Sejak dahulu lagi kita sudah biasa dengan amalan minum air kelapa untuk kebahkan demam, bagus untuk yang terkena demam campak dan sebagainya dalam kehidupan harian kita.
Bahkan air kelapa bukan sahaja digunakan sebagai cara perawatan alternatif,nyata terbukti secara kajiannya bahawa air kelapa mengandungi tinggi khasiatnya.
Ini dijelaskan juga oleh saintis Dr Suri Roowi dan turut membuat perbandingan antara air kelapa tua dan air kelapa muda, mana satu lebih berkhasiat.
Jom hadam perkongsian ini untuk manfaat bersama.
KELAPA MUDA atau TUA? YANG MANA LEBIH BERKHASIAT?
Lanjutan dari ‘posting’ sebelum ini tentang khasiat air kelapa, ada yang bertanya kepada saya tentang adakah kelapa muda atau kelapa tua yang tinggi khasiat?
Menurut kajian yang dilakukan Saintis Tempatan pada tahun 2018, kelapa tua didapati lebih tinggi kandungan potasium (237 – 361mg /100 mL) diikuti magnesium, kalsium, iron, manganese dan selenium berbanding kelapa muda.
Kelapa tua yang dikaji adalah kelapa yang berumur antara 11-13 bulan manakala kelapa muda yang dikaji berumur antara 6-8 bulan
Kelapa tua juga lebih tinggi kandungan gula sukrosa berbanding kelapa muda.
Kelapa muda pula tinggi gula fruktosa dan glukosa.
Soalnya apakah jenis air kelapa yang sesuai untuk pesakit darah tinggi?
Bagi pesakit darah tinggi, jenis air kelapa yang lebih sesuai adalah air kelapa tua berbanding air kelapa muda.
Ini kerana kandungan potasium dan magnesium yang lebih tinggi dalam air kelapa tua.
Kajian menunjukkan diet tinggi potasium, magnesium & fiber dan rendah garam (sodium) lebih sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Rujukan
1. Halim et al. (2018). International Journal of Food Properties, 21:1, 2378-2389
2. Sadia and Rahila (2016) Journal of Intercultural Ethnopharmacology 5 (3)244-249
Adakah air kelapa sesuai untuk pesakit buah pinggang?
Memandangkan kandungan potasium juga agak tinggi dalam air kelapa muda (260 mg/L berbanding air kelapa tua 361mg/L), pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa muda atau tua.
Apakah bahan lain dalam air kelapa yang bagus untuk bantu pesakit jantung?
Kajian menunjukkan asid amino arginin hadir dalam kelapa muda pada kuantiti 300 mg/L. Bahan ini membantu masalah jantung (sebagai kardioprotektif)(2).
Apakah jenis air kelapa yang sesuai diminum ketika demam?
Untuk masalah demam, air kelapa muda lebih sesuai berbanding air kelapa tua. Selain tinggi kandungan vitamin C, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Intercultural Ethnopharmacology pada 2016 mendapati air kelapa muda mempunyai sifat anti radang yang lebih kuat berbanding air kelapa tua. Justeru, minum air kelapa muda lebih sesuai untuk atasi masalah demam
Bagaimana pula yang ada penyakit batu karang? Apakah jenis air kelapa yang sesuai?
Air kelapa muda.
Kajian menunjukkan meminum air kelapa muda dapat meningkatkan bahan citrate dalam air kencing. Citrate adalah bahan yang boleh menghalang pembentukan batu karang (4).
Apakan sumber lain untuk membantu kesihatan buah pinggang?
Meminum air herba misai kucing khususnya bunga misai kucing juga membantu kesihatan buah pinggang. Asid kafeik dan asid rosmarinik adalah bahan yang hadir dalam bunga misai kucing dan bersifat antidiabetis, antikanser dan membantu aliran air kencing
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda.
Rujukan
2. Sadia and Rahila (2016) Journal of Intercultural Ethnopharmacology 5 (3)244-249
3. Anurag and Rajmohan(2003)Plant Foods for Human Nutrition 58: 1–12, 2003.
4. Roshan et al. (2018), Article ID 3061742
Sumber : DrSuriRoowi Principal Scientist V Formula Solution