Momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita yang bakal bergelar ibu. Lahirnya zuriat yang menjadi dambaan setiap pasangan bergelar suami isteri. Pelbagai persiapan dan persediaan dilakukan bagi menyambut kedatangan orang baru ini.
Namun, dengan situasi negara yang dilanda wabak Covid-19, pastinya apa yang sudah dirancang tidak dapat dilaksanakan. Lebih memeritkan bila mana si ibu terpaksa bersendirian tanpa insan tersayang menemani.
Itulah situasi yang dialami oleh ibu bernama Anies Surianie yang baru melahirkan bayi keduanya baru-baru ini. Dalam satu perkongsian di facebooknya, ibu ini menceritakan situasi dan pengalaman bersalin dalam fasa PKP Covid-19. Moga menjadi panduan buat bakal ibu lain yang akan bersalin nanti.
Bersalin dalam fasa PKP Covid19 Alhamdulillah dah hampir seminggu selamat melahirkan anak kedua. Saya rasa terpanggil untuk share pengalaman bersalin dalam #fasaconvid19 sekarang ni. Start je Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, nurse KK dah pesan kena bersiap sedia dengan kawalan ketat dari pihak hospital.
1. TIADA PENEMAN DALAM LABOUR ROOM Walaupun beranak anak pertama, kedua atau keberapa sekalipun suami atau waris tak boleh masuk teman. Suami/waris hanya boleh hantar dekat pintu wad bersalin sahaja. Be ready ye ibu² yang tengah menunggu hari. (Kalau boleh sediakan mask, kot² nurse hospital tempat awak suruh pakai sebelum masuk wad bersalin)
Ingat balik pesan nurse/doktor jangan panic. Kawal pernafasan, belajar curi nafas supaya tak mudah penat. Jangan nangis, jangan menjerit. Bagi perhatian apa yang nurse nak cakap masa dalam labour room tu. Sebab hanya nurse yang boleh tolong kita masa tu. Suami hanya boleh tunggu depan pintu wad bersalin dan bersedia untuk azan atau iqamat anak depan pintu tu je. Langsung x boleh jenguk isteri dah masa ni.
Saya haritu hanya sorang nurse yg sambut baby. kebetulan sampai je dah penuh dalam LR lain, ada gang nak beranak skali. Hehe hanya katillah yg jadi tempat berpaut mencari kekuatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dua² ibu dan anak selamat.
2. TIADA PENEMAN SIANG & MALAM DALAM WAD Sediakan barang baby & ibu secukupnya. Untuk labour room & dalam wad packing siap² nanti senang husband bawak je. Kalau ada gdm atau rasa² kena beranak emergency pun kena prepare awal².
Paling penting bersedia dengan banyak² BELAJAR CARA MENYUSU. Dalam wad nanti hanya SUSU IBU SENJATA UTAMA untuk tenangkan baby. Dah tak ada mak/suami disisi nak tolong tenangkan baby kalau ibu penat. Nasib baik nurse pesan letak tissue dalam pampers baby, senang nak tengok baby dah kencing ke tidak. Takde la ibu blur sangat masa tu. Walaupun anak kedua, sangat struggle sorang². Nak urus diri sendiri lagi, nak jaga baby lagi. Saya rasa dah cukup kuat masa tu, tapi tiap kali bergerak menitik jugak la air mata. 😅 tambah² terkena rengat, rasa macam ada sorang lagi baby nak keluar.
3. TIADA PELAWAT DIBENARKAN MASUK PAGI ATAU PETANG Kalau mak/suami nak kirim bekal makanan dari rumah kena past kat guard je. Beg² baju pun guard Yang tolong bawak masuk atau bawak keluar time nak discharge. Nasib baik bersalin kt HTA, dapat lah jugak tengok muka suami ikut tingkap wad ibu & anak tu. Nak wat muka sedih tak sampai hati pulak, kita senyum jela tanda kita okey dah tak sabar nak balik #dudukrumah.
Buat ibu-ibu seperjuangan yang tengah menunggu hari, be prepared be ready. Bawak barang yg rasa betul² diperlukan secukupnya. Penuhkan ilmu menyusu didada. Jangan mengeluh gais. Kita kuat kerana kita wanita🙋♀️. Mintak suami & family doakan proses bersalin dipermudahkan. Selamat berjuang!
#24March2020 #babyboy #kitajagakita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minyak bijan adalah antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan masakan lebih sedap.
Namu tahukah anda terdapat bahan masakan yang hampir sama fungsinya dengan minyak bijan iaitu minyak gingelly yang dikatakan terkenal dikalangan masyarakat india.
