Tahniah kepada Ain Edruce yang berkongsi berita gembira bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.
Ain berkongsi jantina bayinya itu menerusi Instagram ketika menitipkan ucapan bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami.
“Apa-apa pun baby baharu adalah seorang lelaki.
“Semoga awak bahagia sekarang kerana mungkin drama akan berkurangan di rumah. Sama-sama kita doakan,” kongsinya.
Ain sebelum ini merahsiakan jantina bayi keduanya namun membuat pengumuman itu ketika anniversarynya bersama suami.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Saya sayang awak.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Dah berapa tahun dah. Lupalah tapi rasa macam lamalah. Ke belum lama lagi,” katanya berseloroh.
Terdahulu, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Soraya yang kini berusia empat tahun.