lakukan ini.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Farizah, jom semak.

Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!! Menyesal tak buat dari dulu. Tak payah keluarkan duit pun! Tak sampai 5 minit dah siap. Jom try!

Sebelum ni kalau duduk dalam kereta time tengah hari, memang macam dalam oven. Aircond on paling high pun masih berpeluh. Rupa-rupanya sebab penapis dia penuh dengan habuk!

Aircond tidak sejuk dipengaruhi banyak faktor, kadang-kadang disebabkan cooling coil bocor, kompessor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.

Tapi kadang-kadang sebab penapis penuh dengan habuk je! Jadi boleh la try cara ini dulu sebelum ke workshop.  Tak ada la terkopak duit beratus.

Cara-caranya:-


1) – Buka drawer kat dashboard tempat penumpang depan tu dan tarik keluar


2) – Akan nampak ada satu box hitam kecil dalam tu, buka penutup box tu


3) – Tarik keluar penapis berbentuk segi empat
4) – Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk
5) – Ketuk dan bersihkan segala habuk


6) – Selepas dah bersih, letak balik penapis tu
7) – Lepastu pasang balik penutup dan drawer tu.

(Buat masa enjin kereta off ye)
Lepastu on enjin dan test aircond korang! Mesti dah sejuk angin dia!

Kalau tak sejuk juga maksudnya kena hantar workshop la tu, ada masalah aircond lain.

Siapa yang dh cuba nnt share la hasilnya sejuk ke tidak. Tak sampai 5 minit pun nak buat. Memang senang.

Kebanyakan kereta kat malaysia ni, kat situ la kedudukan penapis tu. Kalau kereta pelik-pelik skit, tak tau la kat mana, pergi tanya kat workshop hehe. Proton, perodua dan kebanyakan honda kat situ la.

Sumber : Farizah Mohamed