
Memandu di dalam cuaca panas tentu bahangnya terasa jika aircond di dalam kereta tidak sejuk. Jadi masa inilah kita biasanya akan laraskan kipas dan suhu aircond paling maksimum mungkin, tapi sedihnya tetap juga tidak terasa sejuk. Mungkin cara yang anda praktikkan itu tidak tepat.
Jadi apa kata anda setting semula aircond kerata anda sebagaimana yang dikongsikan oleh @edward_vstar_oe di aplikasi TikTok.
Menurutnya ada 4 cara setting aircond kereta agar lebih sejuk dengan cara yang paling mudah dan berkesan.
Langkah 1 : Buka Internal Circulation. Pastikan panel tidak pada bahagian External Circulation.
2. Buka Temperature Degree pada suhu yang paling rendah.
3. Putar butang Fan Speed Control pada tahap kelajuan 2.
3. Putar butang Angin Setting ke kiri, iaitu di bahagian side kepala.
Jadi beginilah setting aircond akan menjadi lagi sejuk.
Untuk lebih mudah faham, jom tonton video ringkas di bawah ini.
Sumber : @edward_vstar_oe
ARTIKEL MENARIK: Minum Air Kopi Di Rumah Macam Barista Yang Buat. Begini Caranya, Senang Sangat & Yang Penting Menjimatkan!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Keluarga Itu Membahagiakan Saya.” Kongsi Minat Sama & Layan Seperti Ibu Sendiri, Rahsia Mawar Rashid Serasi Dengan Mentua!

Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil anak kedua dan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Ambil Upah Tolong Mengecat, Anak Ni Mahu Dibayar Dengan Beras Sebab Boleh Makan Seisi Keluarga!

Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Watch on TikTok
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
Watch on TikTok
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Sumber : Tiktok @mfs_bengkelbesi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Penyakit ‘Angin’ Dalam Badan, Ingat Biasa Je Tapi Boleh Jadi Teruk Bila Ada Tanda Ni!

Penyakit angin dalam badan, rasa lesu dan seterusnya badan tidak bermaya umumnya kita rasakan itu perkara biasa sahaja.
Namun siapa sangka, tanda-tanda awal rasa tidak selesa yang ditunjukkan oleh tubuh memberi petanda yang perlu diambil tindakan.
Ini sebagaimana perkongsian info yang diberikan oleh seorang dr ini. Semoga melalui pembacaan ini memberi manfaat untuk kita seisi keluarga lebih prihatin dalam penjagaan kesihatan.
Ramai orang tak sedar penyakit “angin” ni.. sampai dah jadi teruk..Awal-awal pandang remeh saja..
Sikit je gastrik, kembung atau hati kecil kita sedapkan hati..
“Ni sebab lambat makan”
“Stress kerja kot, sebab tu fikit macam-macam”.
Tak ramai yang tahu sebenarnya sakit angin ni kemungkinan berisiko sebabkan:
1) Gangguan mental: fikir negatif banyak, risau-risau, OCD.
2) Badan sakit-sakit
3) Lesu takde tenaga
4) Sendi problem terutama sakit jari, lutut dan belakang.
5) Hujung kaki pucat, kebas-kebas. Kuku pecah-pecah.
6) Masalah pencernaan : Kembung, refluks asid, cirit atau sembelit.
7) Alahan jadi teruk: Ekzema, asma, resdung, migrain.
8) Gangguan hormon : Cyst, fibroid, period terganggu.
9) Sesak dada, stamina kurang, berdebar-debar.
10) Penyakit autoimmune (antibodi serang badan sendiri).
Banyak lagi tanda-tanda lain awal yang sebenarnya kita abaikan. Saya sendiri dah hidup lebih 20tahun dengan tanda-tanda ini tanpa saya sedari.
Bila umur mencecah 30an, baru jelas semua sakit-sakit tu.Tapi saya dah jumpa ramai yang bermula lebih awal.
Orang-orang muda kita ramai dah belasan tahun..anak-anak dah nampak tanda gangguan mental terutamanya.
Kesimpulan yang saya dapat buat ialah lifestyle kita zaman moden ini yang menjurus ke arah penyakit-penyakit yang dah jadi biasa sangat ni.
# Anak-anak kita dah tak main dah kat luar dengan kawan-kawan. Majoriti suka duk rumah main game.
# Kita sendiri orang dewasa sibuk bekerja, riadah kat taman dan padang dah kita gantikan dengan senaman di gym waktu malam. Bukan tak bagus, better dari takde. Tapi ia ganggu fitrah badan kita.
# Pemakanan zaman moden seperti fastfood, makanan pek yang sangat proses. makan bergandum macam roti/biskut/mee/pasta dah tak sama macam makanan nenek moyang kita.
# Tidur lewat bukan sahaja kurangkan waktu badan rehat, tetapi juga ganggu sistem hormon dalam badan. Badan jadi radang, sistem detoks badan jadi lemah.
# Kita banyak terdedah kepada bahan toksik. Periuk kuali kita masak, sabun syampoo dan minyak wangi kita guna. Mainan anak-anak kita. Macam-macam sebenarnya boleh rosakkan badan.
Semua faktor-faktor ini sebabkan badan kita jadi STRESS.Bukan saja emosi kita stres.
Fizikal kita stress.
Mental kita stres.
Jiwa spiritual kita stres.
Berbalik lah kepada lifestyle fitrah. Pulihkan perut, sebab itu punca penyakit.
Jangan tunggu sampai terlambat.
Ubat paling hebat pun tak mampu rawat
Cegah sebelum padah.
Sumber : Hafiz Sulaiman