Isi Kandungan
ToggleAir Nabeez banyak khasiat dan manfaatnya, salah satunya ialah membuatkan perut rasa kenyang lebih lama terutama ketika waktu berpuasa. Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru. Bagaimanapun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad SAW ini.
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh
Kebiasaannya, air Nabeez cukup popular semasa bulan Ramadan. Ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur. Rasa air bergantung pada kurma yang kita gunakan. Kalau kurma itu manis, manislah airnya. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan
Cara membuat air nabeez:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez:
*Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
*Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
*Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
*Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
*Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
*Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
*Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Sumber foto: Facebook Nerda Ayu & Facebook Kayumanisceylon
Selalu Pandang Serong Bila Susukan Anak Di Luar, Fahamkan Fitrah Menyusu!
Menyusukan bayi dengan susu ibu sememangnya dituntut sehingga anak berusia dua tahun. Semuanya kerana khasiatnya yang tidak ternilai.
Pun begitu menjadi kesukaran bila mana terpaksa menyusukan anak apabila keluar atau berada di luar rumah.
Pandangan masyarakat mengenai hal ini terutama kaum lelaki selalu disalah ertikan walhal semuanya untuk kepentingan bayi yang masih kecil dan kelaparan.
Kaunselor laktasi bertauliah, Pn Nad Masrom menyelar tanggapan sesetengah pihak yang sering memandang serong ibu menyusu di luar, terutama di khalayak ramai.
“Suami tak izinkan saya menyusu di luar walaupun pakai nursing cover sebab nampak lucah. Berikan saya semangat…”, luah seorang ibu kepada saya.
Jika suami TAK IZINKAN, isteri perlu hormat dan patuh kerana suami berniat menjaga kerhormatan isteri di luar dan saya yakin suami akan menyediakan bantuan dan bimbingan kepada isteri bagaimana dapat menyusukan bayi dengan selesa.
Tetapi melihat penyusuan itu sebagai LUCAH, sesuatu yang saya rasa tidak wajar kerana menyusu itu proses memberi makan kepada anak.
“Kalau aku jadi suami aku pun tak bagi isteri aku menyusu kat luar. Macam anjing…”
Ada suami yang menyamakan isteri menyusu kat luar macam anjing. Walaupun ada je haiwan mamalia lain yang lebih sedap didengar bila disebut seperti kucing, arnab, ikan paus, tapi tetap disamakan menyusu di luar tu seperti anjing.
Sebab apa? Untuk menghina perbuatan menyusu itu. Kita lihat semula soalan ibu. Ibu kata dia menyusu PAKAI NURSING COVER. Kalau yang tak tahu, nursing cover ni besar boleh jadi alas meja. Dan kalau kita ni tak tahu, memang rasa macam tengah selimut dengan kain besar.
Masih lucah? “Memanglah lucah, sebab otak lelaki ni dia fikir bukan-bukan…”.
“Lelaki ni sebut menyusu je dia dah bayangkan lain..”
Saya ulang semula konteks di atas. Ibu pakai nursing cover dan bukan dia war-warkan pun dia sedang menyusu. Tiada siapa yang nampak ‘apa berlaku di dalam’ melainkan kalau ada yang nak fikir se’dalam’ itu.
Sama juga seperti wanita yang berjubah, bertutup litup, yang dibayangi dengan bentuk tubuh yang menggiurkan di saat wanita itu dah berusaha bagi nampak mata sahaja, adakah salah wanita itu juga jika ada lelaki fikir sejauh itu?
“Kenapa nak menyusu merata? Hukum Islam bagi ke mak menyusu kat luar ni?”, tanya seorang lelaki yang guna fake account. Berkaitan hukum ni saya tak nak komen. Saya bukan orang yang ahli.
Cuma menjawab tentang, “Kenapa nak menyusu merata?” – merujuk kepada kehendak bayi bila nak disusukan bukan boleh ditangguh. Nursing room yang ada di pusat membeli belah pula kebanyakan jauh belaka dan tersorok.
Bila pakai pakaian menyusu, menutup elok dan ditambah dengan nursing cover, di mana kurangnya sehingga ibu tak dibenarkan menyusu untuk beri makan kepada anak?”Bagilah botol macam tu! Tak payah bagi direct…”
Botol tu satu pilihan. Kenapa nak dinafikan hak bayi tu menyusu dengan apa jua cara? Sebab tu saya katakan sebelum ni, penyusuan di Malaysia masih taboo.
Iklan double meaning. Menormalisasikan soft porn dalam cerita dan buku. Game l*cah, video l*ucah yang boleh diakses di mana-mana dan paling penting – AKHLAK & IMAN yang tipis – adalah punca kepada semua masalah ini.
Nak jayakan penyusuan susu ibu di seluruh Malaysia? Carilah cara untuk memahamkan fitrah bagi susu itu adalah proses beri makan dekat anak dekat semua orang.
Selagi mana kita taboo bila bercakap tentang penyusuan, selagi itulah ada sesuatu yang perlu dipulihkan.
Tengok orang seksi : NORMAL
Tengok mak menyusu : LUCAH?
Tepuk dada tanya iman.
P/s: Btw nak bagitahu, mungkin tengok gambar ni akan ingat saya menyusu. Tapi sebenarnya saya tak menyusu. Saya sembunyikan kepala anak saya yang mengenyit mata kepanasan sambil menunggu Fatimah terkedek-kedek kat belakang tu 😄.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ini Sebabnya Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Setiap Pagi. Nak Turunkan Berat Dengan Berkesan Kena Ikut Cara Ini.
