Air Longan Selasih Sejukkan Badan Di Bulan Puasa, Confirm Anak Pun Suka!

Share

Bulan puasa ni tak sah rasanya kalau tidak kisahkan soal air. Air yang sedap selalunya jadi buruan kita di bazaar Ramadan. Tak kurang juga yang mencuba sendiri di rumah. Macam-macam jenis minuman kita gabungkan bersama anak-anak demi nak menaikkan semangat mereka untuk berbuka.

Bagi ibu-ibu, mungkin boleh mencuba resipi daripada longan dan laici ini untuk berbuka nanti. Nampak sedap. Paling penting nak buatnya teramatlah senang. Badan pun sejuk je. Jom buat petang ni.

Bahan bahannya:

Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu

Cara caranya :

  1. Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya.
  2. Letak biji selasih dan cincau serta nata de coco kemudian perahkan limau nipis mengikut suka nak masam macamana.

Kata yang pernah mencuba minuman ni…

Air ini tiada nama, ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini. Sedap!

Selamat mencuba.

Kredit: Viral Media Malaya