“Air Tenang Dia Terjun, Setenang Kasih Ibu.” Cari Duit Rawat Ibu Sakit, Pencetus Semangat Gadis 14 Tahun Ini Peroleh Emas!

Share

Baru sahaja berusia 14 tahun, tapi telah berjaya merangkul emas Dalam olimpik. Kisah Quan Hongchan, atlet terjun daripada negara China  ini memenuhi ruang media sosial. Rata-rata kagum dengan kebolehannya.

Bukan sahaj menang pingat emas dalam sukan renang, bahkan dia juga mencipta kejutan selepas berjaya mencatatkan ‘perfect score’ sebanyak dua kali di pentas akhir acara 10m platform sukan Olimpik Tokyo 2020.

Disebalik kejayaan tersebut, rupa-rupanya ada kisah yang cukup menyentuh hati mengenai gadis kelahiran China ini.

Perjuangannya di pentas Olimpik itu sebenarnya didorong oleh niatnya untuk mendapatkan duit kemenangan bagi digunakan untuk merawat ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.

Mula didedahkan dengan sukan terjun ini pada tahun 2014, Gadis bertubuh kecil ini telah berlatih bersungguh-sungguh.

Pada bulan Mac 2018, dia dilaporkan telah menyertai pasukan daerah Guangdong.

Walaupun pasukan terjun China banyak menghasilkan penerjun yang berbakat, namun amat jarang sekali untuk melihat seorang gadis berbakat seperti Quan Hongchan berjaya menguasai sukan itu dalam tempoh yang singkat.

Sumber foto: CNA

Pada 4 Oktober 2020, Quan Honchan yang baru berusia 13 tahun pada ketika itu dilaporkan telah berjaya mengalahkan ramai penerjun yang bertaraf bintang di final platform 10 meter perseorangan wanita di Stesen Shijazhuang dalam kelayakan Olimpik.

Selepas berjaya melayakkan diri ke pentas Olimpik Tokyo 2020, motivasi penerjun muda ini dalam membantu mendapatkan duit rawatan untuk ibunya semakin tinggi.

Sumber foto: yqqlm

“Kos rawatan yang diperlukan ibu saya sangat mahal, jadi saya rasa saya juga harus bertanggungjawab untuk menolongnya mencari duit, supaya saya dapat menghantar duit itu kepada ibu saya untuk rawatannya,” ujarnya.

Kesukaran hidup yang dilaluinya telah mendorongnya supaya sentiasa bekerja keras dalam bidang yang diceburinya.

Tahniah buat Quan Hongchan, moga ia menjadi inspirasi buat anak muda untuk berusaha gigih sepertinya dalam mencipta kejayaan. Sesungguhnya tiada yang mustahil asalkan kita berusaha untuk memilikinya.

Sumber: iNews, yqqlm


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster