Uncategorized

Air Rebusan Rambut Jagung, Sumber Alternatif Rawat Pelbagai Penyakit-Dr Suri Roowi

Share

Air Rebusan Rambut Jagung, Sumber Alternatif Rawat Pelbagai Penyakit-Dr Suri Roowi

Biasanya kalau kita menyediakan hidangan jagung rebus, jagung bakar dan sebagainya pasti kita akan buang begitu sahaja ‘rambut jagung’ yang berwarna kuning keemasan  atau nama saintifiknya  Stigma maydis.

Walhal rambut jagung itu sebenarnya banyak khasiatnya dan tinggi kandungan protein, karbohidrat, kalsium, kalium, magnesium, natrium, garam, stigmasterol dan sitosterol. Bahkan rambut jangung ini dikatakan berkesan untuk digunakan sebagai alternatif merawat pelbagai penyakit.

Ini sebagaimana dijelaskan oleh  saintis Dr Suri Roowi dan siapa sangka rendakam air rambut jangung ini juga dikatakan boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah untuk pesakit kencing manis.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

1.Rerambut jagung (Stigma maydis) adalah bahan buangan dari penanaman jagung telah diamalkan semenjak dahulu sebagai sumber alternatif terhadap pelbagai penyakit.

2.Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.

 

 

3.Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu
karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan
masalah kegemukan.

4.Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah

5.Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel-sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.

6.Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang

7.Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysin
dan terbitan maysi

Sumber : Dr Suri Roowi

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club