Isi Kandungan
ToggleSebiji buah lemon memiliki pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Lemon yang diperah dan di ambil jus setiap pagi membantu memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.
Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, membina sistem imun yang lebih baik untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Sebiji lemon mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.
Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.
Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.
Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.
Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.
Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.
Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resipi air lemon yang betul:
- Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.
- Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.
- Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.
- Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.
- Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.
- Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit madu untuk menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong.
Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.
Khasiat lemon:
1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.
3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.
4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.
5. Sokong Sistem Imun
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.
6. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.
7. Alkalikan Tubuh Anda
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.
Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.
Sumber : LM & http://mrtengkuasmadi.com
Sebab Minum Air Lemon Setiap Hari Jadikan Suaminya Kurus & Isteri Ni Juga Kongsikan Tips Pilih Lemon Yang Bagus!
Merancang untuk dapatkan berat badan yang ideal sama ada untuk diri kita sendiri mahupun untuk kita anak beranak, elok dicuba dengan cara yang mudah dan yang penting tidak memudaratkan kesihatan.
Salah satu caranya selain perlu bersenam, ramai percaya dengan minum air lemon secara konsisten juga akan menampakkan hasilnya. Ini sebagaimana perkongsian pengalaman seorang isteri apabila melihat sendiri perubahan pada suaminya setelah amalkan minum air lemon secara konsisten.
Ni la air LEMON HALIA yang suami cikpooja dok amalkan secara konsisten….
Alhamdulillahh…Sekarang badan dah segak..Takde lagi peyut gendut dan gemuk
Lawas secara alami…Memang bagus sangat.
Bahan-bahan:
4 biji lemon
4 inci halia
Air 3 liter
Cara penyediaan:
Potong-potong halia dan lemon (buang biji)
(Potong membulat ye)
Masukkan dalam periuk
Masukkan air
Renehkan sampai air bertukar warna kekuningan…
Siap reneh…sejukkan dan masukkan dalam botol dan simpan lam peti sejuk ye.
Hai ampa😊😊Ni la air LEMON HALIA yg suami cikpooja dok amalkan secara konsisten….Alhamdulillahh…Skrg badan dah segak..Xde lagi peyut gendut n gumuks😁😁😂😂Lawas secara alami…Mmg bagus sgt…Xyah suh bini dia buat..dia buat sndr ja😁Ampa nak try ka??!!Resepi👇👇👇💚4biji lemon💚4inci halia💚Air 3liter👉Potong2 halia dan lemon(buang biji)(Potong membulat yea)👉 Masukkan lam piuk👉 Masukkan air👉 Renehkan smpai air bertukar warna kekuningan…(Masa reneh tu….ahhhh wangi berjuta2 lemon satu rumah😍😍😍)👉 Siap reneh…sejukkan dan masukkan dalam botol dan simpan lam peti sejuk yea….👉Nak minum….minum je…xyah tnya bape sudu nak minum😁😁…sbb cara minum mmg xde sukatan..depend pada penerimaan perut masing2…..👉Cedok air dia je isi dalam botoi na…halia ngan lemon tu xyah (kalau syg nak buang..bleh je gonye2 telan😁)….ramai plak yg pm cikpooja tnya macam2…penat menjawab😁Nota kaki…⭐Nak minum waktu bila pon boleh⭐Yg xtahan dgn masam…bleh tambah madu yea⭐Suami cikpooja Xminum air manis@bergula👉Jd…cepat la berat dia turun..Nota tgn pulak😝…👉Tips pemilihan lemon yg bagus…💚masa nak beli lemon…tekan2 kulitnya…jika kulitnya keras..itu bermakna lemon tu berkulit tebal…xsedap.. dan bila kita rebus nnt rasa dia pahit…💚lemon yg bagus adalah lemon yg berkulit lembut n xtebal sgt… insyaAllah berjuicy n xpahit bila kita renehkan nnt😁Nota perut plakss…ikikikikiiii…👉Suami cikpooja konsisten minum air lemon halia nie selama 3bulan lost 10kg…(Berat asal 80kg…. konsisten 3bulan hilang 10kg…dan skrg dia maintain konsisten sbb askar ni kalau BMI lebih mmg xleh move)👉Janji konsisten jeh…habis je buat lagi…habis je buat lagi…habis buat habis buat n buat lagi….👉Nak berat badan ideal kene la ghajin…ye dok!!!Sekian….
Posted by Cik Pooja on Saturday, 25 August 2018
Cara pengambilan :
Nak minum….minum je…tidak perlu tanya barapa sudu nak minum..sebab cara minum memang tak ada sukatan..depend pada penerimaan perut masing-masing.
Cedok air dia je isi dalam botol na…halia dengan lemon tu payah
Nota kaki
⭐Nak minum waktu bila pun boleh
⭐Yang tak tahan dengan masam…boleh tambah madu
⭐Suami cikpooja tak minum air manis@bergula. Jadi…cepat la berat dia turun.
Tips pemilihan lemon yang bagus
1. Masa nak beli lemon…tekan-tekan kulitnya…jika kulitnya keras..itu bermakna lemon tu berkulit tebal…tak sedap.. dan bila kita rebus nanti rasa dia pahit.
2. Lemon yang bagus adalah lemon yang berkulit lembut dan tidak tebal sangat… insyaAllah berjuicy dan tak pahit bila kita renehkan nanti.
sumber : Cik Pooja via MAHN