
Nak kembalikan bentuk badan asal bukanlah satu perkara mudah bagi ibu-ibu selepas bersalin.
Kena bersabar dan paling penting usaha kena lebih. Bagi yang ada kos lebih bolehlah beli produk atau berkunjung ke pusat kecantikan untuk menurunkan berat badan tapi bagi yang percaya pada petua warisan nenek moyang kita atau yang menghadapi kekangan kewangan boleh juga amalkan cara ni.
Perkongsian dari saudari Nurul Arija yang mengamalkan air rebusan istimewanya, khusus untuk pecahkan lemak ini sangat bagus untuk kita amalkan. Paling menarik, dia sudahpun mencapai berat yang diinginkannya iaitu 45kg. Katanya tubuh bukan hanya sihat malah
kembali langsing. Jom ikut cara yang dikongsikan oleh wanita ini. Nampak mudah je.
Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg. Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni, sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman. Bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.
Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan . Rasa dia sedap, tak pahit, ada rasa masam manis.
Bahan-bahan:
Halia
Serai
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Air secukupnya
Madu
Lemon
Caranya:
1. Rebus halia, serai, kulit kayu manis dan bunga cengkih dengan air secukupnya.
2. Biarkan mendidih dan biarkan airnya suam.
3. Masukkan madu dan perahkan sedikit lemon.
4. Minum ketika masih suam.
Jom amalkan seperti yang diajarkan oleh Nurul Arija. Kalau dia dah berjaya turunkan beratnya hingga 45kg, takkan kita tak mampu?
Jom amalkan untuk sihat dan langsing!
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Arija
Nak Doa Segera Terkabul, Lakukan Amalan & Tips Ni!

Tentu sahaja doa dan pengharapan setiap antara kita berbeza-beza. Namun apa yang pasti, setiap apa yang kita hajatkan diharapkan tercapai dan dimakbulkan.
Cara bagaimana agar doa yang dipohon segera dikabulkan, bolehlah anda ketahui 3 tips yang dikongsikan ini.
3 Tips Doa Terkabul
Di dalam al-Quran surah al-Anbiyā’ ada menceritakan beberapa doa para nabi yang dikabulkan oleh Allah SWT.
Berikut merupakan doa-doa para nabi yang dikabulkan di dalam surah al-Anbiyā’:
1. Doa Nabi Ayyub
وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ ٨٣ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرّٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَهۡلَهُۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَا وَذِكۡرَىٰ لِلۡعَٰبِدِينَ ٨٤
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “(Ya Tuhan-ku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al-Anbiya: 83-84).
2. Doa Nabi Yunus
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ ٨٧ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٨٨
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Al-Anbiya: 87-88).
3. Doa Nabi Zakariyya
وَزَكَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِي فَرۡدٗا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٰرِثِينَ ٨٩ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَوَهَبۡنَا لَهُۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُۥ زَوۡجَهُۥٓۚ …
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Zakariyya, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “Ya Tuhan-ku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya…. (Al-Anbiya: 89-90).
Setelah menyebutkan doa-doa para nabi yang dikabulkan, Allah menceritakan rahsia dikabulkannya doa mereka. Allah SWT berfirman:
إِنَّهُمۡ كَانُواْ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبٗا وَرَهَبٗاۖ وَكَانُواْ لَنَا خَٰشِعِينَ ٩٠
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiya: 89-90)
Daripada ayat al-Quran di atas, terdapat 3 rahsia agar doa dikabulkan, iaitu:
1. Bersegera dalam mengerjakan kebaikan.
2. Berdoa dengan penuh harap dan gerun takut.
3. Khusyu’ ketika menghadap Allah SWT.
Inginkan doa-doa yang kita dikabulkan oleh Allah, mari kita lakukan 3 tips dari ayat al-Qur’an ini.
Sumber : Saira Yusuff
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Dapat Hafal Satu Surah, Beri Ganjaran.” Dr Asyraf Wajdi & Isteri Sambung Legasi Keluarga Praktis ‘Quran Time’ Pada Anak.

Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Apatah lagi dengan zaman yang penuh cabaran ini. Ditambah ledakan teknologi membuatkan kealpaan apabila masa dihabiskan pada perkara tersebut.
Menyedari hakikat itu, Dr Asyraf Wajdi dan isteri sepakat memberi keutamaan dalam pendidikan anak untuk berinteraksi dengan al-Quran. Sekali gus mahu memastikan ia dapat membentuk jati diri dan keperibadian mereka.
“Al- Quran adalah perkara penting untuk dibaca oleh ahli keluarga setiap hari. Kami membaca al-Quran sekeluarga sebagai rutin harian antara waktu solat Maghrib dan Isyak.
“Apabila saya dan isteri, Prof Madya Dr Irwani Abdullah tiada di rumah, anak yang lebih besar akan menyemak bacaan adik-adiknya. Saya juga memberi insentif kepada anak berkaitan dengan al-Quran.
“Contohnya, jika anak dapat menghafal satu surah, baru saya berikan satu permainan sebagai ganjaran. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengamalkan budaya membaca al-Quran agar menjadi ikutan anak-anak.”
Pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar, 16, Affaf, 13, Affan, 10, Azzah, 8 dan Azzam, 5. Mereka bakal menimang cahaya mata ke enam pada November ini. Keluarga Asyraf Wajdi menjadi Sahabah Al Quran – Keluarga di bawah kempen My Family #QuranHour dan #Saving Families dalam mengukuhkan keluarga dengan al-Quran, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Asyraf Wajdi berkata, jika ibu bapa tidak membaca al-Quran bagaimana hendak sampai mesej ke lubuk hati anak? Berdasarkan pengalaman sewaktu kecil, ibu bapa beliau amat menekan soal al-Quran. Leteran mereka sentiasa mengingatkan beliau untuk akrab dengan al-Quran.
Ini diakui oleh Irwani yang mendapat didikan ibu bapa dalam menekankan “Quran Time” antara Maghrib dan Isyak. Budaya tersebut diteruskan dalam legasi keluarga beliau, ditambah dengan galakkan ibu mertuanya yang mengutamakan bacaan al-Quran selepas subuh. Ini melengkapkan kitaran hidup berdamping dengan al-Quran.

“Saya sebagai ibu perlu tegas dan paling berdisiplin dalam mendidik anak kerana suami jarang ada di rumah. Ayah sebagai faktor meletakkan undang-undang dan peraturan kepada anak. Jadi mudah bagi si ibu untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak.
“Setiap waktu cuti sekolah, kami akan sediakan jadual untuk anak-anak menghafaz al-Quran. Anak yang bersekolah rendah menghafaz juzuk 30, manakala anak bersekolah menengah mula menghafal dari juzuk 29 dan seterusnya. Anak berumur bawah 6 tahun perlu menghafal surah lazim.”
Kata Irwani lagi, apabila anak sudah mengenal antara baik dan buruk semasa mumayiz, mereka diajar untuk mengenal ALLAH. Ketika anak masuk sekolah rendah, baru ditekankan disiplin solat yang cukup dan mengaji al-Quran secara konsisten. Menjelang remaja atau di alam sekolah menengah, ibu bapa memfokuskan adab, tanggungjawab dan berdikari kepada anak.

“Saya mendapati apabila anak dapat diterapkan nilai agama iaitu solat, membaca dan menghafal al-Quran, jiwa anak mudah dibentuk atau menerima nasihat serta teguran. Ternyata al-Quran sebagai penawar dan nur pada jiwa anak-anak kami.”

Asyraf Wajdi menambah, “Anak-anak mudah dididik jika ada cahaya iaitu al-Quran kerana hati mereka diberi berakah dan rahmat daripada ALLAH SWT.”
Sumber: Fouziah Amir & Sinar Harian
“Seorang Lagi Hulubalang Untuk Dedi & Momi.” Timang Anak Kedua, Tasha Manshahar Selamat Bersalin Anak Lelaki!

Penyanyi, Tasha Manshahar selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan penyanyi serta bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Raqib melahirkan rasa bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki itu telah pun dipermudahkan.
“Alhamdulillah, Allahuakbar. Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.
“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raqib menitipkan doa semoga anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat. tasha menerusi instagramnya turut memuat naik berita tersebut bersama sekeping video.
Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Raqib dan Tasha.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club