Air Mata Ibu Tumpah Lihat Anak Kecil Lakukan Ujian Covid-19. Dr Ni Kongsikannya!

Share

Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya yang masih kecil berada dalam keadaan yang menyakitkan.

Apatah lagi jika sedang berdepan dengan penyakit yang kini sangat ditakuti, covid-19!

Rasa pilu yang dirasai oleh ibu ini turut dikongsikan oleh doktor ini agar kita semua lebih berdisiplin untuk sama-sama terus kekal di rumah. Ini penting untuk pastikan tiada lagi mangsa covid-19.

Ini perkongsiannya.


“Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua. ”

“Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni.”

Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia 4 bulan telah didiagnos positif covid-19 dari ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua.

Kayu swab panjang perlu dimasukkan melalui hidung hingga ke pangkal hidung. Terbatuk-batuk dan berair mata bayi ini. Bukan sebelah hidung tapi kedua-dua belah.

Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang sebuah pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut. Ia wajib dibuat supaya kita dapat pastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat.

Kita yang orang dewasa inipun pun tak boleh tahan sampai ada yang berdenyut sakit kepala lepas ambil ujian ini apatah lagi bayi sekecil ini. Pastinya sakit. Cuma tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Kesian dia, ia akan hinggap dan terus ke salur penafasan. Kesian dia, belum pandai nak mengadu pada ibunya. Kesian dia, perlu menghadapi dugaan begini dengan usia sekecil ini.

Jika sebelum ini, banyak kes datang dari kluster tabligh. Tapi sekarang virus ini tidak tahu datang dari kluster mana. Dia merebak dengan sungguh cepat. Seperti harimau yang kelaparan mencari mangsa untuk dibaham. Pantang ada peluang ia akan terus berumah dalam tubuh kita.

Teruskanlah berada dirumah. Jika balik dari membeli barang keperluan, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak. Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar.

Covid 19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum.

Kita jaga kita.

sumber : Dr Ahmad Samhan
– Kita akan hadapi kesusahan ini bersama-sama –