Sebelum ini dilaporkan kesihatan adik Ainul Mardhiah yang tidak berapa baik apabila diserang jangkitan kuman, tetapi sudah kembali sihat apabila sudah sedar dan mesin ventilator juga telah dimatikan.
Namun, pagi tadi, ayahnya Ahmad Safiuddin telah berkongsi khabar kurang baik apabila memaklumkan keadaan Ainul agak ‘teruk’ selepas diserang sawan berkali-kali sejak malam semalam.
Menurut perkongsian yang dimuatnaik di Facebook, dia memaklumkan yang keadaan anak sulungnya itu seperti sedang ditidurkan walaupun tiada sebarang ubat diberi dan agak berbeza berbanding sebelum ini.
Ahmad Safiuddin juga menulis yang dia reda dengan dengan apa yang akan berlaku dan meletakkan semua kemungkinan kepada Allah S.W.T.
Manakala, menjengah ke Instagram ibunya, Nurul Erwani juga memuat naik satu potongan ayat al-Quran dengan merujuk kepada rasa berserah kepada Allah S.W.T andai ada apa-apa yang berlaku.
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sama-sama kita berdoa agar urusan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan.
Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin, Instagram nrlerwani
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini