Kisah ‘bidadari’ kecil mula diperkatakan usai bapanya memuat naik perkongsian mengenai penyakit yang dideritainya. Rata-rata warganet menghukurkan rasa simpati dan membantu dengan memberi sumbangan sehinggalah berjaya melakukan pembedahan di London.
Saban hari, perkembangan anak kecil bernama Ainul Mardhiah ini dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman facebook. Malah, semua menitipkan doa semoga adik Ainul akan sembuh dengan segera dan pulang ke tanah air.
Ternyata doa semua dimakbulkan. Adik Ainul Mardhiah dikhabarkan menunjukkan perkembangan yang baik di mana berat badannya meningkat dari sehari ke sehari.
Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.
Berita gembira ini telah disampaikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin melalui laman Facebook miliknya.
Menerusi kiriman tersebut, Safiuddin memaklumkan bahawa Ainul akan dibenarkan pulang sekiranya menunjukkan perkembangan yang positif pada setiap hari.
Assalamualaikum semua.
Setiap hari berat badan ainul naik. And doktor cakap kalau setiap hari ainul menunjukkan perkembangan yang positif, ainul boleh balik ?, tulis bapanya.
Ads
Selain itu, ibu Ainul turut berkongsi rasa yang sama mengenai perkembangan terbaru anaknya itu. Katanya, Ainul semakin sihat, berat badannya semakin bertambah setiap hari.
“Pejam celik sebulan lebih juga berada di luar negara. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan.
“Seronok dapat belajar sesuatu yang baru, kenal orang baru dan tengok pemandangan yang cantik di sini.
“Insya-Allah, tunggu Ainul dah besar nanti kami pula akan bawa dia ke sini,” katanya.
Pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell tumor’ selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tumor seberat 200 gram selepas bertarung nyawa selama lima jam.
Pembedahan itu dijalankan sepasukan pakar diketuai Prof David Dunaway di sebuah hospital di London.
Tahap kesihatannya dilihat semakin positif apabila Ainul Mardhiah dipindahkan ke wad biasa selepas empat hari menjalani pembedahan iaitu pada 14 Jun lalu dan kini tidak lagi memerlukan bantuan oksigen.
Rata-rata warganet mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.
Ads
“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”
“Comelnya… Cantik sangat Ainul. Semoga sihat selalu sayang”
Mendengar ada kaum keluarga dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci, dengan sedirinya kita tumpang berasa gembira.
Apatah lagi jika diri sendiri dapat ke sana, bertambah gembira dan bersyukur rasanya. Untuk itu, ketahui perkongsian ini.
CARA NAK ALLAH JEMPUT TUNAI HAJI
Tips ini bukan untuk riak, bukan tunjuk lagak tapi untuk Ajak.
Ramai yang cakap, sesiapa yang Allah jemput itu mesti ada duit simpanan yang banyak atau mencukupi untuk bayar pakej. SALAH!
Allah tak jemput siapa yang mampu..
TAPI..
Allah jemput siapa yang ingin ke sana
Allah jemput siapa yang rindu
Allah jemput siapa yang berusaha ke sana
Tanamkan dalam hati, pasangkan niat dalam setiap solat, setiap doa. Ada yang ajar, doa lah setiap kali kita berbuat baik sebagai contoh, ‘jika ada pahala dalam sedekah aku, Kau jemputlah aku untuk mengerjakan umrah’.. Bukan bermaksud kita berkira dengan Allah sampai meminta balasan. Tapi itu yang sebenarnya lebih disukai Allah bila hambaNya meminta kepadaNya.
Tambahkan lagi keinginan dengan melakukan langkah pertama iaitu melihat dan mengkaji selidik pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet. Untuk yang ingin pertama kali ke tanah suci, tak perlu pakej yang mahal atau hotel dekat atau umrah premium jika mampu untuk berjalan jauh sebab di sana kita akan banyak menghabiskan masa beritikaf di Masjid. Kecuali jika membawa ahli keluarga yang kurang kekuatan dan upaya untuk berjalan jauh, elok la mengambil pakej hotel dekat untuk memudahkan urusan.
Bila dah jumpa yang bersesuaian dan yakin, boleh terus mendaftar dengan membayar deposit. Seeloknya ambil tarikh yang panjang 6-9 bulan sebelum berangkat jika kuatir tidak mampu untuk mengumpul duit yang banyak sekaligus. Ada yang cakap, duit tak ada nak pergi umrah, belum cukup duit, tak mampu sebab pakej mahal.. Cakap kan doa.. Kenapa kita perlu doa yang tak molek?
Bila kita dah daftar, secara automatik kita akan ada rasa tanggungjawab untuk menabung, berjimat cermat.. Di situ lah Allah akan bantu bila Dia nampak kesungguhan kita..
Bila dah dijemput, Allah jentik hati untuk rasa rindu ke sana lagi dan lagi dan lagi
KERANA APA?
