Kanak-kanak yang tercekik gula-gula ‘gummy mata’ yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Fahmi pergi dalam keadaan cukup senang selepas bisikan syahadah ibunya serta reda ibu dan ayahnya.

Tambah bapanya, Mohamad Fakhruddin dia dan isteri, Nuraini Mohamad Isa, 37, kali terakhir melawat anak sulung mereka semalam sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira 11 malam.

“Tiada lagi anak yang ceria, Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba.

“Kami beritahu kami reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.

“Air Mata Bertakung Di Matanya, Dia Pergi Cukup Tenang Seolah-Olah Sedang Tidur” -Bapa Arwah Fahmi!

Ads

“Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan,” kongsi bapanya.

Menurutnya lagi, anak itu dilihat mengalirkan air mata malah cukup tenang semasa pemergiannya.

“Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur.

Ads

“Adik, Nufa Fakhira (4 tahun) dan neneknya juga datang melawat Mohamad Fahmi petang tadi (petang semalam). Nufa menangis panggil abangnya dan mengajak mandi kolam bersama,” katanya lagi.

“Air Mata Bertakung Di Matanya, Dia Pergi Cukup Tenang Seolah-Olah Sedang Tidur” -Bapa Arwah Fahmi!

Menurut Mohamad Fakhruddin, jenazah Mohamad Fahmi dijangka dibawa pulang ke di Permatang Binjai, Penaga selepas urusan bedah siasat selesai.

Ads

“Tangan yang menjaganya sejak kecil akan mandikan dan kafankannya, saya tidak pasti bagaimana akan saya lakukan nanti. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai kanak-kanak lelaki berkenaan berada dalam kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa dikatakan rebah ketika hendak ke tandas sebelum gurunya menghubungi pasukan perubatan.

Sumber: Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI