
Waktu-waktu berpuasa inilah terasa semua makanan sedap sahaja dan kalau boleh semuanya hendak dijamah ketika berbuka nanti. Malah tidak dengan itu, ketika tekak rasa dahaga, akan terbayang air sejuk pelbagai warna yang cukup menyelerakan.
Apatah lagi jika terlihat air atau dessert yang viral ni, Dragon Mix fruit. Warnanya cukup ‘menggoda’, buat orang tidak sabar untuk menikmatinya. Untuk itu, dikongsikan resipi istimewa ini daripada Puan Nur Yushanum.
“Hai Assalamualaikum…Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik. Senang je resepinya jom share.”-Nur Yushanun
Dragon mix fruit
Bahan bahan
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis
Laici tin (sekali air)
Susu pekat manis
Air masak
Ais batu
Cara Penyediaan :
- Buah semua dipotong dadu.
- Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais batu
- Siap untuk dihidang
Ekstra info : Pewarna adalah dari buah naga.. Tak perlu campur apa-apa pewarna.
sumber : Nur Yushanun Yusof via MAHN
Amoi Pun Suka Makan Jamu Untuk Cantik, Ni Buktinya!

Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
sumber : Amanda Tan
Nak Pastikan Apa Yang Anak Kita Hafal Untuk Peperiksaan Tak Lupa, PU Salman Kongsi Amalannya.

Bila anak-anak bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan sebagainya, kita sebagai ibu bapa turut terherat rasa gusar dan bimbang. Apatah lagi persaan anak-anak yang akan diuji kefahaman ilmu yang telah dipelajari selama ini. Pastinya ada yang merasa tidak tenang dan bimbang menanti hari peperiksaan tersebut.
Jika ingin dihitung, peperiksaan UPSR adalah yang paling hampir bakal diduduki oleh anak-anak kita dengan berbaki seminggu sahaja lagi. Tentunya persiapan mental dan fizikal berdepan dengan peperiksaan besar telah dipersiapkan sejak di awal tahun lagi. Kita sebagai ibu bapa juga yakin, pelbagai usaha telah dilakukan oleh anak-anak kita untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut.
Pun begitu, usaha tidak boleh terhenti di situ sahaja malah menurut perkongsian PU Salman masih ada lagi amalan-amalan tertentu yang boleh dilakukan sehinggalah sebelum masuk dewan peperiksaan.
Nak tahu apakah amalan tersebut, jom semak.
AMALAN SEBELUM MASUK PERIKSA
Utk pastikan apa yg kita hafal itu kita tidak lupa ini amalan yg diajar oleh guru saya(buat sebelum pergi dewan periksa):
1. Ambil wuduk sempurna.
2. Mengadap kiblat.
3. Ambik secawan air kosong sebaiknya air zamzam.
4. Baca surah al-A’la الأعلى.
5. Bila sampai ayat keenam baca 7 kali sambil masukkan jari telunjuk kanan dan pusing lawan arah jam 7 kali.
6. Abiskan bacaan surah tersebut.
sumber : PU Salman
Angkut Ibu Dan Ibu Mentua Bila Nak ‘Berjalan’ Ke Mana-mana, Rahsia Murah Rezeki

Angkut Ibu Dan Ibu Mentua Bila Nak ‘Berjalan’ Ke Mana-mana, Rahsia Murah Rezeki
Ibu kandung dan ibu mentua, kedua-duanya perlu disayangi dan dilayan dengan baik. Jika boleh jangan ada ‘pilih kasih’ antara keduanya. Layanilah dan santunilah mereka dengan sebaik mungkin.
Berkat doa kedua-dua insan istimewa ini membuatkan rezeki anak menantu sentiasa mengalir dan dipermudahkan. Bagi ibu mentua juga, layanlah menantu seperti anak sendiri.
Berikut perkongsian UBF Bakhtiar Fitri Haji Abdul Hamid yang bercerita tentang bagaimana dia begitu menyanjungi ibu dan juga ibu mentuanya.
Saya kongsikan kisah saya ini sebagai inspirasi kepada sahabat semua.
Tiap kali nak berjalan ke mana-mana, ma dan ibu takkan pernah tercicir. Mesti ajak dua-dua pintu syurga saya yang masih ada di dunia.
Ibu dan ma selalu cakap, banyak abih duit nanti. Tapi saya bagitau ma dan ibu, tiap kali saya belanja untuk ibu dan ma, tak penah lagi duit saya abis. Yang lagi saya syukur sangat-sangat, rezeki tiba-tiba melimpah datang tak disangka.
Ma pun dah sebulan kat rumah saya. Memang saya siapkan bilik untuk Ma tinggal dengan saya lepas abah meninggal dunia masa Raya Haji baru-baru ni. Ma risau nyusahkan saya.
Kata saya, tiap kali ma datang, ma bawak rezeki, berkat. Kalau anak tak korban untuk ma, takkan orang lain nak korban pulak kan.
Buat anak-anak, sementara ibu ayah masih hidup, berkorbanlah buat mereka. Kalau nak berjalan ke mana-mana, ajaklah mak ayah dulu. Kalau mak ayah tak dapat ikut, takpe.
Setidak-tidaknya kita tak lupakan mereka. Kalau nak pegi dengan famili memasing je, tak yah la plan macam-macam depan mak ayah, tanpa ajak mereka. Ada mak ayah nak sangat ikut, tapi takut anak tak mampu nak bawak. Terasa hati mak ayah.
Saya syukur dan sangat beruntung sebab ma (mentua) saya sangat baik. Dan ma pun beruntung sebab dapat menantu yang baik. Hihi…(jangan marah). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan ma.
Sumber: UBF Bakhtiar Fitri Haji Abdul Hamid