Bila disana kita lupa segala masalah
Bila disana kita jumpa ketenangan jiwa
Bila disana kita berebut tingkatkan ibadah
Bila disana kita pakat kejar pahala
Bila disana kita berusaha berubah
Bila disana kita belajar agama
Bila disana rasa dekat dengan Si Pencipta
Bila disana terubat rindu pada RasulNya
Buat kita tak mahu pulang menambah dosa bukan sebab kita lupa keluarga
Tapi buat kita mahu bawa seluruh keluarga bersama, menikmati apa yang kita rasa
Saat Bergelar Ibu bapa adalah momen yang cukup indah dalam hidup suami isteri. Lengkap sudah rumah tangga dengan kehadiran si kecil.
Namun, di sebalik kegembiraan itu, terselit duka buat pasangan suami isteri ini. Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana si kecil yang dinantikan selama ini pergi biat selama-lamanya.
Hanya 10 minit momen Indah bergelar bapa dirasai oleh lelaki bernama Izwanizam sebelum si kecil di jemput kembali ke pangkuan ilahi.
Lebih memilukan, isterinya yang sebelum itu koma akibat sesak nafas, turut pergi buat selama-lamanya. Kisah lelaki ini dimuat naik di
Alhamdulillah…jenazah isteri saya Norsyafiqah Syazwani binti Mohammad telah siap dikebumikan di jengka 2 pahang iaitu berdekatan dgn anak syurga kami…terima kasih kepada Mr Wan Cai Official kerana membantu saya pada kali ini dgn merealisasikan wasiat isteri untuk diuruskan oleh team #ukvj.
“Walaupon dalam keadaan berseloroh saya tunaikan permintaan awak sayang…dengan ini tamat sudah percintaan dunia kami..yg kami lalui bersama selama ini..yang tinggal cuma kenangan dan memori…yg sentiasa terpahat didalam hati….bersemadi lah dgn tenang wahai bidadari…semoga kita bertemu di akhirat pasti…#notOneButTwo
Perkongsian lelaki ini nyata cukup meruntun jiwa. Al-Fatihah buat arwah siteri dan anak syurganya. Semoga Izwanizam dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official menerusi facebooknya.
Saya Terpanggil untuk menulis tentang kisah jenazah ke-116 arwah Norsyafiqah syazwani binti mohammad..
Arwah Berumur 23 tahun dan tinggal di sri jasmin mantin.. Rasanya anda perasan suami arwah ada mengatakan diperbualan whats app yang dihantar kepada saya subuh tadi. Katanya arwah ini rajin mengikuti perkembangan dipage mr wan cai..
Rajin dibelek belek page itu setiap kali status dimuat naik oleh saya. Saya boleh katakan arwah berminat dengan kisah kisah kematian dan pengalaman sepanjang saya dan rakan rakan ukvj menguruskan jenazah. Cuma sewaktu saya sedang live dan meminta si suami memberi sepatah dua kata sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang yang terlibat dengan kutipan kilat..
Saya terkaku bila si suami mengatakan arwah isterinya pernah berseloroh kepada nya. Jika arwah pergi dulu minta ukvj yang uruskan jenazahnya. Saat itu saya seperti tergamam..
Jadi dalam hati saya bertekad untuk mengambil seloroh si isteri sebagai satu wasiat yang perlu saya tunaikan. Ketika itu juga. Saya Tidak boleh lihat ke arah muka si suami yang bercakap dalam keadaan tidak dapat menahan sebak..
Sambil mengambil video sambil saya memandang ke arah lain untuk menggelak dari turut sama menangis Berjujai jujai air mata si suami yang gugur. Di lap air mata yang gugur itu dengan tangan berulang ulang kali..
Ceritanya..
29 sept 2019 si ibu melahirkan bayi pertama mereka yang kemudiannya meninggal dunia selepas 10 minit dapat melihat dunia. Kematian si bayi berpunca dari si ibu yang tiba tiba sesak nafas ketika sudah bersedia untuk melahirkan anak..
Akibat dari sesak nafas itu si bayi turut sama kelemasan kerana tidak cukup bantuan oksigen didalam perut. Selamat dilahirkan tidak sampai 10 minit bayi si ibu tidak dapat diselamatkan oleh doktor yang bertugas. Si bapa redha dan pulang ke jengka untuk menguruskan jenazah bayi syurganya..
Ketika si bapa menguruskan jenazah anak di kampung. Si isteri pula sedang bertarung nyawa dan koma hospital seremban. Akhirnya si isteri juga pergi mengadap sang pencipta pada 1 okt 2019 sebelum subuh tadi. Ketika saya terima panggilan dari si suami saya lihat jam hampir pukul 6 pagi..
Jadi perbualan antara saya dan si suami seperti yang sudah saya kongsikan pagi tadi. Malam ini saya tergerak hati untuk melihat posting posting yang dikongsikan diruangan komen si suami dan si isteri. Saya Terjumpa satu posting yang dishare oleh si ibu sendiri tentang risiko meninggal semasa bersalin..
