Setiap manusia tak terlepas daripada melakukan dosa tak kira besar atau kecil. Yang paling penting adalah usahanya untuk kembali bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Suci di mata manusia tak semestinya suci di mata tuhan, jadi siapalah kita untuk menghukum seseorang manusia itu tanpa mengetahui apa yang sedang dilaluinya.
Melalui fasa yang sama, Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful pernah dikaitkan dengan kes melibatkan tuduhan jenayah seksual 3 tahun lalu.
Namun, menerusi satu penghantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya baru ini, dia menyatakan bahawa telah dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan tersebut.
Ads
“Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya. Harini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” tulisnya.
Sementara itu, Da’i Syed juga mengambil kesempatan untuk berkongsi saat-saat dukanya ketika dalam tempoh tahanan.
“Saya kongsikan moment titik terendah saya ketika dalam tahanan dan video call bersama mama,” luahnya.
Ads
Lebih menyedihkan lagi, dalam video tersebut kelihatan Da’i Syed yang tidak dapat menahan sebak sehingga menggugurkan air mata ketika sedang berinteraksi dengan ibunya melalui panggilan video.
Dalam pada itu, Da’i Syed juga sempat mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang sentiasa ada di sampingnya.
Ads
Selain bergelar seorang pelakon dan penyanyi, Da’i Syed juga merupakan seorang pendakwah bebas yang pernah menyertai Program Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dan mewakili Malaysia dalam program Akademi Sahur Indonesia (AKSI).
Sumber: Instagram Da’i Syed
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak lelaki sememangnya perlu paling rapat dengan ibunya. Malah keakraban ini bagi membentuk peribadi anak lelaki itu sendiri.
Paling penting anak lelaki penuh dengan sifat penyayang dan tahu menghargai wanita di sekelilingnya.
Dengarkan perkongsian dan tip dari Dr Redza Zainol akan hubungan yang perlu dibina ini.
1. Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “self image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih saying dan kelembutan Ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
-Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan priority dari ibunya.
-Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau Panjang yang realistic.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
-Lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
-Barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada?
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kemalangan berlaku tanpa kita duga. Kebakaran yang tiba-tiba berlaku di rumah juga menjadi satu tragedi yang tak mampu kita jaga. Bila berdepa dengannya pasti kita cemas.
Menghadapi kebakaran memang langsung tidak terfikirkan oleh kita. Namun api yang kecil yang kemudian menjadi marak, adalah lawan yang tak termampu untuk kita tangani. Sebagai ibu bapa apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa mengingatkan anak-anak kita.
Paling penting kena beritahu anak-anak apa yang boleh kita lakukan sebagai ilmy asas untuk bertindak. Ajarkan langkah ini.
Jika kebakaran berlaku, persiapkan ilmu untuk mereka dan ajar mereka untuk bertindak. Ini antara yang boleh ibu dan ayah bekalkan sebagai ilmu untuk anak-anak.
1. Tenang saat menghadapi kebakaran. Jangan cemas! Bila tenang, otak akan dapat berfikir dengan baik apa tindakan yang harus kita buat.
2. Jika kebakaran kecil dan masih boleh diatasi, segera padamkan dengan alat pemadam yang ada seperti APAR (Alat Pemadam Api Ringan) atau dengan kain atau guni yang dibasahi air.
3. Jika kebakaran disebabkan oleh litar pintas, segera matikan suis utamadi rumah kita. Perlu segera bertindak!
4.Tutup kawasanterjadi kebakaran agar tidak menjalar ke ruang lain tetapi jangan dikunci.
5. Jika kebakaran besar, segera keluar rumah dan ajak semua keluarga meninggalkan rumah dengan segera!
6. Jangan sibukkan diri untuk mengumpulkan barang di dalam rumah. Jika kesemua barang berharga ini mampu dicapai dengan mudah, langkah ini mungkin boleh anda lakukan. Jika tidak, tinggalkan sahaja. Nyawa anda dan keluarga lebih penting!
7. Berjalanlah dengan tenang, jangan lari dan jangan panik.
8. Ketika berjalan atau berlari, peluk anak-anak yang masih kecil dan ucapkan kata-kata yang baik buat mereka.
9. Jika asap tebal ketika berjalan atau dalam satu kawasan, tutup hidung dengan baju dan jangan sampai anda dan anak-anak menyedut asap.
