Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus! Keluarga Pelbagai  Bangsa Raih Perhatian.

Share

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus! Keluarga Pelbagai  Bangsa Raih Perhatian.

Perkahwinan yang bercampur bangsa adalah bukti bahawa rakyat Malaysia hidup berharmoni walaupun terdapat banyak perbezaan budaya namun ia tidak menjadi halangan untuk pasangan perubatan ini yang bekerjasama di hospital yang sama.

Dr Siti Hajar meluahkan kesyukuran dapat mengenali dan berkahwin bersama suaminya, Iskandar Chai Yoon Sang, yang membuatnya mempelajari makna perpaduan dan harmoni dalam negara ini.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Si suami bukan sahaja berdarah bangsa Cina malah terdapat kacukan India juga atau lebih dikenali sebagai seorang “Chindian”. Dr Siti Hajar rasa bertuah kerana maka dengan ini, pasangan ini dapat mempelajari dan mengamalkan 3 budaya yang berbeza, Melayu, Cina dan India.

“Perkahwinan campur ini memberi peluang kepada kami untuk belajar bagaimana mencipta keserasian walaupun datang daripada budaya berbeza” kata Dr Siti Hajar.

Salah satu pengalaman perbezaan budaya yang diceritakan oleh Dr Siti Hajar ialah dia akan berkumpul bersama keluarga suami tercinta dan akan menyambut Tahun Baru Cina. Pada perayaan itu, dia dapat merasai masakan Cina seperti ikan masak taucu, udang masak kam heong dan yong tau foo.

 

 

Selain itu, Dr Siti Hajar juga belajar bahasa Hakka dan Tamil yang digunakan sebagai bahasa utama oleh keluarga Iskandar. Di samping itu, dia juga mempelajari cara penggunaan “chopsticks” dan belajar memakai “punjabi” sewaktu hari perayaan Deepavali.

Bagi suami Dr Siti Hajar pula, dia mengalami bersahur, berpuasa, solat, menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarga si isteri. Tambahan pula, suami Dr Siti Hajar akan mengikut mereka ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih dan solat sunat hari raya sambil memakai baju melayu serta sampin. Dikatakan, si suami memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan dan dengan rela hati.

Keluarga ini juga mementingkan pelajaran bahasa terutamanya apabila berkomunikasi bersama anak. Doktor tersebut mengambil peluang perkahwinan ini untuk mempelajari bahasa ketiga.

“Itu yang sering suami saya ingatkan kerana dia sendiri boleh bertutur dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hakka dan Tamil jadi menganggap ia (bahasa) medium yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia

” dinyatakan oleh Dr Siti Hajar.

Kisah cinta Dr Siti Hajar dan suaminya Iskandar, membuktikan bahawa cinta tidak mengenali nama, rupa atau bangsa. Semoga kisah keluarga bercampuran bangsa ini memupuk semangat kemasyarakatan dan menjadi rujukan kepada semua bahawa berbeza bangsa dan budaya tidak sepatutnya menjadi penghalang dalam perjalanan keharmonian.

Terima Kasih.

Sumber: Redzuan Muharam (dari Metro)

 

 

 

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club