Status itu bertarikh 28 julai bersamaan hampir 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia pagi tadi. 29 sept si anak yang dilahir meninggal dunia. Gambar bayi yang siap dikafan saya ambil dari akaun facebook milik si suami..
Memberitahu bayi pertamanya sudah tiada dan telah dikebumikan. Manakala isterinya masih koma di wad hospital seremban. Distatus bertarikh 29 sept itu si suami meminta agar rakan rakannya berdoa agar isterinya kembali sedar. Pagi tadi si isteri pula sudah tidak bernyawa. Luluhnya hati tidak boleh saya bayangkan. Dalam masa 24 jam kehilangan dua insan yang disayangi. Bagaimana agaknya jika kita yang berada ditempat si suami?
0
Ketika saya menulis tentang kisah sedih ini. Jenazah si isteri baru sahaja dimasukkan ke dalam liang lahad. Disemadikan ditanah perkuburan jengka 2 pahang. Syahidnya seorang isteri dan ibu. Pasangan yang baru di ijabkabul kan pada 2 nov 2018 akhirnya hari ini ditakdirkan berpisah jua..
Si isteri Berpisah menemui sang pencipta. Tinggal lah si suami keseorangan berada di alam dunia. Bayi pasangan ini pula setia menunggu dipintu syurga. Saya anggap seloroh si isteri sebagai wasiat kepada saya dan rakan rakan..
Wasiat yang diamanah oleh si ibu telah saya atur sebaik mungkin bersama sukarelawan ukvj yang ada. Dari urusan mengambil jenazah arwah,mandi dan kafan serta penghantaran ke tanah perkuburan dijengka. telah saya tunaikan sebaik yang mungkin. Untuk urusan mandi dan kafan telah disempurnakan oleh unit bilal jenazah ukvj seperti yang diwasiatkan oleh arwah kepada saya. Peralatan dan pakaian terakhir untuk arwah digunakan dari infaq orang ramai sebelum ini. Tiada kos untuk mandi dan kafan kerana niat kami kerana allah taala..
Walau ada waris yang memberi saya tolak berkali kali. Kekal tetap dengan pendirian menguruskan jenazah arwah adalah satu wasiat kepada kami. Untuk kos minyak dan tol dari seremban ke klang dari klang ke jengka pahang disumbangkan :-
RM300 DARI RAKAN UNIT TASKFORCE DAN ADIKNYA..
RM50 DARI SEORANG SUKARELAWAN UKVJ YANG JUGA BERASAL DARI PAHANG..
RM150 DARI SEORANG RAKAN BERASAL DARI SEREMBAN YANG JUGA PEMILIK AKAUN FACEBOOK ATAS NAMA TAPAK GAJAH..
JUMLAH YANG DITERIMA UNTUK KOS PENGHANTARAN JENAZAH KE JENGKA BERJUMLAH RM500..
lebih dari mencukupi. Allah permudahkan segala urusan jenazah ke-116. Allah permudahkan urusan saya dan semua sukarelawan yang bertungkus lumus bertugas hari ini dari pagi hingga ke malam! Syukur alhamdulillah!!!
Amanah yang diberi kepada saya sudah selesai..
Buat si suami..
Saya katakan ujian hebat ini untuk orang yang juga hebat. Allah uji kerana allah sayangkan si suami. Nasihat saya. Dekatkan diri dengan yang maha esa. Hanya itu sahaja jalan keluar yang untuk mengubat duka yang ada!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa nampak kan uncang gel silika ni setiap kali membeli kasut baru di kedai. Biasanya kita akan buang disebabkan uncang gel silika ini tuli ‘Throw away’ tapi sebenarnya ia amat bermanfaat untuk tujuan lain. Cuma hati-hati elak anak-anak terambil bimbang mereka ingat gula-gula.
Ok, selepas ini jangan buang uncang gel silika tersebut. Gel silika sangat berguna untuk menyerap kelembapan dan mempunyai potensi tinggi untuk diguna semula! Berikut merupakan lima contohnya:
1. Letakkan di kotak peralatan bertukang (toolbox). Ia dapat mengelak peralatan tukang anda daripada menjadi berkarat.
2. Cermin depan kereta selalu berkabus pagi-pagi? Letakkan beberapa uncang gel silika di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.
3. Letakkan uncang gel silika ke dalam kasut (terutamanya kasut sukan) untuk menyerap bau busuk dan hapak.
4. Ada buku yang basah dan perlu dijemur? Tak payah susah-susah jemur. Letakkan sahaja beberapa uncang gel silika di beberapa helaian yang basah. Kemudian tutup buku tersebut. Dalam masa 24 jam, buku anda akan kering semula.
5. Ada kamera dan takut kamera cepat rosak bila beg kamera terkena hujan? Letakkan beberapa uncang gel silika dalam poket beg kamera anda untuk memanjangkan hayat kamera anda.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...