10. Jika melalui pintu yang tertutup, periksalah suhuterlebih dahulu dengan meletakkan belakang telapak tangan di pintu. Kemudian pegang tombol pintu, jika panas tukar jalan lain untuk keluar.
11. Usahakan untuk berada di kawasan yang terbuka luas untuk bernafas. Cari kawasan yang anda pasti selamat untuk anda dan anak-anak!
Tip Keselamatan Keluarga
Ini yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah menghadapi saat kebakaran di rumahnya. Apa yang boleh dikongsikan olehnya adalah sentiasa beringat dan buat beberapa langkah penting untuk menghadapi saat luar jangka seperti ini. Ini yang patut ibu ayahlakukan di rumah.
Tip 1: Pastikan rumah anda mempunyai dua pintu untuk keluar masuk dengan mudah. Ini penting dan pintu ini jugalah yang akan menjadi penyelamat anda kelak.
Tip 2: Pastikan jalan menuju ke pintu ini tidak dihalang oleh susunan perabot atau barang yang buat anda sukar nak bergerak. Bila berlaku kebakaran, pasti laluan lebih lancar.
Tip 3:Buat kunci pendua. Letakkan pada dua atau tiga kawasan berbeza dan paling penting mudah dicapai ketika anda tidur. Ketika panik, anda hanya mampu capai apa yang ada di depan mata sahaja!
Tip 4:Beli alat pemadam api di rumah. Beli Fire Extinguishers jenis ABC powder untuk kebakaran jenis kertas, kayu, elektrik dan gas. Tak mahal pun, sekitar RM110 sahaja.
Tip 5: Tak salah kalau anda nak beli dan pasang alat pengesan asap kebakaran atau smoke detector fire safety di rumah. Bila menyedari ada asap yang muncul, alat pengesan ini akan berbunyi. Lebih selamat!
Tip 6: Kalau ada duit lebih lagi elok juga belikan selimut tebal atau fire blanket, khusus untuk memadamkan api.
Tip 7: Kena latih isteri dan anak-anak jika berlaku kemungkinan kebakaran. Ajar apa yang kita patut buat seperti langkah di atas.
Ini sangat penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Empat tahun menduda, akhirnya pelakon drama terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29, pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Marina semalam.
Bapa kepada anak tiga itu menamatkan zaman duda dengan wanita berketurunan Serani yang juga kakitangan pengurusan kanan hotel lima bintang di ibu negara, tepat jam 3.28 petang.
Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis itu, pengantin perempuan yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.
Eizlan berkata, banyak elemen kejutan yang dirahsiakan daripada pengetahuannya apabila semua urusan keseluruhan majlis disempurnakan sahabat terdekat. Sebelum upacara akad nikah, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot APM diiringi beberapa pegawai tertinggi dan bersekutu APM. Selain itu, majlis turut diserikan dengan upacara berbalas pantun dari kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu dalam perkahwinan.
"Sejujurnya banyak elemen kejutan yang dirahsiakan dari saya sendiri tetapi disediakan sahabat terdekat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah. Masing-masing memainkan peranan mereka bagi memastikan setiap majlis pada hari ini sehingga Sabtu ini berjalan lancar," kata Eizlan terharu.
Untuk majlis resepsi yang bakal diadakan malam ini, Eizlan dan Natasha bakal diberi penghormatan istiadat penuh APM membabitka perarakan Silang Pedang oleh barisan pegawai bersekutu APM, pancaragam 'bagpipe' dan persembahan pancaragam APM.
Antara tetamu yang dijangka hadir ialah Kerabat Diraja, selain barisan pegawai tertinggi dari APM, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Paskal, Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia, pemimpin negara dan tokoh industri.
Majlis perkahwinan Eizlan dan Natasha juga dianggap sebagai 'Wedding of the Year 2019' kerana berlangsung sejak semalam selama empat hari berturut-turut yang menelan kos lebih RM 1 juta, bermula dengan Malam Berinai bertemakan Bollywood di Vila GISB, Presint 16, Putrajaya, semalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...