BENARKAH AIR KELAPA BAIK UNTUK WANITA HAMIL?
Air kelapa merupakan cecair isotonik yang menyegarkan kerana kaya dengan mineral elektrolit, seperti klorida, potasium, magnesium, natrium, dan kalsium.
Di samping itu, isi kelapa juga mengandung karbohidrat, vitamin C, serat, serta riboflavin. Jadi air kelapa diminum bersama isi kelapa, sangat baik untuk wanita hamil.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Jika ada yang melarang wanita hamil minum air kelapa dan isinya, sebenarnya itu hanya satu mitos. Air kelapa selamat diminum oleh wanita hamil, kerana bersifat natural dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk bayi dalam rahim. Ia lebih selamat berbanding dengan minuman berkafein atau bersoda.
Selain menghilangkan dahaga, air kelapa juga dapat mencegah dehidrasi kerana kandungan mineral elektrolitnya.
Ia juga mencegah jangkitan kuman pada saluran kencing. Minum air kelapa muda dapat mengelakkan jangkitan kuman (kencing kotor) berulang sepanjang kehamilan.
Ada pula yang mengatakan air kelapa dapat membuat rambut bayi lebih tebal dan kulitnya bersih. Namun ia belum terbukti secara ilmiah.
Meskipun sangat bermanfaat dalam meminum air kelapa, sebaiknya jangan berlebihan.
#HealthDrZubaidi