Nak tahu lanjut khasiatnya ikuti penjelasan oleh Pakar Bioteknologi, Dr Magaret Sivapragasam menerusi grup Sembang Science mengenai dua bahan masakan ini.
Minyak bijan dan minyak gingelly- sama tapi berbeza.
Kalau hendak tahu, penggunaan minyak gingelly amat terkenal di kalangan masyarakat India. Masyarakat India menggunakan minyak gingelly pada rambut dan kulit, serta dalam masakan harian.
Tetapi tahukah anda, minyak bijan dan minyak gingelly kedua-duanya adalah dari benih induk yang sama (biji bijan) cuma perbezaannya adalah kaedah pemprosesan benih sebelum pengekstrakan minyak ini. Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae, sekumpulan tumbuhan yang dituai, nama saintifiknya adalah Sesamum Indicum.
Warna kuning minyak bijan adalah disebabkan minyaknya diekstrak dari biji bijan mentah (tidak dipanggang) manakala minyak gingelly juga dari benih mentah tetapi melalui proses lain pada suhu sedikit lebih tinggi daripada proses pertama lalu menghasilkan warna batu ambar.
Terdapat variasi yang ketiga dari benih selain minyak bijan berwarna kuning dan gingelly iaitu minyak bijan berwarna sedikit gelap. Ianya melalui proses di mana benih bijan dipanggang dan kemudian minyak diekstrak daripadanya, menghasilkan warna coklat gelap. Minyak jenis ini banyak digunakan dalam masakan ala Cina. Walaupun dari benih yang sama, 3 varian ini mempunyai kegunaan yang berbeza di dapur:
🟡Minyak kuning / bijan : titik asap yang tinggi, boleh digunakan untuk menggoreng dan sebagai perasa makanan. 🟠Minyak amber / Gingelly : titik asap rendah, boleh digunakan untuk menggoreng kilas. 🟤Minyak bijan coklat gelap (biasa dalam masakan Cina) : titik asap yang sangat rendah, hanya untuk meningkatkan rasa, digunakan sebagai “dressing” salad.
Kajian terhadap model haiwan mengatakan bahawa minyak bijan mengandungi sesamol dan sesaminol, dua antioksidan yang mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan anda.
Minyak bijan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah di mana baik untuk penghidap diabetes. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berurut dengan minyak bijan jenis gingelly boleh membantu mengurangkan sakit lengan dan kaki.
Rujukan Pathak, Niti, et al. “Value addition in sesame: A perspective on bioactive components for enhancing utility and profitability.” Pharmacognosy reviews 8.16 (2014): 147.
Kalau sudah namanya kreatif, buat apapun nampak menarik kan. Ditambah dengan bakat serta kerajinan, maka semuanya menjadi.
Demikian lah bagi pemilik kediaman rumah teres kos sederhana ini. Menurut Ainul Zehraa, kediaman yang dibeli empat tahun lalu adalah rumah second hand.
Namun atas kreativitinya bersama suami, pasangan ini mahu menampakkan kelainan, dipecahkan bilik depan jadikan ruang tamu.
“Saya sebenarnya mmg teringin sangat sangat nak ada rumah berkonsepkan english style moden. Rasa mcm lambat lagi nak dapat buat sebab saving pun sikit lagi.. then alhamdulillah saya cuba loan sikit pastu topup duit saving.. dipermudahkan lulus dan saya terus buat design rumah yang saya nak..
“saya lukis sendiri bentuk yang nak untuk tandas sampai ke porch kereta dan tunjuk dekat tukang rumah. Hujung bulan 3 kami start renovation dan baru siap seminggu lepas raya, sebab banyak detailing jugak sambung pula bulan puasa,” jelas Ain
Dalam pada itu, Ain turut memberitahu memberitahu kos keseluruhan RM80 Ribu termasuklah ubah suai dari extend dapur, pindah bilik air sampai la ke porch kereta dalam RM60 ribu. Manakala kos beli lampu, plaster siling, aircond semua dalam RM20 ribu. kiranya total dalam 80k.
Ain atau nama penuhnya Siti Nurain yang bekerja sebagai guru manakala suaminya mengusahakan bisnes online dengan menjahit pakaian pengantin muslimah.
“Rumah ini biasa jer… rumah second hand saya beli empat tahun lalu.. klu ikut usia dia dah dekat 10 tahun lebih. Selain ruang tamu, kami juga pasang sendiri wainscotting. Gigih sebab nak jimat kos, ni pun masih tak siap lagi pasang keseluruhan rumah.
“semua pasang sendiri sebab nak jimat.. perabot pun saya tengah cat semula warna silver untuk dapat efek moden.. semua barang lama. Selain itu, kami juga tambah bilik satu lagi dekat tepi porch kereta,’ ujar Ain lagi.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di